Apakah yang dimaksudkan dengan azal dan apakah hukum suami isteri merancang keluarga
Azal bermaksud mengeluarkan air mani suami diluar rahim isteri atau kemaluan isteri sebagai langkah untuk merancang keluarga.
Perkataan Azal sememangnya sudah terdapat dalam hadis yang mana sahabat berkata "Sesungguhnya kami berazal ketika kami bersama dengan pasangan dan ketika ITU AL-QURAN MASIH LAGI TURUN".
Perkara ini sebenarnya adalah salah satu kaedah di zaman dahulu untuk merancang kehamilan.Ia dilakukan sahabat bertujuan yang baik dan mulia seperti keutamaan menjaga agama serta negara yang ketika itu dalam tempoh berperang dengan musuh islam.Bagi mengelak tidak risaukan isteri yang mengandung ketika dalam sesi peperangan,maka mereka cuba menjaga supaya isteri tidak mengandung walaupun tuntutan nafsu perlu dipenuhi oleh setiap pasangan.
Sehubungan itu,ulama berpendapat perbuatan azal atau merancang keluarga dengan pelbagai kaedah dan taktik seperti memakan pil hormon dan lain -lain adalah dibenarkan.Namun,mereka mestilah mematuhi syarat,iaitu tidak menafikan hak Allah SWT untuk menganugerahkan nikmat anak kepada setiap pasangan walaupun pelbagai pencegahan telah dilakukan.
Yakin bahawa anak mempunyai rezeki tersendiri,tidak melakukannya dengan tujuan yang haram seperti untuk berzina dan sebagainya.Mendapat keizinan daripada kedua pasangan suami isteri.Maka perbincangan dan muafakat bersama perlu perlu dalam isu ini.Tidak memudaratkan nyawa atau kesihatan mana-mana pihak.