Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
BAYI  JANDA DIDERA SAMPAI MATI

BAYI JANDA DIDERA SAMPAI MATI


Jertih: Usaha seorang ibu tunggal berjalan 500 meter menghantar anaknya yang parah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat didera dari Kampung Seberang Jertih ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, ternyata sia-sia apabila anaknya disahkan meninggal dunia, kelmarin.
Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut selepas dihantar anggota JPAM ke hospital, jam 8 malam.

Allahyarham bersama ibunya, Nur Farah Ain Adila Che Ariffin, 23, yang tinggal dengan keluarga angkat di Kampung Seberang Jertih, di sini, meninggal dunia selepas cedera parah dan lebam di dahi, pipi, belakang serta bawah mata kanan.

Pengurusan Hospital Besut kemudian menghantar jenazah mangsa ke Hospital Kemaman jam 11 pagi semalam untuk dibedah siasat oleh pakar forensik yang didatangkan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
FotoQRISTINA meninggal dunia sejurus sampai di pejabat JPAM ketika dihantar oleh ibunya.

Sementara itu, Hasima Abdullah, 44, yang juga ibu angkat Nur Farah Ain berkata, dia langsung tidak menyedari kejadian berkenaan meskipun berlaku di rumahnya.

“Tiba-tiba saja dia (Nur Farah Ain) meminta saya menemaninya ke pejabat JPAM untuk membawa anaknya yang ketika itu tidak bermaya.

“Saya tidak mengetahui mengapa Puteri tidak sedarkan diri dan mengalami lebam di beberapa bahagian badan,” kata ibu tunggal kepada lima anak itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Polis menerima aduan dibuat pembantu pegawai perubatan Hospital Besut Mohd Irwadie Kamaruddin di Balai Polis Jertih.

“Mangsa tinggal bersama ibunya, janda berasal dari Johor, di rumah keluarga angkat mereka di Kampung Seberang Jertih sejak setahun lalu.

“Ibu mangsa juga tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan polis masih menunggu hasil bedah siasat pakar forensik.

KES BUNUH NUR SYALEZA:SUAMI DIDAKWA MEMBUNUH ISTERI

PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.Akhbar sebelum ini melaporkan  seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
PENGAWAL KESELAMATAN KAKI SEKS KANTOI

PENGAWAL KESELAMATAN KAKI SEKS KANTOI

KAMPUNG PASIR AKAR,HULU BESUT - Seorang pengawal keselamatan terkejut besar apabila mendapati gambar bogel adik perempuannya berusia tujuh tahun, terdapat dalam rakaman video telefon bimbit milik rakan setugasnya kelmarin.

Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu diminta suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.

Abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon tersebut dan terkejut apabila salah satu video di dalamnya adalah video adiknya, disyaki dicabul oleh suspek.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, abang mangsa terkejut apabila melihat video mengandungi perlakuan tidak senonoh ke atas adiknya itu, kemudian bertindak memberitahu ibunya mengenai apa yang berlaku.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat dua rakaman yang dirakam pengawal keselamatan itu pada waktu dan hari berbeza.

“Berdasarkan rakaman video itu, kejadian berlaku pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, keluarga mangsa dan suspek dikatakan mengenali antara satu sama lain dan suspek telah menjemput mangsa serta seorang lagi abang mangsa yang berusia kira-kira 12 tahun di rumah.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat banyak gambar lucah lain di dalam telefon bimbit suspek yang turut dirampas bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dari sebuah kampung dekat Renek, Jabi di sini, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja petang semalam, selepas dimaklumkan anaknya. Suspek yang beralamat di Kampung Cherang Melilig, Hulu Besut dan mempunyai isteri serta beberapa anak yang sudah dewasa telah ditahan untuk siasatan lanjut.Suspek juga pernah bertugas di sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah rendah sebelum bertugas ditempat sekarang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376/11 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

BUDAK DIBELASAH TEMAN LELAKI IBU LUMPUH SEPARUH BADAN


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian di Manir di sahkan akan mengalami lumpuh separuh badan oleh doktor.

Kelmarin,Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif dan membuat bising.
“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Negeri, K Manoharan yang dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang dijalankan.

AKIBAT KAKI DADAH- AMENG DIPENJARA 8 TAHUN


MELAKA – Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua.
Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamin seberat 0.22 gram.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. – Bernama
BENJY BEBAS TUDUHAN DADAH,HADAPI DUA KES LAIN

BENJY BEBAS TUDUHAN DADAH,HADAPI DUA KES LAIN

KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas tetapi dia akan dibicarakan terhadap dua pertuduhan lain mulai esok.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan melepaskan dan membebaskan anak seniwati Azean Irdawty itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya menerima
notis semalam supaya pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) itu ditarik balik.

Bagaimanapun, Benjy, 32, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, selama dua tahun masih mempunyai dua pertuduhan lain iaitu memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Prosiding perbicaraan kes pelakon itu yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad memohon kepada mahkamah agar kedua-dua kes berkenaan dibicarakan secara berasingan kerana terdapat perbezaan masa dan lokasi.

"Kedua-dua pertuduhan ini berlaku di tempat dan masa yang berbeza iaitu satu di Segambut dan satu lagi di Kepong dan dalam hujahan jenayah, jika ada dua pertuduhan berbeza, setiap pertuduhan harus berjalan berasingan," katanya.

Nurmardiana kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa mengikut Seksyen 163 Kanun Acara Jenayah, perbicaraan boleh dilakukan serentak.

"Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh adalah mengikut seksyen yang sama dan dadah yang terlibat pun jenis yang sama serta saksi-saksi pendakwaan adalah individu yang sama," katanya.

Hafizza bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan untuk kes tersebut dibicarakan bersama kerana jenis dadah dan saksi yang akan dipanggil bagi kedua-dua pertuduhan adalah sama.

Beliau menetapkan perbicaraan selama dua hari bagi kedua-dua kes itu bermula esok.-Bernama

LACUR PELAJAR SEKOLAH,DUA WANITA DIDAKWA


MELAKA - Selepas dua minggu terbongkar kisah pelacuran membabitkan pelajar sekolah di negeri ini, dua wanita akhirnya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pertama selepas Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar membacakan fakta kes.

Dalam pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi pelajar itu di Hotel Everyday, 312 A.B.C di Jalan Tun Ali pada Mei lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
PELAJAR SETAN SKODENG NENEK MANDI TELANJANG

PELAJAR SETAN SKODENG NENEK MANDI TELANJANG

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
2010/05/26 SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.

Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli.

Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.


Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan.


Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi.


Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi.


Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya.


Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil.


Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam.


“Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan.


“Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui.


Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada neneknya.


Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain.


“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakan,” katanya.

ANGKARA CINTA SANTAU


AKIBAT TOLAK CINTA....

KUANTAN – Akibat menolak cinta, seorang gadis terlantar menanggung azab kesakitan apabila anggota badannya dari pinggang hingga ke kepala tidak boleh disentuh dipercayai angkara ilmu hitam.

Nor Mazidah Norais, 23, dari Felda Lepar Hilir 3, di sini dipercayai menjadi mangsa dendam seorang lelaki yang cintanya tidak berbalas sehinggakan anak gadis itu menjadi mangsa santau sejak dua tahun lalu.

Malah lebih mengejutkan, santau yang ditujukan kepada anaknya itu tidak dapat dipulihkan walaupun ibunya, Maziah Darhan, 46, telah membawanya menemui ramai pengamal perubatan tradisional.

Maziah berkata, keadaan anaknya ibarat mayat hidup kerana bukan sahaja terlantar malah berat badannya susut selain penglihatannya juga tidak berfungsi dan percakapan terbatas akibat terpaksa menanggung kesakitan.

Menurutnya, kesakitan yang ditanggung anaknya sepanjang masa dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata malah dia menghadapi kesukaran untuk menguruskan anaknya kerana tidak boleh disentuh.

“Anak saya pernah cerita sewaktu dia sihat dulu yang dia menolak cinta seorang lelaki kerana dirasakan tidak sesuai menjadi pasangannya. Ia perkara biasa bagi anak gadis tetapi saya tidak terfikir pula ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan tidak tahu siapa punya angkara tetapi saya terkilan kerana masih ada orang yang sanggup mengguna ilmu hitam untuk membalas dendam. Mengapa perlu santau anak saya. Lebih baik buat anak saya menyukainya.

“Hidup anak saya sangat sukar. Sakitnya sepanjang masa dan kulit tidak boleh disentuh, malah tidak boleh juga terkena angin dari kipas kerana pedih yang amat sangat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menyingkap detik permulaan anaknya terkena ilmu hitam, dia berkata, Mazidah yang bekerja di butik di pusat membeli belah di bandar ini pulang ke rumah dan muntah-muntah sebelum keadaan bertambah buruk.

Katanya, lebih meruntun jiwa, ada kalanya anak sulung daripada tujuh beradik itu tidak dapat menahan kesakitan sehingga meraung-raung kerana azab yang ditanggung sangat dahsyat.

“Bukan saya nak percaya anak saya terkena ilmu hitam tetapi semua bomoh mengatakan perkara sama. Maka sedikit sebanyak saya kena percaya malah penyakit yang dideritai anak saya sangat misteri.

“Tidak terhitung betapa ramainya bomoh saya temui untuk mengubat anak saya, semuanya kata angkara santau. Setiap kali pergi berubat ada sahaja benda yang dikeluarkan tetapi anak saya tidak dapat dipulihkan. Sudah ribuan ringgit dihabiskan untuk mengubatinya.

Maziah turut membawa anaknya itu menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mengesan penyakit yang dianggap misteri itu tetapi keputusan yang diterima amat mengejutkan.

“Doktor kata anak saya sihat dan tidak mengidap apa-apa penyakit berbahaya. Selain itu, Nor Mazidah juga turut menjalani rawatan lain untuk mengesan penyakit tetapi keputusannya negatif.

“Jika bukan kerana ilmu hitam, saya tidak tahu lagi apa yang sebenarnya dialami anak saya. Perubatan moden gagal mengesan penyakitnya. Saya telah mencuba kedua-dua cara,” katanya.

Maziah berkata sekiranya anaknya tidak dibawa berubat dengan bomoh, keadaannya semakin parah dan kesakitan yang dialaminya juga semakin teruk jeritan mampu didengar jirannya.

Selepas anaknya jatuh sakit, Maziah terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kafe di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kerana menjaga Nor Mazidah yang terlantar sepanjang masa dan memerlukan perhatian daripadanya.

“Anak saya mandi dua kali seminggu sahaja kerana saya kasihan dengannya. Setiap kali disentuh dia akan menangis kerana sakit tetapi saya terpaksa untuk mengelakkan badannya terkena jangkitan lain.

“Sayalah yang menemaninya sepanjang masa. Saya redha dengan ketentuan tetapi akan terus berusaha mengubati anak saya walaupun susah sekali pun. Saya juga tidak jemu mengadakan solat hajat dan membaca Yasin untuknya,” katanya.

Maziah turut merayu kepada orang ramai yang mengetahui cara atau memiliki kebolehan dalam perubatan cara Islam dan tradisional membantu merawat anaknya itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang melawat mangsa semalam akan merujuk perkara itu kepada Felda bagi mendapatkan bantuan untuk keperluan Nor Mazidah.

“Saya berharap keluarga mangsa dapat bersabar dengan dugaan ini. Saya akan cuba membantu. Saya akan berbincang dengan Felda untuk melihat bantuan yang bagaimana boleh disalurkan.

“Saya berharap sesiapa di luar sana mempunyai ilmu perubatan dapat tampil membantu anak gadis ini. Umurnya masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga mangsa di talian 09-5495482 atau 013-9646034.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut