JAM MEJA SPY BERKAMERA DIGITAL -EXIGA



Jam Meja Spy berkamera Digital-Exiga rekaan terbaru operasi merakam dan mengumpul bukti yang anda perlukan .Apakah jam ini boleh lakukan?.Selain dari fungsi asas sebagai jam LED,ianya merakam video dan audio secara digital.Berkeupayaan untuk merakam dengan bantuan sensor pengesan sebarang pergerakan dan boleh dikawal dari jarak jauh menawarkan rakaman video bersama audio dengan kualiti DVD(640 x 480 piksel).Rakaman audio sahaja,snap foto pegun ,(1600 x 1200 piksel ) dengan reka bentuk yang ringkas,ianya kelihatan innocent dan sukar disyaki sama sekali serta potensi kemungkinan kegunaannya.

Fikirkan jika ada seseorang yang sedang cuba mencuri sesuatu milik anda .Bimbangkan sidia yang anda sayangi mengkhianati kepercayaan anda.Apakah anak-anak anda atau pekerja-pekerja anda lakukan sesuatu yang tidak elok dibilik mereka ?.Jadi anda bakal mengetahui dan menyaksikan segala kebenaran yang terlindung dari pengetahuan anda.Sesungguhnya mengetahui sebuah perkara adalah lebih baik dari tidak mengetahui langsung ketika masih belum terlambat.

Apa yang menarik gajet ini ialah keupayaan merakam dengan kualiti video DVD yang terang dan jelas secara langsung ke kad mikro SD bersaiz 4GB (disertakan bersama) dengan kelajuan 30 frame persaat untuk video dan audio yang bermutu.segala kawalan fungsi gajet ini dapat dikawal dari jauh dimana anda tidak perlu menyentuhnya untuk memberikan pilihan dalam misi anda.

Rakaman video dengan pengaktifan dan pengesan pergerakan Jam meja Exiga boleh ditetapkan untuk merakam video secara otomatik objek melintas didepan lensa kamera.Ini bermakna anda boleh meningalkan gajet pengintipan Exiga diatas meja anda dan biarkan ianya mendedahkan bukti untuk anda .hanya sentuh satu butang di unit kawalan ,anda boleh merakam /snap gambar foto pegun pada bila-bila masa diperlukan sebagai rekod rahsia bergambar.

Jam meja Exiga ini memang sesuai digunakan di pejabat ,kediaman atau dimana-mana sahaja tempat yang anda perlukan dalam mencari bukti.

KANDUNGAN PAKEJ LENGKAP

1.Jam meja spy pengintipan digital
2.Kabel USB
3.Penyesuian Kuasa
4.Unit Kawalan jauh
5.Bateri
6.CD Perisian
7.Penyesuian untuk perjalanan (Pelanggan uk,Au,NA,SA)

* Soalan Lazim
Bagaimana untuk saya buka fail yang dirakam oleh EXIGA?

Hidupkan gajet,sambungkan kabel mini USB,kemudian tekan butang untuk hidupkan menggunakan unit kawalan jauhKomputer anda akan mengesan Exiga secara otomatik .

Harga tawaran di BESUTKITO : RM 285.00 termasuk kurier pos laju dan nombor tracking

SPY PEN 4GB / 8 GB ALA JAMES BOND AMAT BERBALOI DIMILIKI



PEN PINTAR (4 IN 1)

(RECORD VIDEO WITH AUDIO + SNAP PHOTO + BALL PEN + USB DRIVE)

KEGUNAAN:

  1. Record video masa anda meeting, taklimat biz, kuliah, ceramah agama, ceramah politik dll.
  2. Ambil video secara spontan Boleh rakam macam-macam aksi spontan.
  3. Boleh dijadikan PENDRIVE, boleh simpan data sebesar 4GB/8GB.
  4. Boleh snap gambar !!!
  5. Boleh buat menulis..
  6. Data boleh ditransfer dari PC viseversa, boleh tengok video yang anda rakam kat PC/LAPTOP.

CIRI-CIRI:

  1. Kecil dan mudah dibawa
  2. Rakaman video dengan gambar
  3. Bercolour dalam bentuk AVI
  4. Built in lithium battery
  5. Internal Memori 4GB/8GB

KAMERA:

  1. Format video AVI 640x480
  2. Format Photo: JPG 1280(W) x 1024(H) Pixels
  3. Saiz video +-500KB seminit
  4. Merekod sampai memori penuh selagi x OFF
  5. Lithium Battery
  6. Battery +-2jam

KANDUNGAN PAKEJ:

1x Pen Pintar 4GB/8GB

1x Travel Wall Charger

1x USB Cable


HARGA: 4GB RM 175.00
8GB RM 250.00

Kaedah Pembayaran:
1.Anda boleh membuat bayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM),Permindahan Wang melalui ATM dan Deposit Tunai di Kaunter ke akaun seperti tertera dibawah.

BANK SIMPANAN NASIONAL:0110029877421576 SUPIAN BIN HAJI AB RAHMAN

Langkah 2:

Hantarkan melalui sms maklumat NAMA,ALAMAT PENUH dan NAMA BARANGAN/ITEM anda bagi tujuan penghantaran pos laju.Pesanan selalunya akan tiba diantara dalam 1-3 hari mengikut jarak lokasi penghantaran.

Sebarang kemusykilan tentang pembayaran dan penghantaran sila hubungi Supian b Ab Rahman ditalian 014 8096645.

BRA BERNILAI DUA JUTA DOLLAR US


NEW YORK, — Adriana Francesca Lima, supermodel asal Brazil yang bertubuh seksi, sekali lagi dipilih menjadi model untuk bra mewah keluaran Victoria’s Secret. Bra yang diberi nama Bombshell Fantasy Bra itu berharga 2 juta dollar AS .Wanita berusia 29 tahun ini memamerkan bra itu. Bra tersebut bertakhtakan 3.000 berlian putih 60 karat, safir biru muda, dan topas berbentuk oval. Total, 142 karat. "Ini benar-benar sebuah karya seni," kata Lima mengenai bra rancangan Damiani Jewelers itu. "Saya suka berlian. Berlian selalu menjadi sahabat perempuan!" lanjutnya.

Lima mengatakan pula, bra tersebut selesa dikenakan. "Ini sangat selesa, selesa," ujar ibu satu anak tersebut kepada Reuters Television.

Pada 2008, Lima menjadi model Black Diamond Miracle Bra keluaran label yang sama berharga lima juta dollar AS.

SEKS MELANGSINGKAN BADAN

SEKS MELANGSINGKAN BADAN


Lupakan treadmill, joging, atau diet kerana kini ada cara olahraga baru untuk menjaga berat badan tanpa harus melakukan semua upaya yang terkadang memberatkan itu yakni melakukan hubungan seks sesering mungkin.

Ya, menurut para ahli, berasmara lebih sering, selain ampuh untuk mengurangi stres, juga dapat membuat seseorang lebih ramping. Ibaratnya, dengan mengombinasikan seks dan olahraga, Anda dapat membunuh dua burung hanya dengan satu batu. Seks akan membuat Anda segar bugar membuat Anda ingin melakukannya lebih sering lagi.

Para ahli juga mengemukakan banyaknya manfaat positif sexercise bagi kesihatan seperti meningkatkan aliran darah ke jantung, mengurangi kolesterol jahat (LDL) dan memperbanyak kolesterol baik (HDL), menjaga berat badan, memperbaiki kualiti tidur, meningkatkan energi, bahkan memperpanjang usia dan meningkatkan kualitas hidup.

Menurut Fox News, perempuan biasanya juga akan merasa lebih menarik bila lebih sering orgasme kerana menghasilkan lebih banyak estrogen. Berkat sexercise pula, baik lelaki mahupun perempuan, akan memiliki rambut yang lebih halus dan berkilau. Selain itu, kulit pun akan lebih bersinar karena seringnya berkeringat puas.

Frekuensi bercinta
Anda dapat memulai dengan olahraga yang lebih rutin. Dengan berolahraga, detik jantung, stamina dan fleksibilitas tubuh Anda akan terakselerasi. Pilih saja jenis olahraga yang memang menjadi favorit Anda, entah itu berenang, joging, atau aerobik. Bila belum terbiasa, cubalah meningkatkan kuantiti seks Anda secara bertahap. Usahakan seks 4-5 kali dalam seminggu. Mungkin bagi beberapa dari Anda kuatiti itu terlalu banyak, tapi sebenarnya tidak akan memakan waktu banyak. Bandingkan saja dengan waktu yang Anda habiskan untuk menonton TV.

Seks selama 30 minit mampu membakar 15-350 kalori, tergantung seberapa aktif Anda saat melakukannya. Jumlah itu setara dengan kalori yang terbakar bila berjalan, berlari, atau angkat beban selama satu setengah jam.

Bahkan, bila lebih lama lagi, hingga lima kali bercinta per minggunya mampu membakar 1.650 kalori! Pasangan aktif yang posisinya di atas biasanya akan lebih membakar banyak kalori. Dan, tanpa sadar dalam beberapa minggu akan ada perubahan pada kekuatan otot perut, punggung, pantat, kaki, dan lengan.

Jangan lupa untuk kreatif dalam melakukan sexercise. Tak seperti halnya berolahraga di treadmill bercinta pastinya dapat lebih divariasikan sehingga tak akan membosankan.

LANTAI KELAS RUNTUH,KONTRAKTOR HANYA  SIMEN DI ATAS LANTAI KAYU LAMA,HAIRAN MACAMANA BOLEH LULUS?SPRM KENA TURUN PADANG

LANTAI KELAS RUNTUH,KONTRAKTOR HANYA SIMEN DI ATAS LANTAI KAYU LAMA,HAIRAN MACAMANA BOLEH LULUS?SPRM KENA TURUN PADANG

Kelmarin,Negara dikejutkan dengan kejadian lantai sekolah runtuh yang mengakibatkan berapa guru dan murid tercedera ,ada yang parah.Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Guntung,Alor Setar Kedah.Pada masa kejadian sesi pembelajaran kelas agama islam sedang dijalankan.

Bangunan kelas tersebut sudah pun berusia 50 tahun,maklumlah sudah 50 tahun sudah tentunya struktur bangunannya sudah uzur.Bangunan tersebut telah mengalami pengubahsuian 3 tahun lalu.Menurut jurucakap Jabatan Kerja Raya(JKR) Kedah berkata,runtuhan tersebut bukan disebabkan mendapan tanah,tapi mungkin strukturnya bermasalah.ia sedang diteliti.

"Saya dimaklumkan proses pengubahsuian ini bangunan lama itu tidak mengikut penguatkuasaan JKR".Kata jurucakap tersebut.

Tapi bila di fikirkan balik kenyataan pihak JKR terbabit,Pihak JKR tidak buat pemantauan ke semasa kerja pengubahsuian bangunan itu dilakukan?Pihak kontraktor hanya menyimen di atas papan lantai yang sudah tidak kukuh strukturnya,biasalah kontraktor,mahu untung!!.

Mungkin SPRM juga kena turun padang untuk menyelesaikan kes ini, demi keselamatan anak bangsa.

BENTUK DADA WANITA PENGARUHI KEPERIBADIAN


Bentuk dada wanita tak hanya mempengaruhi penampilan fisiknya semata. Para peneliti yakin, keperibadian wanita juga boleh diklasifikasikan menurut bentuk dadanya.Klasifikasi itu diciptakan oleh para peneliti asal Amerika. Mereka melihat wanita dari bentuk dadanya, kemudian mengamati sikap dan perilaku mereka. Termasuk ketika seks.Berikut beberapa hasil penelitian mereka,.Menurut penelitian, wanita berdada besar dengan bentuk bulat (seperti lemon) memiliki jiwa petualang. Mereka hobi mencari resto yang menyediakan menu yang lazat. Namun berasmara, wanita dengan bentuk dada ini biasanya kurang aktif, dan sangat pendiam.Wanita dengan bentuk dada seperti buah lemon memiliki sifat penggoda dan spontan, Sedangkan wanita dengan bentuk dada oval layaknya buah betik biasanya setia, menyenangkan, dan memiliki karier yang bagus.Wanita dengan bentuk dada seperti buah jeruk biasanya suka berbagi pikiran dengan pasangan. Namun saat di ranjang, mereka berubah menjadi pemalu.Sedangkan para wanita yang memiliki dada relatif kecil memiliki kepribadian menarik dan menyenangkan. Mereka juga bisa membuat orang di sekitarnya merasa senang dan nyaman.Penelitian ini tentu tak sepenuhnya benar. Mahu percaya atau tidak, silakan Anda yang menilai.
PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM

PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM


SEDIM - Kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sedim yang mengakibatkan enam maut sepanjang 2005 dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada dalam kalangan mereka ternampak lembaga dan bunyi misteri hampir setiap malam.

Kelmarin, mayat seorang lelaki berusia 27, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui di celah batu kira-kira jam 6.40 petang setelah hampir empat hari operasi mencari mayatnya gagal.

Penduduk Kampung Ulu Riau, Kamarudin Hussein berkata, sebelum mangsa hanyut, temannya yang turut memancing di sekitar kawasan di mana mayat mangsa ditemui terdengar bunyi misteri.

“Sebelum mangsa, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui mati lemas, rakan saya ada memancing di sekitar kawasan lubuk itu dan dia terdengar bunyi batu seakan berlaga dengan kuat. Berikutan itu kawan saya meninggalkan lubuk berkenaan.

" Selain itu, saya juga pernah berjumpa dengan wanita sedang mandi di kawasan lubuk di sekitar kawasan ini. Selalunya kejadian misteri berlaku di sekitar jam 5.30 petang sehingga lewat malam,” katanya.

Sementara itu, Aziz Ibrahim dari Kampung Sungai Buluh berkata, dia pernah terjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi di sekitar kawasan lubuk. Tiba-tiba salah seorang daripada pasangan itu mula menunjukkan reaksi aneh dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomoh untuk memulihkan pasangan terbabit.

Selain itu, peristiwa di mana seorang pelajar yang sudah mandi dan kemudiannya naik ke tebing, secara tiba-tiba terjun semula ke dalam air seakan-akan dipanggil oleh seseorang. Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan apabila tangannya ditarik penduduk kampung.

“Banyak perkara misteri yang berlaku di sekitar Sedim. Saya pernah memancing di Lubuk Kawah kira-kira jam 11 malam dan ternampak seperti kain putih hanyut dan tiba-tiba lampu yang kami bawa padam. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari luar memancing di lubuk itu dan ternampak rambut panjang timbul dari air.

"Saya tidak menafikan, memang berlaku kejadian misteri di sini, dan kebanyakan mereka yang terkena terdiri dari orang luar dari kawasan ini,” katanya.

Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Zainol Chin berkata, beliau pernah memulihkan semangat remaja perempuan yang dirasuk berhampiran kawasan lubuk Siku.

Menurutnya, remaja itu seakan berbual dengan seseorang tetapi tidak dapat dilihat. Beliau yang curiga dengan perlakuan remaja itu mendekatinya dan bertanya dengan siapa dia sedang bercakap dan bersalam. Setelah dimandikan di tepi lubuk itu, tiba-tiba mangsa melambai tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan.

“Ketika itu saya bersama beberapa petugas lain ditugaskan untuk menjaga beberapa kumpulan remaja yang datang untuk berkhemah di sekitar kawasan arus deras. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berjalan dengan cepat ke arah air. Apabila saya tanya dia bercakap dengan siapa, mangsa berkata, ada sekumpulan puteri menantinya di seberang sungai dan sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas,” katanya.
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DIZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DIZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
9 JIN BERJAYA DITANGKAP.BEBASKAH SITI BALQIS DARI KEMISTERIAN?

9 JIN BERJAYA DITANGKAP.BEBASKAH SITI BALQIS DARI KEMISTERIAN?

JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.


Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.


Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


WANITA BERPAYU DARA LUAR BIASA

WANITA BERPAYU DARA LUAR BIASA

BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.

"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agens
iPHONE 4 BAKAL LAHIRKAN iPORN UNTUK REMAJA

iPHONE 4 BAKAL LAHIRKAN iPORN UNTUK REMAJA



Jakarta - FaceTime merupakan salah satu fitur unggulan di iPhone 4 yang paling dinanti pengguna. Hanya saja, kecanggihan teknologi ini dimanfaatkan penggiat industri porno untuk membuat layanan video iPorn.

Dengan memanfaatkan fitur percakapan video milik iPhone 4 tersebut, penggiat industri porno mengaku telah menyiapkan sejumlah model panas untuk memberikan layanan melaui video chat kepada pengguna.

"Kami telah menyiapkan ini sejak iPhone 4 dilancarkan," ujar jurucakap perusahaan Pink Visual, Quentin Boyer yang menerbitkan filem porno. "Kami hanya memberikan apa yang pelanggan inginkan," kilahnya.

Apple memang telah lama mendeklarasikan produknya bebas porno dengan cara menghalang pengguna untuk memuatturun aplikasi porno. Namun para penggiat industri porno akan terus mencari jalan untuk mengedarkannya (video porno)demi keuntungan.Hanya satu klik gambar menghairahkan akan terpapar.

"Handphone dilengkapi dengan web browser dan Apple tidak dapat menghentikan orang untuk berkunjung ke web dewasa," tegas Boyer. Meski kehadiran layanan kontroversi menuai protes, namun tetap saja ada pemilik iPhone yang justru menyambut baik layanan sebegitu.

"Saya bosan, tidak boleh tidur dan ingin 'bermain'. Saya punya iPhone 4 dan sedang berfikir untuk melakukannya dengan FaceTime," tulis sebuah pengguna di
laman web pencari Craiglist. Sementara Brian Stone, pemuda 23 tahun mengatakan bahwa tidak ada alasan bagi Apple untuk memblok konten porno dari Handphonenya..

KENALI PUNCA-PUNCA CAESAREAN


FAKTOR YANG BERPUNCA DARIPADA BAYI

1.LEMAS
Ia merupakan salah satu indikasi paling sering berlaku.Doktor dapat ,mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi.Daripada pemeriksaan jantung yang dilakukan,ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak.

Selain daripada itu ia dapat dikenalpasti melalui warna air ketuban.Jika warnanya jernih beerti tiada apa-apa masalah .Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/pekat/sangat pekat.Ini kerana najis bayi (Mekonium ) sudah pun dikeluarkan .Jika warnanya merah pula itu beerti uri telah lekang.

2.CEPHALOPELVICB DISPROPORTION (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat daripada keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali,berpunca daripada penyakit yang menyebabkan tulang punggung kecil atau mengalami kemalangan.Diagnosis relative CPD pula ,tulang punggung ibu normal namun kepala atau atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3.SAIZ BESAR
Biasanya berat bayi yang melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana dia terlalu besar untuk dikwluarkan secara normal.

4.KEDUDUKAN
Apabila berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal samada melintang atau songsang ,caesarean merupakan pilihan yang paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dengan selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya secara normal.

5.PEMBESARAN TERBANTUT(INTRA UTERINE GROWTH RETANDATION ATAU IUGR)
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan ,sebagai langkah keselamatan ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi bagi sebarang komplikasi kelahiran.

6.CACAT
Untuk pengetahuan anda,tidak semua ibu yang mengandungkan bayi cacat perlu pembedahan caesarean .Ia khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.

7.KEMBAR
Bagi yang mengandungkan kembar dua,anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi secara normal(bergantung kepada kedudukan bayi)namun ,sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih.

8.TALI PUSAT BERMASALAH
Bagi bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusatnya ,tidak kira samada tali pusat terkeluar ,terbelit dan sebagainya ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

FAKTOR YANG DISEBABKAN DARIPADA IBU

1.MASALAH KESIHATAN
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi ,kencing manis mahu pun sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil,maka pembedahan caesarean yang bakal anda lalui adalah secara elektif.hal ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin secara normal.

2.PEMBEDAHAN LEBIH DARIPADA DUA KALI
Maklumat penting untuk yang pernah melalui pembedahan caesarean lebih daripada dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi secara caesarean kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan koyak/pecah.

3.MASALAH URI
Biar apa pun jenis masalah uri yang dialami (plancenta praevia dan sebagainya)anda perlu melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4.RAHIM PECAH (UTERINE RUPTURE)
Sekiranya anda tergolong dikalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai ,atau pun pernah membuang ketumbuhan fibroid,anda berkemungkinan besar untuk melahirkan bayi secara caesarean kerana risiko rahim pecah.Sama juga halnya dengan mana-mana wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi samada air selusuh berasaskan herba seperti genggam fatimah ,anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sebai langkah keselamatan,anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5.PROSES PELAHIRAN PANJANG
Dalam proses kelahiran ,terdapat dua fasa iaitu latern (rahim membuka sehingga 3sm)dan aktif (mula 3sm-10sm yang mengambil masa 7 jam )Jika anda melaui proses pelahiran lebih daripada 7 jam,ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang .Jika keadaan mendesak,maka pilihan yang anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut