HIPOGONADISME JEJASKAN KESEJATIAN LELAKI


APAKAH HIPOGONADISME

Ramai beranggapan ,kesejatian seorang lelaki terletak kepada kemampuannya memeberi keturunan atau menjalankan fungsi seksual dengan baik.Kesejatian lelaki juga terletak pada fungsi testosterone (hormone seksual lelaki ) .Ia menjadi factor penentu seseorang lelaki itu layak disebut hipogonadisme ataupun tidak.

Hipogonsdisme adalah keadaan dimana badan tidak menghasilkan hormon seks testosteron yang mencukupi.Hormon ini memainkan peranan penting ketika baligh dan dewasa untuk membentuk karekter lelaki dan mengekalkan keinginan seks.

Hipogonadisme boleh berlaku ketika janin ,baligh dan dewasa bergantung kepada tanda-tanda dan symptom yang berbeza.

JANIN
Jika badan tidak menghasilkan testosterone yang cukup ketika perkembangan janin,tumbesaran organ seks luar akan terjejas.

BALIGH
Hipogonadisme akan memperlahankan tumbesaran dan memngganggu perkembangan jisim otot,suara tidak bertukar menjadi parau,pertumbuhan bulu badan terjejas dan sebagainya.

DEWASA
Beberapa cirri-ciri fizikal maskulin akan terganggu dan menjejas fungsi resproduksi normal.

JENIS-JENIS HIPOGONADISME
1.Primer

Dikenali sebagai kegagalan testikular utama disebabkan masalah pada buah zakar.
Antara puncanya ia berlaku ialah Sindrom Klinefelter,buah zakar tidak keluar (dalam kandungan),kecederaan buah zakar,hemokromatosis,rawatan kanser ,factor usia dan sebagainya.

2.Sekunder
Ia disebabkan masalah hipotalamus atau kelenjar pituatari(bahagian otak yang memberi arahan untuk menghasilkan testosterone)

Antaran punca-puncanya ialah sindrom kallman,Masalah pituatari,penyakit radang ,HIV/AIDS ,pengambilan ubatan tertentu (yang mengganggu pengeluaran testosterone )masalah obesiti.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM

# DISFUNGSI EREKSI (MATI PUCUK)
#KETIDAKSUBURAN
#PENURUNAN PERTUMBUHAN BULU BULU BADAN
#PERTUMBUHAN LEMAK,PENURUNAN JISIM OTOT DAN OSTEOPOROSIS
#PERKEMBANGAN TISU BUAH DADA
#PERUBAHAN EMOSI DAN MENTAL (MURUNG,LETIH KURANG KEINGINAN SEKS,KURANG MENUMPUKAN PERHATIAN DAN SEBAGAINYA.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut