IMUNISASI:SATU PERMULAAN YANG SIHAT


Anak anda memerlukan sepenuh penjagaan dan perlindungan.Lindungilah mereka daripada penyakit berjangkit yang berbahaya melalui imunisasi yang lengkap.

APAKAH IMUNISASI?

IMUNISASI
1.Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit.

2.Merupakan satu proses pembentukan imuniti
3.Dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan.
4.Boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut.
5.Vaksin adalah virus/bakteria yang mati/dilemahkan.

IMUNITI
Imuniti ialah perlindungan yang dihasilkan oleh badan melalui tindakbalas di antara antigen (contoh:virus atau bakteria)dengan daya tahan yang ada didalam badan untuk menghasilkan antibodi.

Imuniti boleh dibahagikan kepada dua:

Semulajadi- Perlindungan yang telah ada di dalam badan sejak lahir.

Spesifik- Apabila terdedah kepada antigen.
               * Aktif Pembentukan antibodi selepas suntikan vaksin
               * Pasif- Pembentukan antibodi selepas suntikan vaksin
                  (Contoh:Immunoglobulin)

APAKAH YANG BOLEH DICEGAH MELALUI IMUNISASI?

1.Tibi                  2.Hepatitis B            3.Difteria                  4.Pertussis(Batuk kokol)
5.Tetanus (Kancing gigi)                     6.Polio                    
 7.Penyakit disebabkan oleh bakteria Haemophilus infuenzae type b (Hib)
8.Measles (campak)
9.Mumps (Beguk)                               10.Rubella                11.Kanser Servik.

KOMPLIKASI PENYAKIT YANG BOLEH DICEGAH

1.Tibi (Tuberculosis)
- Radang paru-paru (pneamonia)
-radang selaput otak (meningtis),jangkitan pada organ yang lain seperti usus,tulang ,sendi serta buah pinggang
-kematian

Hepatitis B                                                                     
-penyakit hati kronik
-kanser hati

Difteria
-sukar bernafas
-masalah jantung
masalah saraf

Pertussis (Batuk kokol)
-radang paru-paru
-sawan tarik
kematian

Tetanus
-kancing gigi
-kejang otot
sukar bernafas
kematian

Polio
-lumpuh(ketidakupayaan fizikal)
-radang otak (encephalitis)
-kematian

Penyakit disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type b (Hib)
-radang paru-paru (pneumonia)
-radang selaput otak(meningtis)dan komplikasi seperti pekak.buta,sawan tarik dan terencat akal
-radang epiglotis (saluran pernafasan) tersumbat) yang boleh membawa kematian.

Measles
-radang paru-paru (pneumonia)
-radang selaput otak (encephalitis)
-pekak dan buta
-cirit birit
-kematian

Mumps (Beguk)
-radang otak (encephalitis)
-radang buah zakar (orchitis) yang boleh menyebabkan kemandulan

Rubella
-biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak(buta),pekak,jantung berlubang,terencat tumbesaran dan terencat akal.Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syindrome.

MENGAPA ANAK SAYA PERLU DIBERI IMUNISASI?

-Mengelak daripada dijangkiti penyakit yang boleh dicegah melaui imunisasi
-Penyakit ini boleh memyebabkan komplikasi yang teruk dan boleh membawa maut.

ADAKAH IMUNISASI SELAMAT?

1.Imunisasi adalah selamat.
2.Kesan sampingan yang berl;aku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya
3.Kesan sampingan seperti demam (lebih daripada 38.C),ruam diseluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku
4.Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera

BOLEHKAH IMUNISASI DIBERI LEBIH DARIPADA SATU JENIS DALAM SATU MASA?

Ya,boleh!

-Imunisasi yang berlainan adalah selamat untuk diberikan dalam satu masa
-Ia diberi di tempat yang berlainan seperti di kedua-dua paha atau lengan

BOLEHKAH IMUNISASI DIBERI JIKA ANAK SAYA TIDAK SIHAT

Imunisasi boleh diberi kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti:
-Batuk
-Selesema
-Ruam

BOLEHKAN IMUNISASI DIBERI JIKA ANAK SAYA DILAHIRKAN PRAMATANG?

Ya,Boleh!

Bayi pramatang boleh diberi mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.Dapatkan nasihat daripada anggota kesihatan





Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut