GADIS KETAGIH SEKS ,SANGGUP TIDUR DENGAN 1,000 JEJAKA


Somerset, England,
Sejak pertama kali berhubungan seksual pada usia 15 tahun, seorang wanita menjadi sangat ketagihan dengan seks. Setiap bulan ia boleh tidur dengan lelaki bersilih ganti. Bahkan di usianya yang kini menginjak 42 tahun, terhitung 1000 lelaki telah ia tiduri.

Crystal Waren (42 tahun) mengenal seks sejak usia 15 tahun, ia pertama kali berhubungan intim dengan teman sekolahnya. Dan sejak saat itu, ia percaya telah langsung ketagihan dengan seks.

Ia sering berhubungan intim dengan teman-teman lelaki sebayanya. Setiap bulan ia boleh berhubungan dengan lelaki baru. Pada usia 17 tahun saja, total ia sudah berhubungan dengan 40 orang.

"Aku tidak berfikir apa pun pada saat itu. Aku fikir semua gadis di desaku juga bereksperimen seperti itu. Aku tidak tahu bahawa 40 lelaki lebih dari kebanyakan yang boleh ditiduri wanita sepanjang hidupnya. Yang aku tahu aku merasa sangat baik ketika sedang berhubungan seks," jelas Crystal Waren, yang lahir di Somerset, England.

Antara usia 17 hingga 20 tahun, Crystal mulai berpetualang dari pub dan klub, di mana dia punya banyak kesempatan untuk memenuhi hasrat seksualnya. Tapi meski bercinta dengan banyak lelaki, Crystal mengaku selalu melakukan seks aman. Dia tidak boleh memiliki anak tetapi seks aman memastikannya agar tidak terinfeksi penyakit menular seksual.

"Aku tidak tahu mengapa aku sangat menikmati seks. Seperti kecanduan yang lain, aku akan moody dan frustasi bila tidak boleh mendapatkan apa yang aku inginkan," jelasnya.

Kini sudah lebih dari 1000 lelaki yang pernah menjadi kekasih dan tidur dengan Crystal. Bahkan suatu hari ia pernah berhubungan seks dengan 7 lelaki berbeza dalam waktu 24 jam.

Kecanduan seks bukan sekadar penyakit akibat tak bosa menahan godaan atau rangsangan seksual saja, tapi juga kerana ketidakberdayaan untuk mengontrol perilaku. Bahkan menurut ahli psikologi, kecanduan seks kini dikategorikan sebagai penyakit saraf.

Berikut ini beberapa peringatan awal yang harus diwaspadai sebagai gejala kecanduan seks, seperti dikutip dari Lifemojo:

1. Menggunakan seks untuk menghilangkan perasaan negatif hingga boleh mendapatkan kesenangan sementara
2. Menyembunyikan perilaku seksual dari pasangan
3. Semua efek sakit dari pekerjaan, hubungan dengan orang lain atau kehidupan sehari-hari akibat obsesi terhadap seks
4. Menyadari bahwa hubungan seks yang dilakukan bisa menjadi masalah jika diketahui oleh publik
5. Ketidakmampuan untuk berhenti dari kehidupan seksual rahsia yang berbahaya secara permanen
6. Melakukan masturbasi secara kompulsif (berulang-ulang) dan melakukan seks yang tidak sihat


Ada pula beberapa perilaku khas yang dimiliki oleh seorang ketagihan seks seperti:

1. Memiliki keasyikan tersendiri dengan seks sepanjang waktu
2. Menjadikan aktivitinya sebagai salah satu ritual
3. Meskipun menyedari bahawa tindakannya salah, para penagih seks akan mampu mengubah perilakunya tapi tetap melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang.


Menurut Maureen Canning, seorang konsultan klinik dari Meadows Addiction Treatment Center, Arizona, untuk benar-benar menyembuhkan seorang pecandu seks diperlukan waktu 2 hingga 5 tahun terapi.

"Terapi kecanduan seks bukan ditujukan untuk menghilangkan hasrat seks seumur hidup, tapi untuk belajar bagaimana melakukan seks dengan betul dan selamat," kata Canning.
ANWAR IBRAHIM BEBAS LIWAT 2012

ANWAR IBRAHIM BEBAS LIWAT 2012

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.

Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.

"Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Saiful tidak ada di mahkamah hari ini.

Anwar tersenyum semasa keputusan itu dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak manakala anggota keluarganya kelihatan berpelukan sambil ada yang menitiskan air mata.

Dalam pada itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, keputusan hari ini adalah berdasarkan merit dan pendakwa tidak harus mengemukakan rayuan.

"Ia satu kemenangan yang baik bagi Anwar," kata beliau yang juga Pengerusi DAP.

Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Kami belum buat keputusan. Kami akan berbincang,” katanya lagi.

Beliau berkata, mereka mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut