KEPENTINGAN VITAMIN UNTUK TUBUH

Usai menjalani aktiviti seharian, termasuk bekerja dan menguruskan rumah tangga, setiap individu pastinya akan merasai kepenatan, lesu serta tidak bermaya sehingga mengganggu tugasan yang menanti keesokan hari.

Kekurangan vitamin, kurang rehat, tidak bersenam, sering kali dikaitkan dengan senario tersebut selain kesuntukan waktu untuk tidur bagi memenuhi tuntutan seharian.

Vitamin merupakan zat yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan anggota badan.

Bagi orang dewasa, keperluan vitamin dan mineral adalah untuk menjamin tubuh badan sentiasa sihat kerana badan tidak dapat membina secara sintesis keperluan tersebut.

Antara vitamin yang diperlukan badan ialah vitamin A, B, B1, B2, B3, B5, B6, B12, C, D , E dan K. Ia boleh diperoleh melalui pemakanan dan dinasihatkan agar setiap individu memakan pelbagai jenis makanan termasuklah bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menurut laporan daripada Akademi Sains Amerika Syarikat, terdapat pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan pengambilannya disyorkan mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA). Pengambilan vitamin bergantung pada keadaan.

Pertama sekali, anda hendaklah merujuk kepada doktor bagi membuat pemeriksaan untuk menentukan keperluan vitamin dan mineral sepatutnya diambil.

Ada beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan seperti semasa mengandung atau menyusukan bayi. Mengikut jurnal kesihatan, ramai menganggap pengambilan vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana beranggapan lebih banyak lebih baik.

Namun, hakikatnya pengambilan apa saja zat secara berlebihan boleh membawa kesan yang memudaratkan, begitu juga dengan vitamin dan mineral.

Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu boleh merosakkan sistem badan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil vitamin dan mineral mengikut sukatan yang disyorkan dan rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral.

Biasanya doktor anda akan menentukan tahap kesihatan anda dengan nilai vitamin dan mineral yang diperlukan. Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan.

Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan diperlukan oleh badan kita.
DAPHNE IKING PELUK ISLAM

DAPHNE IKING PELUK ISLAM




KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne

TEKAN TUBI(PUSH UP) BUAT LELAKI JADI MACHO




Lelaki macho alias jantan adalah lelaki yang punya kadar testosteron normal atau tinggi. Salah satu cara meningkatkan kadar testosteron adalah dengan rajin push up.

Latihan resistensi seperti push up dapat meningkatkan kadar testosteron dalam tubuh serta meningkatkan kekuatan otot.

Lelaki yang punya kadar testosteron tinggi akan memiliki kemampuan seksual yang bagus, memiliki otot serta tulang yang kuat dan tentu saja peluang untuk panjang umur.

MedicalNewsToday menulis rendahnya tingkat testosteron telah dikaitkan dengan osteoporosis, diabetes, tekanan darah tinggi dan peningkatan lemak viseral (lemak yang tidak terlihat tetapi mengelilingi organ vital), baik pada lelaki dan wanita.

Latihan push up yang tergolong murah dan mudah kerana tidak memerlukan peralatan apapun boleha menawarkan manfaat kesihatan yang luar biasa.

Jadi pertimbangkan untuk melakukan latihan push up sebagai kagiatan rutin yang tidak hanya membuat tubuh sihat, tetapi juga meningkatkan testosteron.

Manfaat rajin push up yang bikin lelaki menjadi macho selain meningkatkan kemampuan seksual adalah:


1. Mengencangkan otot
Menurut kajian tahun 1998 yang dilakukan oleh peneliti dari Penn State University dan dipublikasikan dalam Journal of Strength and Conditioning Research, testosteron konsisten merespon otot.

Push up menggunakan otot-otot besar dada, yaitu kelompok otot besar deltoid di bahu dan trisep. Juga otot lain, termasuk otot perut yang bertindak sebagai stabilisator.

2. Mencegah osteoporosis
Menurut Hormone Foundation, rendahnya tingkat testosteron dapat berkontribusi pada hilangnya kepadatan tulang dari waktu ke waktu dan mengakibatkan osteoporosis pada laki-laki.

Rendahnya tingkat testosteron juga dapat menyebabkan hilangnya massa otot dan kekuatan secara keseluruhan, serta atrofi otot dari waktu ke waktu.

3. Panjang umur
Satu kajian tahun 2008 yang dilakukan oleh para peneliti dari University of Greifswald di Jerman menunjukkan bahwa tingkat testosteron yang rendah dapat meningkatkan risiko diabetes, hipertensi, obesitas dan bahkan kematian.

kajian yang diikuti peserta selama lebih dari tujuh tahun ini menemukan bahawa orang dengan kadar testosteron rendah 2,5 kali lebih mungkin meninggal dini dibandingkan dengan orang dengan tingkat testosteron lebih tinggi, terlepas dari merokok, konsumsi alkohol atau usia.

4. Menghilangkan perut buncit
Peneliti Rush University Medical Center dalam studi 2009 yang dipublikasikan dalam jurnal Obesiti, menemukan korelasi antara tingkat testosteron yang rendah dan berfluktuasi pada wanita menopause dapat mengakumulasi lemak visceral, yaitu lemak yang menumpuk di dalam dan sekitar organ vital di dekat pinggang.

Baik usia mahupun ras peserta tidak terbukti menjadi faktor yang signifikan dalam jumlah lemak visceral. Kadar testosteron justru terbukti menjadi 'prediktor' terkuat lemak visceral. Menjadikan latihan push up untuk meningkatkan testosteron dapat membantu menjaga lemak di perut Anda.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut