PEMBAHAGIAN PUSAKA ADIK LELAKI BUJANG

Seorang lelaki yang masih bujang meninggal dunia.Arwah masih mempunyai ibu bapa,dua adik lelaki dan empat adik perempuan.Soalan saya seperti berikut:

Adakah adik beradik berhak mendapat bahagian harta perninggalan si mati?Sekiranya layak ,berapa peratuskah bahagian untuk adik beradik perempuan?

Adakah wang insurans yang dibayar kepada keluarga simati perlu dibahagikan -bahagikan mengikut hukum faraid kepada ahli keluarga atau hanya ibu bapa si mati sahaja?

Sekiranya perlu dibahagikan,berapa peratuskah bahagian untuk adik-beradik lelaki dan juga adik - beradik perempuan?

JAWAPAN:

Jawapan bagi soalan pertama .Dalam keadaan seseorang meninggal dunia tanpa berkahwin dengan sesiapa dan ketika simati meninggal dunia si mati mempunyai ibu bapa yang masih hidup,mK ibu simati akan menerima 1/3 bahagian dan bapa simati akan menerima bahagian yang dikenali sebagai asabah bi nafsihi,iaitu bahagian bapa sebanyak 1/6 dan ditambah dengan baki harta selepas ditolak bahagian waris lain iaitu bahagian ibu simati sama ada lelaki mahu pun perempuan tidak akan mempunyai bahagian terhadap harta peninggalan simati.

Kita beralih kepada soalan kedua dan soalan ketiga iaitu mengenai wang insurans simati.Seperti mana yang saya terangkan tadi,faraid ini ialah satu cabang ilmu berkaitan cara bahagian harta pusaka .Harta pusaka pula ialah semua harta milik simati semasa hayatnya dan kekal sebagai miliknya setelah meninggal dunia.Seterusnya harta pusaka ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis,harta tidak alih dan juga harta alih.

Harta tidak alih ertinya semua jenis harta berupa tanah termasuk juga rumah mahupun bangunan kedai .Harta alih pula ertinya segala harta selain harta tidak alih seperti wang simpanan dibank dan pelaburan dimana-mana syarikat .Oleh itu wang insurans boleh dikategorikan sebagai harta tidak alih.Masalah mungkin timbul rentetan daripada wang insurans ialah isu penama.Hal ini kerana kebanyakan syarikat insurans mengamalkan sistem penamaan bagi melancarkan urusan pengeluaran wang apabila berlaku kematian.

Perkara penting yang perlu diingat ialah wang tersebut bukan milik penama kerana seseorang penama hanya bertindak sebagai pentadbir sahaja ;Selepas wang tersebut dikeluarkan ia perlu dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid

Oleh yang demikian ,walaupun sekiranya simati meletakkan nama adik-beradik sebagai penama ,mereka tidak mempunyai hak terhadap wang insurans tersebut kerana ia merupakan hak ibu dan bapa simati.Selain itu adik-beradik simati tidak mempunyai hak terhadap wang insurans tersebut.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 komentar:

komentar
23 Februari 2018 pada 10:04 PG delete

Saya tertarik dengan komen tuan berkenaan insuran. Seperti mana yang saya faham, insuran adalah konvensional dan takaful adalah islamik yang mana wang pampasan kematian dipanggil sebagai hibah iaitu hadiah kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh si mati sewaktu masih hidup. Soalan saya, adakah hibah takaful tersebut tidak sah? Seperti contoh saya masih ada bapa dah abang kandung. Tetapi saya letakkan nama sahabat saya sebagai penerima hibah, adakah keluarga saya masih berhak untuk membuat tuntutan? Mohon pencerahan pihak tuan. Lebih elok jika dapat tuan hubungi saya melalui emel faddye@gmail.com. Terima kasih.

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut