JAIS TUDUH DR ASRI SEBAR FAHAMAN WAHABI

Jais tahan Asri cetus kekecohan

HULU KELANG - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan cuba menyebarkan fahaman Wahabi ketika menyampaikan ceramah agama di rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini, malam tadi.

Menurut sumber, pegawai Jais terlebih dulu menyamar dan menyelinap masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat kira-kira jam 9 malam.

Sekitar jam 12 tengah malam, pihak Jais dengan bantuan sepasukan polis bertindak menahan Asri.

Sejurus penahanan itu berlaku sedikit kekecohan apabila orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan mempertikaikan tindakan Jais yang tidak mengemukakan waran dan mengganggu ceramah agama berkenaan.

Sinar Harian difahamkan ceramah agama itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Asri dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, dipercayai untuk diambil keterangan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, Asri masih ditahan di balai polis berkenaan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut