PELIK TAPI BENAR ,KUCING BERWAJAH DUA






SEEKOR kucing istimewa Frank and Louse, yang dilahirkan dengan dua wajah, dua mulut, dua hidung, tiga mata dulunya dikatakan menghadapi masa depan yang tidak menentu.
Kini, 12 tahun selepas Marty Stevens menyelamatkannya dari dibunuh (euthanise) kerana keadaannya, kucing bermata biru ini bakal dimasukkan ke dalam Guiness World Record edisi 2012 sebagai kumpulan dikenali Kucing Janus yang hidup paling lama. Kucing Janus dinamakan sempena nama tuhan Roman yang memiliki dua wajah.
"Setiap hari adalah rahmat, kepadanya yang kini berumur 12 tahun walaupun jangka hayatnya diramalkan hanya 1 hingga 4 hari kerana keadaanya" Kata Stevens, sambil mengusap bulu lembut Frank and Louie di atas ribanya.
"Setiap hari saya berterima kasih kepada tuhan kerana masih memilikinya"
Pemilik Frank and Louise telah membawanya ke Cummings School of Veterinary Medicine di Tufts University, tempat Stevens bertugas pada waktu itu, untuk dibunuh (euthanise) sehari selepas ia dilahirkan.
Stevens menawarkan untuk membawanya pulang, namun pakar yang terlibat memberitahunya agar tidak berbuat demikian.
Kebanyakkan Kucing Janus tidak dapat hidup lama, kerana mengalami masaalah organ pembiakan, malah keadaannya mengakibatkan sistemnya mengalami kebuluran memandangkan susu yang diminumnya masuk ke ruang paru-paru menyebabkan kematian akibat pneumonia. Keadaan ini disebabkan oleh kecacatan genetik yang mengakibatkan penghasilan lebihan protein-protein tertentu.


http://www.youtube.com/embed/--qHTGbAM6A" frameborder="0" allowfullscreen>
GEMPAR!! VIDEO SEPASANG KEKASIH DIRASUK SYAITAN DURJANA..

GEMPAR!! VIDEO SEPASANG KEKASIH DIRASUK SYAITAN DURJANA..



video ini adalah hasil rakaman Mat Skodeng yang sentiasa mencari sasaran .Mereka sentiasa memerhati..dan memerhati gelagat insan yang sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti maksiat.Mereka hanya mengejar kenikmatan hanya untuk beberapa minit sahaja.Tapi bila perut dah membuncit mula menyorok tunggu beranak dan bila lahirkan anak..anak dibuang merata-rata .Apa dah nak jadi dengan anak muda sekarang...hanya mau syok dosa pahala ntah kemana.

TERBARU DIPASARAN! BRA BERBENTUK TANGAN


Inilah Design terbaru bra untuk anda ..Dapatkan segera sebelum kehabisan

New York.U.S

Sebuah kilang di U.S telah mengeluarkan Bra yang lain dari kebiasaan itu bra berbentuk tangan.menurut jurucakap mereka,Bra tersebut direka khas untuk dipakai pada musim panas.

IKAN KOI EMAS 13 KILOGRAM


Untuk lebih tepat untuk mengatakan tiada ikan, tetapi rybischa - kerana berat ikan kap, koi, dicat warna keemasan, lebih daripada 13 kilogram. . Semua ini kelihatan seperti Photoshop, tetapi anda boleh percaya ia adalah ikan sebenar, tetapi bukan imej yang dicipta dalam editor grafik. . Secara kebetulan, koi boleh hidup lama, dan bernilai beberapa ribu dolar.

JUPE SERING DIHINA ANGKARA PERANAN BERAHI DAN LUCAH DIDALAM FILEM


PELAKON EROTIK TERSOHOR Indonesia Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe mengaku sering menerima hinaan setiap kali berlakon dalam sesebuah filem. Meski begitu, ia mengaku santai dan menganggap hinaan itu sebagai asam garam dunia artis .

Jupe yang sering ditawarkan watak seksi dalam setiap filem yang dibintanginya itu sedar akan tanggapan buruk masyarakat akibat dari keberaniannya beraksi lucah di dalam filem.

"Kalau aku dikritik itu sudah sangat biasa," ungkapnya ketika ditemuramah Wartawan Detikhot di Planet Holywood, Jakarta Selatan,Indonesia.

Dalam filem terbarunya 'Pocong Minta Kawin' Jupe memainkan peranan sebagai pendangdut berambut blonde persis Lady Gaga. Bahkan Jupe tampil sangat seksi dan mendedahkan.

"Aku selalu berfikir hinaan itu jadi cambuk aku, jadi aku pasti boleh jadi bintang filem," ungkapnya.

PEMBARISAN SEMARAK KEMERDEKAAN 2011 PERINGKAT DAERAH BESUT


Kontinjen dari Sekolah kebangsaan Pasir Akar Jerteh dibawah pimpinan En.Muhammad Ibrahim (Penolong Kanan KOKO)tidak ketinggalan menyertai Pembarisan yang julung kali diadakan di daerah Besut Terengganu.

Guru Penolong Kanan 1, En.zakaria bin Sagaf dari SK Padang Luas begitu gembira dan tidak sabar untuk memulakan acara pembarisan.
Tidak ketinggalan daripada Pasukan Polis...




SK.Renek Johan Pembarisan SEMARAK KEMERDEKAAN 2011

WIRA KAMPUNG BUKIT YONG

WIRA KAMPUNG BUKIT YONG



PERISTIWA Bukit Kepong yang melibatkan sebuah balai polis diserang komunis cukup dekat di hati seluruh rakyat Malaysia. Malah, peristiwa tersebut turut diterjemahkan dalam filem oleh pengarah terkenal, Tan Sri Jins Shamsudin.

Namun, mungkin ramai yang jarang mengetahui kawasan Bukit Yong yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan dengan keluasan hampir 87 kilometer persegi turut mencatat peristiwa penting dalam sejarah keganasan komunis.

Bagi seorang bekas konstabel polis, Ismail Abdul Rahman, 89, tragedi yang berlaku 58 tahun lalu itu masih tebal dalam lipatan memorinya.

Tragedi yang sehingga mencederakan kedua-dua belah tangan termasuk mengorbankan seorang rakan setugasnya itu akan terus kekal dalam lipatan memorinya.

Malam 23 Mac 1953, cuacanya cukup dingin, sambil ditemani lampu gasolin, dua anggota polis berpangkat Konstabel sedang menjalankan tugas. Kedua-duanya ditemani oleh ketua mereka yang berpangkat Sarjan di Rumah Pasung Bukit Yong.

Sebelum dikenali sebagai balai polis, rumah pasung yang hanya berdindingkan buluh dan beralaskan lantai kayu itu menempatkan sembilan anggota polis dan sembilan buah berek menempatkan ahli keluarga anggota yang bertugas.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.40 malam, Ismail dan rakannya yang di kenali sebagai Che Ri bersama ketua mereka Sarjan Deraman masih menjalankan tugas.

Sertai pasukan polis

Dalam tempoh lima minit, beliau perlu menyelesaikan satu lagi tanggungjawabnya pada malam tersebut.

Loceng tembaga yang digantung di pangkin rumah pasung itu perlu diketuknya sebagai isyarat kepada anggota yang berada di berek untuk perbarisan (row call).

Dilahirkan pada tahun 1922 di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, Ismail menyertai pasukan polis dengan menyertai Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, Kuala Lumpr atau sebelum ini dikenali sebagai Jalan Henry Gurney pada tahun 1948.

Sebaik menamatkan latihan, beliau dihantar bertugas di Balai Polis Kota Bharu pada 29 Disember 1949 sebelum ditukarkan ke Pulai, Gua Musang tiga bulan kemudian.


PINGAT yang diterima oleh Ismail daripada kerajaan British (kiri) dan penghargaan daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor atas pengorbanannya menentang pengganas komunis suatu ketika dahulu.


Ismail berkata, selepas tiga bulan bertugas di Gua Musang, beliau dipanggil semula untuk bertugas di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan dan sebulan kemudian dia ditawarkan bertugas di Bukit Yong.

Ketika jam menunjukkan pukul 8.45 malam, Ismail terus mendapatkan loceng tersebut. Sebaik pukulan loceng pertama, beliau menyedari terdapat sebuah bas berhenti betul-betul di hadapan rumah pasung tersebut.

Sebaik menoleh ke arah bas tersebut, beliau mendapati, hampir 20 orang lelaki turun daripada bas tersebut. Dalam kegelapan malam itu, matanya sempat menangkap kesemua lelaki tersebut memakai uniform seperti komunis.

"Tiba-tiba tembakan dilepaskan dan kami bertiga dihujani peluru. Saya terus masuk ke dalam rumah pasung dan terus meniarap. Ketika itu Che Ri meniarap di hadapan saya.

"Ketika itu baru saya sedar bahawa kami semua telah diserang oleh komunis dan mereka tidak berhenti menembak sehingga kami semua tidak mampu untuk bangun dan mendapatkan senapang yang tersimpan di dalam sebuah almari untuk membalas tembakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Ismail, ketika dihujani peluru, ketuanya Sarjan Deraman berjaya melarikan diri ke berek untuk mendapatkan perlindungan, namun beliau dan Che Ri tidak mampu untuk keluar dari situ.

"Tembakan tersebut berlaku selama 20 minit sehingga rumah pasung tempat saya bertugas itu rosak teruk. Kemudian, salah satu peluru telah menembusi perut Che Ri menyebabkan beliau meninggal dunia di situ juga.

"Peluru yang sama juga menembusi tangan kiri saya dan juga terkena tangan kanan saya menyebabkan saya tidak sedarkan diri. Selepas itu, seorang anggota komunis memberikan dua biji ubat menyebabkan saya sedar semula," ujarnya.

Diserang komunis

Kata Ismail, kumpulan komunis tersebut dipercayai telah merampas sebuah bas yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Kota Bharu di sempadan kawasan Kelantan-Terengganu yang terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah pasung tempat beliau bertugas.

Jarak di antara jalan raya dan rumah pasung yang terletak hanya 10 meter menyebabkan tindakan komunis menggunakan kenderaan seperti bas itu adalah suatu yang sangat praktikal. Lebih-lebih lagi apabila mereka merancang untuk memusnahkan rumah pasung tersebut.

Selain daripada kekuatan seramai 20 orang yang turun daripada bas tersebut, Ismail juga berkata, seramai 10 lagi anggota komunis sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran rumah pasung untuk membantu dalam serangan tersebut.

"Memang kami tak sempat berbuat apa-apa. Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan komunis juga menawan anggota polis dan keluarga yang berada di dalam berek.


ISMAIL (kiri) menunjukkan tapak lama Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan kepada Ketua Polis Balai Bukit Yong, Sarjan Mejar Moktar Adam.


"Bagaimanapun, komunis tidak mencederakan mereka yang lain. Mereka merampas lapan laras senapang jenis Mark 3 model 303 dan 288 butir peluru yang digunakan oleh anggota polis selain dua laras senapang patah milik penduduk kampung yang disimpan di sini sebelum melarikan diri," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Cerita Ismail, ketika kejadian serangan tersebut berlaku, isteri kepada Che Ri yang terbunuh dikenali sebagai Che Jah, sempat melarikan diri melalui kawasan semak bersama selaras senapang untuk mendapatkan bantuan.

Jelasnya, senapang tersebut adalah senapang yang digunakan Che Ri semasa bertugas. Namun, secara kebetulan ketika kejadian senapang tersebut ditinggalkan di bereknya menyebabkan Che Jah sempat membawa senapang tersebut ketika melarikan diri.

Menurutnya, Che Jah sempat melarikan diri sehingga ke Wakap Raja yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumah pasung tersebut sebelum terserempak dengan sepasukan anggota polis Cawangan Khas (SB) yang melakukan rondaan dengan sebuah van.

"Che Jah terserempak dengan anggota SB dan memaklumkan kejadian tersebut sebelum mereka pulang semula ke Balai Polis Pasir Puteh untuk memaklumkan kejadian tersebut serta meminta bantuan.

"Selepas lebih kurang 45 minit menawan rumah pasung tersebut, kesemua komunis tersebut melarikan diri bersama senapang yang dirampas dan tidak lama kemudian, bantuan sampai dan saya dihantar ke klinik Pasir Puteh," ceritanya.

Berikutan kecederaan yang dialami agak serius, Ismail telah dihantar ke Hospital Kota Bharu untuk menjalani pembedahan membuang peluru yang terbenam di dalam tangan kanannya.

Selepas dirawat di hospital selama dua minggu, beliau menerima satu lagi berita sedih. Kedua-dua belah tangannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong kerana kecederaan yang serius. Keadaan itu jika dibiarkan boleh mengancam nyawanya.

Terima penghargaan

Tapi saya tidak benarkan dan saya bersyukur sehingga sekarang ini kedua-dua tangan saya masih boleh berfungsi walaupun tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat selepas peristiwa tersebut.


GAMBAR kenangan Ismail semasa bertugas di Pasir Puteh, Kelantan.


"Berikutan kecederaan tersebut saya terpaksa pencen awal dengan mendapatkan sokongan lembaga perubatan kerana tidak mampu untuk menjalankan tugas-tugas sebagai seorang anggota polis selepas berkhidmat," katanya.

Keberanian yang ditunjukkan oleh Ismail menentang komunis itu akhirnya diiktiraf oleh kerajaan British apabila beliau menerima pingat atas jasa bakti yang dicurahkan menjaga keamanan Tanah Melayu ketika itu.

Selain itu, beliau turut menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia menerusi hadiah penghargaan yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pada 17 September 1994.

Beliau yang kini menetap di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh menjalani kehidupan seorang diri selepas kematian isterinya Mek Esak Che Lah tahun lalu kerana sakit tua.

Rutin hariannya adalah menunaikan solat berjemaah di madrasah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain menziarahi rakan-rakan lain selepas memilih untuk tidak tinggal bersama anak-anaknya.

"Saya lebih senang tinggal sendirian, tak mahu susahkan anak-anak. Di sini saya ada ramai kawan, mereka boleh jaga saya dan lebih gembira untuk bersama-sama mereka," jelasnya yang kini memiliki 30 orang cucu dan enam orang cicit.


sumber:kosmo

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut