Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan

TRAGEDI KBMALL


KOTA BHARU: Bapa salah seorang mangsa yang terbunuh kerana dihempap sebuah kereta di Pasaraya KB Mall di sini, berkata anaknya itu memberitahunya bahawa beliau sihat tetapi meminta memasukkan RM50 ke dalam akaunnya.
Samsudin Abd Rahman,52, berkata beliau tidak menyangka itulah permintaan terakhir anak ketiga daripada enam beradik, Siti Nor Amira Samsuddin 19, sebelum meninggal dunia dalam kejadian di mana sebuah kereta jenis Ford Lser TX3 terjunam dari tempat parkir tingkat tiga pasar raya itu dan menghempap mangsa.
"Kali terakhir saya bertemu dengan dia pada hari raya Aidiladha yang lalu. Semalam tiga kali saya menelefon dia untuk bertanya khabar.
"Tiada sebarang perubahan pada dia. Dia hanya memberitahu saya dia tidak mempunyai wang dan meminta saya memasukkan wang sebanyak RM50, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, malam tadi. Mangsa yang berasal dari Felda Chiku, Gua Musang, pelajar tahun satu, semester tiga di sebuah kolej perubatan Masterskill di sini meninggal dunia di tempat kejadian itu.
Samsudin berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan kolej kira-kira pukul 5.30 petang semalam sebelum beliau dan keluarga bergegas ke HRPZII.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua pelajar perempuan kolej itu cawangan Kota Baharu maut, Siti Nor Amira dan Siti Nor Diana Azman, 18 manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta jenis Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak oleh rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu, lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar tersebut di tingkat bawah pasar raya berkenaan. BERNAMA

AKIBAT TERLAMPAU BERANI


KUALA LUMPUR: Tiga pemandu kereta nyaris lemas apabila kereta dipandu meredah banjir kilat tiba-tiba tersangkut sebelum dibawa arus deras ke dalam kawasan jalan yang menjadi kolam maut sedalam hampir empat meter.

Hujan lebat melanda ibu kota sejak jam 5 pagi menyebabkan air naik mendadak di beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Chan Sow Lin di sini, pemandu terbabit yang tidak menyedari jalan digenangi air cuba meredah banjir terbabit, bagaimanapun panik selepas kereta ditenggelami air.

Difahamkan air yang menenggelami jalan terbabit lebih tinggi daripada biasa menyebabkan pemandu menyangka boleh melepasinya.


Polis terpaksa menutup laluan sepanjang 200 meter itu kepada semua lalu lintas.

Kejadian bermula apabila sebuah Proton Saga dinaiki seorang lelaki tidak menyedari laluan itu banjir diikuti dua lagi kereta iaitu Perodua Kancil dan Honda Civic yang turut terkandas.

Bagaimanapun, semua mangsa yang ketika itu memandu seorang diri sempat keluar kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Turut membantu kerja menarik keluar kenderaan yang tersangkut adalah petugas Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis).

RUMAH TERSADAI DITEPI JALAN



RUMAH Ibrahim yang dihanyutkan air sejauh 200 meter dan tersadai di tepi jalan di Kampung La, Besut semalam.

BESUT - Dua buah keluarga di Kampung La, Hulu Besut terkejut besar apabila mendapati rumah mereka tinggal tapak selepas ia dipercayai dihanyutkan arus deras ekoran banjir kelmarin.

Bagaimanapun, kesemua 15 mangsa daripada dua keluarga itu bernasib baik kerana mereka sudah berpindah lebih awal memandangkan air mulai naik sejak pukul 8 pagi kelmarin.

Seorang mangsa, Ibrahim Daud, 37, menyedari rumahnya sudah berganjak sejauh 200 meter ketika pulang untuk mengambil barang kira-kira pukul 4 petang hari yang sama.

"Sebelum itu saya bersama isteri dan enam orang anak kami sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir di masjid Kampung La sebelum saya pulang ke rumah pada petangnya,'' kata Ibrahim ketika ditemui dekat sini semalam.

BENCANA BANJIR DIDAERAH BESUT 2009


BESUT ,Hujan lebat yang melanda daerah Besut selama tiga hari telah mengakibatkan banjir dibeberapa kawasan didaerah Besut,Terengganu.Antara kampung yang dilanda banjir tersebut ialah Kampung Pasir Akar,Kampung Darau dan beberapa Kampung didaerah

Hulu Besut.Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Pasir Akar yang menempatkan pelajar-
pelajar cemerlang di sekitar kawasan ini turut ditenggelami air sedalam 1 meter.Menurut Pengawal Keselamatan Asrama tersebut,Air mula naik secara mendadak sekitar jam 8.00 pagi.Peralatan asrama seperti tilam dan peralatan pejabat sempat
dipindahkan ke tempat selamat.





Asrama Desa SK.Pasir Akar

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG KUALA DIPANG RUNTUH ,JURUTERA MESTI DISIASAT.


LAKARAN ASAL REKA BENTUK JAMBATAN PERLU DISIASAT,MUNGKIN ADA YANG TAK KENA....

KAMPAR – Jurutera dan lakaran asal reka bentuk jambatan gantung perlu disiasat dengan mengambil kira struktur binaan di kawasan asal sama ada mengikut spesifikasi atau tidak.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tragedi ini ini tidak sepatutnya berlaku jutera yang terlibat mengikut peraturan kejuruteraan yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi ‘standard engineering design’.

“Jurutera perlu ikut spesifikasi asal. Sekiranya tidak, beginilah jadinya (jambatan runtuh). Kita perlu sahkan bahawa jurutera terbabit mengikut prosedur spesifikasi asal,” katanya kepada pemberita di kawasan kejadian semalam.

Beliau berkata, melihat kepada struktur jambatan yang runtuh sejauh kira-kira 25 kaki, tidak mustahil ada sesuatu yang tidak kena tentang reka bentuk jambatan itu.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan mengadakan siasatan terbuka bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang runtuh mengakibatkan kematian seorang pelajar.

Menurutnya, kejadian ini begitu mengecewakan kerana ia di bawah jagaan sekolah dan merupakan kawasan yang paling selamat bagi pelajar.

“Ia sekali gus menimbulkan pandangan negatif masyarakat khususnya ibu bapa kerana faktor kecuaian menjadi punca utama berlakunya tragedi ini,” katanya.

Menurutnya, beliau melahirkan perasaan sedih terhadap tragedi yang menimpa pelajar dan keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya kerana perkara melibatkan kecuaian tidak boleh dimaafkan.

“Saya telah memberi cadangan kepada menteri terbabit untuk mengadakan satu siasatan terbuka ketika menemui beliau hari ini (semalam). Beliau memberitahu sedang menunggu laporan daripada pengarahnya mengenai perkara tersebut,” katanya

BALA ALLAH DI PADANG INDONESIA,400 HILANG DI MAJLIS PERKAHWINAN

JAKARTA - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.


Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

(Jalur Gemilang Di atas Tahi)

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Sekitar 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

>

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut