Memaparkan catatan dengan label Info Kewangan Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kewangan Sekolah. Papar semua catatan

SENARAI DOKUMEN DAN REKOD KEWANGAN TAHUN 2015 YANG PERLU DIKEMUKAKAN UNTUK AUDITAN PADA TAHUN 2016

 PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2015


Untuk mempermudahkan anda yang bekerja sebagai kerani kewangan disekolah sekolah dibawah kementerian Pendidikan Malaysia disini disediakan info-info mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan /dikemukan kepada Pejabat Audit dikawasan masing-masing kelak. (klik pada imej untuk besarkan)



SENARAI SEMAK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH -TERIMAAN

SENARAI SEMAK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH -TERIMAAN

TERIMAAN

1.1 Surat Kebenaran Menerima wang daripada Pendaftar sekolah / ketua PTJ.

1.2 Surat Kebenaran Memungut Wang Awam (AP69) dikeluarkan kepada Pembantu TAdbir dan Guru Kelas.

1.3 Perakaunan buku resit dibuat dihelaian pertama salinan pejabat .

1.4 Daftar stok Buku Resit sentiasa dikemaskini.

1.5 Pindaan atas resit Pejabat oleh Pembantu TAdbir

1.6 Pindaan atas Resit Murid oleh guru-guru

1.7 Resit Pejabat ditandatangani oleh Pengurus sekolah dan ditulis oleh Pembantu Tadbir.

1.8 Surat Kuasa Menandatangani Resit Murid dikeluarkan kepada Guru Kelas yang memungut wang

1.9 Borang serahan Guru Asrama ke Pejabat ditandatangani oleh Guru Kelas dan Pembantu tadbir.

10.Guru kelas mengemaskini rekod bayaran dijadual kedatangan Murid dan disahkan oleh GPK (Hem)

1. Guru serah wang pada hari yang sama

2. Wang Tunai melebihi RM 500.00 atau melebihi RM 2,000.00 (Tunai + cek + MO ) diBankkan pada hari yang sama

3.Terimaan dicatat pada Buku Tunai berkenaan

4.Semua wang tunai dalam tangan (tidak kira amaun) dibankkan sebelum akhir bulan

5.Slip bank diperakukan oleh Pengurus sekolah setelah disahkan pihak bank

6.Terimaan Faedah bank (Bulan semasa)dikeluarkan resitmengikut tarikh Penyata Bank diterima.

7.Pemeriksaan mengejut dibuat oleh Pengurus Sekolah dan direkodkan dalam Daftar Pemeriksaan Mengejut.
AUDIT BERTEGURAN (AKAUN SEKOLAH)

AUDIT BERTEGURAN (AKAUN SEKOLAH)

KES-KES YANG MENYEBABKAN AUDIT BERTEGURAN BAGI AKAUN KERAJAAN,SUWA DAN ASRAMA
1.Perbelanjaan tanpa dokumen sokongan.
* Bil / Invois / Surat tuntutan
* Pesanan Kerajaan (L/O)
* Baucar Bayaran

2.Akaun Belum Terima (ABT)
* Kegalan pemungut memungut wang/Yuran
Kuasa Pemungut ialah Guru Besar / Pengetua tapi boleh diberi kuasa kepada
kakitangan lain dengan adanya surat kuasa.
* Gagal memungut RM 1,000.00 bagi Sekolah Menengah dan RM 500.00 bagi SK.rendah.
* Yuran Khas atau Asrama
* Akibat daripada perbelanjaan tanpa dokumen(tiadanya L/O,Baucar dan Invois).
* Caj Bank (Keluar cek tendang).Caj bank mestilah dibayar oleh Pengurus Akaun
(Guru besar/Pengetua)menggunakan wang sendiri.
* tersalah bayar / bayaran berulang kepada pembekal iaitu membayar kepada Invois
yang berlainan akan tetapi barangan yang sama dan jumlah amaun yang sama.

3.Akaun Belum Bayar (ABB)
* Bil-bil yang belum dijelaskan.
* Penerimaan untuk pihak yang ke tiga.
* Pembatalan Cek: Cek yang dibatalkan Amaunya mestilah dimasukan balik ke dalam
akaun(Buku Tunai).
* Buat bayaran balik kepada penerima dan buat baucar baru dan kepilkan resit.

4.Cek tunai
* Cek Tunai hanya untuk Panjar Wang Runcit sahaja.kecuali untuk kakitangan.
Potong bahagian "Pembawa" pada cek.

5.Bil Tidak Di Isytiharkan.
* Bil tahun sebelumnya mestilah diisytiharkan jika tidak sempat membuat pembayaran.
Bil tahun sebelum dibayar pada tahun semasa tanpa isytihar didalam penyata
Tahunan Sekolah.

6.Dokumen Bayaran Meragukan.
* Buat Pembelian dengan pembekal yang sama.

7.Kes berulang (3 Tahun berturut-turut)
* Teguran Audit terhadap perkara yang sama dan tiada inisiatif untuk mengatasi
teguran daripada pihak Audit.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut