Memaparkan catatan dengan label info pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info pengguna. Papar semua catatan

PANDUAN MUDAH SEBELUM MEMBELI KERETA



Memiliki Kenderaan sendiri adalah impian bagi setiap individu.Kini,terdapat pelbagai tawaran dan promosi diperkenalkan untuk anda memiliki kereta impian.Samada anda ingin menjual kereta lama dan membeli kereta yang baharu.Keputusan membeli kereta perlulah difikirkan secara teliti dengan mengambilkira komitmen bayaran bulanan,penyelenggaraan,membaik pulih kenderaan,insurans dan keperluan sekeluarga.

Berikut adalah beberapa tip umum membeli kereta baharu dan terpakai yang boleh dijadikan sebagai panduan:

1.Apabila anda berhadapan dengan penjual kereta,pastikan penjual memaklumkan kepada anda hanrga kereta yang ditawarkan dan kos-kos yang terlibat secara yang terperinci.

2.Pastikan penjanjian yang dibuat adalah mudah.Jangan tergesa-gesa membincangkan untuk menjual kereta lama anda atau pinjaman kereta ,kecuali jika anda bersetuju dengan harga belian.

3.Buat Perbandingan harga antara syarikat penjual kereta yang lain serta promosi /pakej menarik yang memberi kelebihan kepada anda.

4.Anda juga boleh menyemak senarai harga kereta dipasaran semasa melalui surat khabar,iklan-iklan dan risalah-risalah.

5.Pastikan kelengkapan aksesori kereta benar-benar lengkap,seperti perjanjian jual beli,sebelum anda membawa pulang kereta berkenaan.

6.Sebelum berkunjung ke bilik pameran kereta baru,pertimbangkan model-model yang sesuai dengan keperluan anda sekeluarga,dan yang paling penting,mengikut kemampuan anda.Anda boleh melawati beberapa bilik pameran model kereta yang berlainan.

7.Jika boleh,Pandu uji kenderaan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

8.Hati-hati dengan sebarang  perubahan terhadap kenderaan .Kemungkinan terdapat kekurangan aksesori pada kenderaan tersebut.

9.Elakkan daripada menerima tawaran,membayar deposit atau perjanjian jual beli kenderaan pada cuti umum atau sewaktu hujung minggu.Sebaik-baiknya lakukan sewaktu hari bekerja.Ini untuk mengelakkan berlakunya penyelewangan daripada pihak ejen.

10.Untuk pembelian kereta terpakai pasatikan dokumen pemilik kenderaan lama telah pindak milik sepenuhnya kepada anda dan mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM.

BERIKUT disertakan serba ringkas prosedur membeli kereta bermula daripada membuat tempahan sehinggalah setelah menerima kenderaan.

1.SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN
- Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank draf.Bayaran tunai tidak digalakkan.
-Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit resmi syarikat serta merta sebagai perakuan bayaran.
-Pastikan borang tempahan diisi dengan betul,seperti maklimat peribadi,maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.
-Anda harus mnyimpan satu salinan yang lengkap yang telah ditandatangani.
-Sila baca dan fahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung,dalam borang tempahan tersebut.

2.KETIKA MEMOHON PINJAMAN
-Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.
-Salinan kad pengenalan yang dicatatkan perkataan "untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan "bagi penyalahgunaan salinan tersebut.
-Salinan lesen memandu atau sekeping gambar pemohon.
-Slip gaji terbaru tempoh 3 bulan.
-Surat perlantikan tawaran kerja.

3.APABILA PINJAMAN DILULUSKAN
 -Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan  dalam surat tawaran  ,seperti jumlah pinjaman,tempoh bayaran,kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.
-Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.
-Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.

4 PENDAFTARAN KENDERAAN
-APendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranyanya:Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman)
-Surat Aku Janji daripada syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.

5.DOKUMEN UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN
Kemukakan Dokumen dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

-Salinan kad pengenalan pembeli yang disahkan dicatatkan perkataan'untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'
-2 salinan JPJ K1 yang telah diisi dan ditandatangani oleh pembeli.
-Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh saksi.
-Surat jualan daripada syarikat pengedar.
-Dokumen Perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.
-Surat tuntutan hak milikdaripada syarikat kewangan.
-Resit tender nombor pendaftaran (jika ada)
-Bayaran pendaftaran kereta,cukai jalan,dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.
-Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti penukaran nombor perdaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.

6.SEMASA PENYERAHAN KENDERAAN
Apabila anda menerima kenderaan baru,sila pastikan:

-Kereta tersebut sempurna dan munasabah.
-Perkakas dan eksesori lengkap dibekalkan.
-Buku Jaminan diisi dan dicop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.
-Borang penyerahan resmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli serta wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.


FAHAMI PAY PER USE -JANGAN TERPEDAYA!


Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pay per use (PPU)?.Secara ringkas,PPU ialah cara pembayaran untuk penggunaan data secara pukal dan bayar atau dalam erti kata lain,anda sepatutnya membayar penggunaan data berkadaran dengan penggunaan.

Untuk memahami lebih lanjut lihat contoh ini:

Katakan syarikat telekomunikasi yang anda langgan menetapkan bahawa setiap 10 kilobyte (kb) yang anda pula telah menggunakan sebanyak 1024 kb (1 Gigabyte) dalam satu tempoh tertentu.Ini bermakna anda telah menggunakan sebanyak 1024 bahagi 10=102.4 unit data boleh dicaj.Darab jumlah itu dengan caj RM0.05 dan anda akan dapati caj yang perlu dibayar bersamaan dengan RM51.20.

Itulah harga pay per use untuk 1GB=RM51.20

Bagaimanapun,secara purata,harga pakej 1GB yang ditawarkan oleh syarikat telemunikasi berada sekitar RM38.00 dan jika diulang perkiraan ditas,caj yang anda bayar ialah RM 0.03 dan ini akan menjadikan harga bagi PPU lebih daripada yang sepatutnya.

Mutakhir ini,banyak aduan dan perkongsian daripada pengguna talian prabayar mengatakan mereka dikenakan caj PPU terhadap langganan pelan data sebaik sahaja penggunaan data habis digunakan.

Seperti yang telah dijelaskan ,PPU  dicaj berdasarkan penggunaan dan sebaik sahaja kuota data langganan internet habis ,anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan.

Terdapat juga kes-kes  dimana syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj setinggi 50 sen untuk 50 kbps.

Penggunaan caj PPU bukan perkara baru,ia telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam bentuk langganan jangka masa pendek seperti harian,mingguan,malah paling mengejutkan ia turut dikenakan untuk langganan bulanan ,satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Keadaan ini biasanya menjadi beban kepada pelanggan prabayar manakala untuk pelanggan pascabayar,mereka akan terbeban dengan pengurangan kelajuan aliran data.

Bagi mengelakkan keadaaan ini,anda dinasihatkan untuk menutup fungsi data bagi bagi menghalang PPU berjalan tanpa sedar apabila kuota data habis digunakan.

Anda perlu tahu.sistem operasi android atau ios sentiasa ada aplikasi yang berjalan tanpa sedar seperti kemaskini perisian dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi ini kadangkala akan memakan sehingga 300 kb dan jika harga untuk setiap 10 kb bersamaan RM 0.05,anda buatlah kira-kiranya sendiri untuk mengetahui berapa banyak wang anda akan melayang.

KENDERAAN DITARIK? KETAHUI HAK ANDA



Kenderaan tidak besar atau kecil,mahal atau murah merupakan satu keperluan kepada semua dewasa ini.Oleh kerana ia menjadi satu keperluan pasti akan sentiasa dicari oleh setiap anggota masyarakat.

Dengan bertambahnya bilangan penduduk baik desa mahupun bandaraya,maka secara logiknya permintaan terhadap kenderaan akan semakin bertambah secara langsung akan mengakibatkan terbitnya kepelbagaian dalam penawaran.

Disebabkan itu,dewasa ini anda dapat melihat baik pengeluar kenderaan mahupun penjual kenderaan terpakai (second-hand) menawarkan pelbagai pakej bagi menarik minat belian.

Biasanya ,apabila anda menghadapi masalah pembayaran,ialah Si Penarik kereta yang mana menjadi lumrah bagi kebanyakkan mandsa tarik akan menjadi 'mati kutu' apabila berdepan dengan masalah ini.

Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas dua bulan 21 hari,ada pekerja bank (bukan semua) yang bersekongkol dengan si penarik kereta membekalkan maklumat pemimjam selain:

1. Tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta memaklumkan bahawa kenderaan dengan ansurans tertunggak telah ditemui.

2. Memberi surat penarikan terus kepada penarik kereta Bukan kepada pemilik.

3.Tetap keluarkan arahan tarik kenderaan walaupun pemilik telah berbincang dengan tarikh bayaran.

4.Membiarkan penarik kenderaan menggunakan kenderaan itu sebelum diserahkan kepada bank.

5. Menghantar surat saman/tuntutan dan

6. Bila kenderaan ditarik dan dilelong pada harga kurang daripada hutang ,pihak bank kenakan tindakan sivil terhadap bekas pemilik.

Bila keadaan -keadaan tersebut terjadi,dengan mengetahui hak anda sebagai pengguna,anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penindasan si penarik si penarik kereta .Perlu diingat bahawa dibawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010 yang telah dikuat kuasakan,institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menarik kenderaan yang gagal membuat bayaran bulanan sekiranya penyewa telah melunaskan lebih 75 peratus daripada jumlah pinjaman sewa belinya apabila Rang Undang-Undang Sewa Beli (pindaan)2010 diwartakan kelak.

Persatuan keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) yakin bahawa anda semua tahu bahawa perkara yang disenaraikan dibawah menjadi kesalahan bagi sipenarik kereta dan boleh dibawa ke pihak berkuasa untuk diadukan.

1.Undang-undang telah menetapkan bahawa kenderaan yang tertunggak bayaran ansurannya yang diletakkan di dalam kawasan rumah tidak boleh ditarik.Justeru itu,tindakan menunggu pemilik sehingga keluar rumah dan mengganggu atau memberikan tekanan adalah salah disudut perundangan.

2.Kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta awam hanya boleh ditarik pada waktu bekerja sahaja.

3.Penarik kenderaan mestilah pekerja syarikat kewangan pinjaman dibuat dan perlu mempunyai kad kuasa yang sah kepada pemilik sewaktu mahu menarik kenderaan tersebut.

4.Sebuah kenderaan itu hanya boleh ditarik apabila laporan polis dibuat BUKANNYA sebelum itu.

5.Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimun mungkin,melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai serta dilarang sama sekali menggunakan kekerasan.

6.Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik.

7.Pastikan anda telah menerima notis jadual keempat yang merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat,notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat. Notis berkenaan akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.

PKP menasihatkan anda untuk memerhati dan memastikan semua syarat diatas dipatuhi dan seandainya berlaku perlanggaran peraturan di atas,anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.

Secara umum,masyarakat mengetahui dan terus beranggapan bahawa kumpulan penarik kereta adalah terdiri daripada gengster atau kumpulan kongsi gelap yang bergerak secara haram atau tidak mengikut undang-undang.

Oleh itu penting bagi proses penarikan kereta oleh pihak bank atau pembiaya mengikut undang-undang  dan peraturan sedia ada yang telus,bertanggungjawab dan sudah tentu yang didaftarkan serta diawasi oleh pihak berwajib.

Seterusnya pihak yang melaksanakan proses penarikan kereta berkenaan mestilah dilakukan secara teratur dan disiplin.

Dakwaan bahawa adanya pelanggan pinjaman sewa beli yang mungkin tidak memberikan kerjasama kepada penarik kereta tidak boleh dijadikan alasan untuk mengiktiraf kaedah atau pendekatan gengsterisme dalam perkara berkenaan.

Biasanya,syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat sewa beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor.Penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya,kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut.Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan anda.

Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda.Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik"  untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa.

Hakikatnya penarikan kenderaan adalah jalan terakhir syarikat kewangan terhadap pengguna yang enggan membayar ansuran .Selain memberi notis amaran,syarikat kewangan wajar wajar mengemukakan dokumen lengkap dan menghantar wakil ketika operasi menarik kereta dilakukan.

Syarikat kewangan juga boleh menyediakan senarai syarikat penarik kereta berdaftar dan aktif sebagai rujukan pengguna.Walaupun institusi kewangan berhak mendapat harta milik mereka,namuntindakan ejen tarik kereta menggunakan kaedah tidak profesional yang mengancam keselamatan orang ramai wajar dihindari.


KENALI SISTEM AUDIO KERETA

SISTEM BUNYI

Speaker bunyi atau pembesar suara/muzik/irama adalah kompenon paling asas dalam sistem audio.Bagi menilai mutu sesebuah pembesar suara,pastikan mutu buatan magnetnya.Sesetengah pembesar suara bermagnet diperbuat daripada neodymiun,strontium,barium dan kebanyakan daripada bahan campuran besi.Unit pembesar suara paling murah serta tertua menggunakan alnico 5 dan ada yang diperbuat daripada aloi.

WOOFER

Woofer merangkumi keseluruhan sistem pembesar suara.Juga dikenalli sebagai pembesar suara paling besar atau utama dalam sistem pembesar suara.

Bertindak sebagai pembesar bunyi/suara yang direka untuk menghasilkan frekuensi terendah atau hujung spektrum bass bunyi.Diameter sesebuah woofer selalunya bersaiz 10 sm(4 inci) sehingga kepada 90 sm(36 inci).Saiz woofer yang biasa digunakan bersaiz antara 10 sm(4 inci) dan 45 sm (18 inci) manakala saiz 16.25 sm (6.5 inci) hingga 30 sm (12 inci) adalah saiz paling popular.

MIDRANGE

Alat pengawal spektrum bunyi paling utama yang juga sebagai nadi kepada lahirnya sesebuah muzik.Ia memberikan kekuatan bunyi yang sederhana,tidak terlalu kuat atau rendah.

Midrange selalunya bersaiz lebih kecil daripada woofer dan menghasilkan frekuensi bunyi dari 300 Hertz hingga 500 Hertz.

Jika woofer terletak di tengah-tengah kotak,Midrange selalunya terletak dibahagian paling sisi atau tepi pintu.

TWEETER

Kehadiran tweeter bagi mendesir  dan memberi pengalaman bunyi muzik yang lebih realistik sambil dibantu oleh beberapa pembesar suara lain.Ia adalah pembesar suara paling kecil dalam sistem stereo bunyi audio.

Terdapat beberapa jenis tweeter seperti dome tweeter,hard dome tweeter,horn tweeter,bullet horn tweeter,piezo tweeter dan tweeter.

5 PANDUAN MEMILIH PEMBESAR SUARA

1.Untuk mendapatkan kualiti bunyi paling gah sehingga boleh mengejutkan jiran menyebelah,subwoofer 25 sentimeter (10 inci),30 sm (12 inci) dan 37.5 sm (15 inci),yang berkuasa 500 hingga 2400 watt adalah pilihan terbaik.

2.Jika inginkan susana bunyi yang selesa atau sesedap telinga mendengar,memadai dengan pembesar suara yang tersedia dalam kereta anda.

3.Individu yang mengidamkan bunyi muzik mempesona seperti irama jazz,hanya tambah midrange dibahagian depan kereta untuk sistem audio sedia ada.

4.Ingin berdansa bersama muzik era 30-an sehingga 50-an dengan alunan klarinet dan trumpet,penambahan amplifier berkuasa 75 hingga 100 RMS watt dan sebuah subwoofer bersaiz antara 20 sm (8 inci) dan 25 sm (10 inci) adalah di syorkan.

5.Suasana muzik klasik yang membuai minda akan lebih menarik dengan menambah tweeter di bahagian depan atau atas dashboard.

PANDUAN SEBELUM MELABUR UNIT AMANAH



Unit amanah adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur yang berkongsi matlamat pelaburan yang berkongsi sama.Justeru ,bagi membolehkan seseorang melabur dengan bijak dalam skim pelaburan itu,Suruhanjaya sekuriti Malaysia (SC) kali ini berkonsi amalan baik yang perlu diparaktikkan pelabur seperti berikut.

1.Membaca prospektus dan lembaran keterangan dana dengan teliti sebelum melabur.

2.Jika dikunjungi perunding unit amanah,minta dokumen atau kad kuasa yang dikeluarkan Persatuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) bagi memastikan kesahihannya.

3.Jangan mudah percaya kenyataan perunding secara lisan yang tidak terdapat dalam dokumen rasmi dikeluarkan syarikat pengurus dana.Jangan terburu-buru membuat keputusan dan awas terhadap perunding yang selalu mendesak.

4.Jangan sesekali memberi wang tunai kepada perunding atau mengeluarkan cek atas namanya.Jika perlu,pembayaran dibuat kepada syarikat pengurusan (atau dalam keadaan tertentu,pemegang amanah)dengan menyatakan nombor akaun pelaburan serta dana yang disertyai.

5.Kebiasaannya,sebelum membuat keputusan melabur,perunding menganalisis tahap kewangan dan penilaian terhadap risiko seseorang pelabur.
Ini penting bagi mengenal pasti serta menyesuaikan jenis atau bentuk dana terbaik untuk disertai.Untuk itu,terdapat beberapa borang khusus yang perlu diisi dan dianalisis perunding.

6.Kebanyakan dana mempunyai tempoh bertenang iaitu semua bayaran dan yuran perkhidmatan akan dikembalikan jika kita memutuskan untuk menarik diri.
Bagaimanapun,pengembalian wang berdasarkan nilai bersih tertinggi aset atau harga belian balik unit amanah pada hari tempoh itu dikuatkuasakan.

8.Pastikan kita mendapat nombor akaun pelaburan di bawah nama kita sendiri serta penyata berkenaan akaun terbabit.Rekod berkenaan perlu disimpan agar sebarang kemusykilan dan pertikaian dapat diselesaikan sebaik mungkin,sekirannya berlaku.

SENARAI SEMAK SEBELUM MELABUR UNIT AMANAH

1.Baca Prospektus dan lembaran keterangan produk
2.Semak lesen atau kad kuasa
3.Percaya semua keterangan perunding tanpa merujuk kepada prospektus,borang permohonan atau dokumen rasmi
4.Beri wang tunai atau cek atas nama perunding unit amanah
5.Analisis taraf kewangan juga penilaian terhadap risiko
6.Gunakan hak kita sepanjang tempoh bertenang
7.Simpan segala rekod ,surat menyurat dan penyata

- Kairul Ridwan Abdul  Kuddus
  Timbalan Pengurus Besar & Ketua,
  Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan ,
  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



CARA SIMPAN MADU TERBAIK








Madu merupakan salah satu bahan alami yang kaya dengan khasiat dan nutrisi untuk kesihatan serta dunia kecantikan. Ya, salah satu ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.


Tapi sayangnya kalau anda tidak boleh membezakan dengan baik antara madu asli dan buatan. Untuk madu asli, boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan nutrisinya tak akan pernah 'ghaib'.


Apalagi, jika kalau anda menyimpan madu tersebut dengan cara yang betul. Jom semak cara menyimpan madu asli agar tahan lama dan nutrisinya tak pernah hilang...


1. Simpan Madu di Tempat Tertutup
Pastikan menyimpan madu di tempat yang tertutup dan bersih macam botol. Ini boleh buat madu tahan lama dan nutrisi tetap bagus. Menyimpan madu di tempat terbuka akan buat madu jadi cair, mudah dihinggap lalat atau serangga.




2. Simpan di Tempat Yang Tidak Terkena Sinar Matahari
Pastikan madu disimpan di tempat yang tidak terkena sinar matahari. Bukan hanya membuat nutrisi makin berkurang, malah madu yang disimpan di tempat yang terkena sinar matahari akan membuat warna madu menjadi lebih hitam dan tidak menarik.



3. Jangan Simpan Madu Dalam Bekas Logam
Simpan madu di dalam bekas yang terbuat daripada kaca atau plastik. Ingat ya, jangan sekali menyimpan madu di dalam bekas dari logam kerana madu akan cepat rosak dan berubah menjadi racun sebab zat kimia berbahaya pada logam akan 'bersatu' dengan madu. Nak makan pun, jangan guna sudu besi ya! Hilang khasiatnya....


4. Bekas Bersih dan Kering
Satu titis air saja boleh membuat madu mudah rosak dan berbisa. Jadi simpanlah madu dalam bekas kering dan bersih.


Wanita, itulah cara paling mudah menyimpan madu agar tahan lama. Semoga cara ini bermanfaat dan madu yang anda simpan di rumah boleh tahan lama serta terjaga nutrisinya.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut