RM 100 JUTA UNTUK PROJEK BEBAS CUKAI TASIK KENYIR TERENGGANU

RM 100 JUTA UNTUK PROJEK BEBAS CUKAI TASIK KENYIR TERENGGANU



KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir yang memiliki kira-kira 340 buah pulau bakal berubah wajah selepas Kementerian Kewangan meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk menjadinya kawasan bebas cukai menjelang tahun 2012.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengakui telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan secara rasmi selepas empat bulan membuat permohonan.

Justeru katanya, Tasik Kenyir yang dikenali sebagai tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan baru lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan.

“Ia termasuklah pembinaan kompleks bebas cukai, taman tema, premis kediaman dan rumah kedai membabitkan kos kira-kira RM100 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini semalam.

MASIH HIDUP WALAU TERPERANGKAP 53 HARI DALAM TANAH

MASIH HIDUP WALAU TERPERANGKAP 53 HARI DALAM TANAH

HARI ini genap 53 hari 33 pekerja lombong San Jose, Chile, terperangkap hampir satu kilometer di dalam tanah selepas behagian tengah lombong emas dan tembaga itu runtuh sejak 5 Ogos lalu.

Dinding gua lombong di pinggir bandar Copiaco yang terletak di kawasan gurun Atacama, kira-kira 800 kilometer utara Santiago itu dilaporkan tiba-tiba runtuh ketika para pekerja sedang menjalankan aktiviti melombong.

Gurun Atacama merupakan antara kawasan terpencil yang paling kering di dunia. Malah, sehingga kini, ada beberapa kawasan di situ yang belum pernah menerima hujan sejak taburan hujan dunia direkodkan.

Apa yang menakjubkan, walaupun hampir dua bulan berada sejauh 700 meter di dalam tanah, kesemua mangsa masih hidup, bahkan sihat.

Menurut profesor di Pusat Perlombongan, Universiti Katolik Chile, Gustavo Lagos, struktur geologi di lombong itu dapat membantu pekerja hidup selama 17 hari sebelum pasukan penyelamat berjaya membuka satu lubang kecil di kawasan runtuhan terbabit.

“Sungguhpun terperangkap jauh di bawah tanah, mangsa yang terlibat bernasib baik kerana terdapat banyak terowong terbuka yang membolehkan mereka bebas bergerak termasuk mendapatkan bekalan air tanpa had yang boleh digali melalui lantai gua menggunakan jentera pengorek yang ada bersama mereka.

“Air yang digali mungkin mengandungi besi dan rasanya lebih payau.


WALAUPUN terperangkap dan berada dalam keadaan serba kekurangan, kelegaan jelas terpancar di wajah para pelombong apabila dapat berhubung dengan dunia luar.

“Jika air di kawasan tersebut mengandungi tembaga, ia boleh menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut, namun ia tidak akan membunuh mereka,” ujar Lagos.

Sementara itu, menurut Profesor Kejuruteraan Perlombongan di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Lary Grayson, terowong dan gua itu telah menyelamatkan mangsa daripada lemas.

“Dengan suhu lembap dan panas di antara 32 hingga 37 darjah Celcius, mangsa dilaporkan tidak berbaju dan berpeluh-peluh.

“Keadaan ini lebih baik kerana mereka tidak berisiko terdedah kepada cuaca sejuk atau hipotermia seperti yang dialami oleh mangsa yang terperangkap di dalam lombong arang batu,” kata Grayson.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap walaupun pada awalnya pihak penyelamat menghadapi kesukaran akibat gegaran dan runtuhan terbaru yang memaksa anggota penyelamat merangkak keluar dari lubang udara yang sempit untuk menyelamatkan diri.

Selepas lebih dua minggu, masih belum ada sebarang khabar daripada mangsa yang terperangkap, satu nota ringkas yang diterima pada 22 Ogos iaitu hari ke-17 telah melenyapkan kerisauan ramai yang hampir berputus asa.

Nota yang ditulis dengan dakwat merah itu berbunyi, ‘Kami semua seramai 33 orang selamat di ruang perlindungan’.

Biarpun sekadar dua baris, mesej itu memberi sejuta kelegaan buat ahli keluarga, anggota penyelamat dan seluruh warga Chile yang tidak berhenti mendoakan keselamatan mangsa yang terperangkap.


PELOMBONG di San Jose sentiasa mengharapkan rakan-rakan mereka yang terperangkap dapat dibawa keluar keadaan selamat.


Jangkitan kulat

Para pegawai penyelamat dan ahli keluarga pelombong berpelukan, mendaki sebuah bukit berdekatan, mencacak 33 batang bendera kecil dan menyanyikan lagu kebangsaan selepas kamera video yang diturunkan sejauh 688 meter ke dalam lombong tersebut kembali dengan nota berkenaan.

Dianggap sesuatu yang luar biasa kerana mampu bertahan lebih 17 hari di bawah tanah tanpa sebarang bantuan, kegembiraan ini hanya satu permulaan kerana pasukan menyelamat menjangkakan kesemua mangsa hanya boleh dikeluarkan pada awal November depan.

Misi menyelamat yang mengambil masa selama 120 hari atau empat bulan itu dimulakan dengan memasukkan kamera ke dalam lubang yang ditebuk sedalam 700 meter.

“Mereka berada dalam keadaan baik. Ramai antara mereka menunjukkan muka di hadapan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka.

“Mereka adalah wira kerana mampu bertahan lebih 17 hari di bawah sana,” ujar Presiden Chile, Sebastian Penera ketika melihat imej rakaman tersebut dan berkeyakinan misi tersebut akan berakhir dengan baik.

Imej-imej tersebut turut menunjukkan sekumpulan lelaki berdiri, berbaring dan berjalan.

Seorang lelaki dengan bangganya menunjukkan kawasan perlindungan sebesar bilik tidur dan ruang untuk bersiar-siar.

Pada hari ke-25 bergelumang dengan kepanasan dan berada dalam udara lembap, beberapa pelombong telah dijangkiti kulat dan mengalami bengkak-bengkak pada bahagian tubuh serta menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

Pada 16 September lalu, dua gerudi yang sedang menggali laluan selamat melepasi aras 300 meter daripada 688 meter.

Lubang tersebut dibuat untuk sampai ke ruang perlindungan mangsa itu akan digali sekali lagi untuk diperbesarkan dan dijangka siap awal November nanti.


SEORANG pekerja memeriksa mesin bekalan udara perubatan untuk mangsa yang berada 700 meter di dalam tanah.


Penyelaras usaha menyelamat, Rene Aguilar berkata, selewat-lewatnya mangsa dapat dibawa keluar awal Disember ini bagi memastikan pelombong dapat meraikan Krismas bersama keluarga masing-masing.

Kata Aguilar, mesin penggerudi terpantas, T-130 yang dipanggil pilihan ‘Plan B’, digunakan untuk terus menggerudi selepas penggerudi Strata 950 yang merupakan sebahagian daripada ‘Plan A’ dihentikan pada kedalaman 380 meter untuk penyelenggaraan rutin.

Penyelamat juga akan meneruskan usaha ketiga, ‘Plan C’ yang membabitkan sebuah gerudi cari gali minyak yang sudah 70 peratus siap dipasang di sebuah kawasan lapang berdekatan dan dimulakan 19 September lalu.

Menurut Aguilar lagi, pelombong yang terperangkap bekerja secara bergilir-gilir sepanjang waktu untuk membersihkan batu-batu dan serpihan yang jatuh dari atas selain berharap operasi berbahaya tersebut tidak mengakibatkan runtuhan baru.

PERMOHONAN MASUK SEKOLAH REMAJA HAMIL DIBUKA SEKARANG


Berita baik untuk pelajar-pelajar sekolah YANG HAMIL .Kepada anda yang berminat bolehlah buat permohonan masuk mulai sekarang.. tahniah kepada kerajaan negeri Melaka kerana menyediakan sekolah untuk remaja hamil,dan mereka tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran.


MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

RUPA BENTUK ALAT KELAMIN MEMPENGARUHI SEKS


Konon bentuk Alat Kelamin setiap wanita berbeza-beza. Apakah Anda mengetahui jenis Vagina seperti apa yang Anda miliki?

Melalui bukunya, "Arabic Kamasutra", Muhammad Al-Baz, seorang seksologi, menggolongkan beberapa kelompok wanita berdasarkan rupa bentuk alat sulit mereka. Berikut penjelasannya.

1. Mutasyahhimah :
Wanita yang memiliki alat kelamin dipenuhi lemak. Wanita ini tidak mendapatkan kenikmatan kecuali dari zakar dengan ukuran panjang, sehingga penetrasi yang dilakukan boleh lebih dalam.

2. Lizqah : Wanita dengan alat kelamin yang tertutup oleh daging di sekitarnya. Lemak di dalamnya sedikit dan terdapat daging pada bagian atasnya. Wanita kelompok ini sesuai dengan zakar yang berdiameter lebar.

3. Qa’ra : Wanita yang alat kelamin nya cekung kerana nafsunya yang besar. Zakar yang paling sesuai adalah berdiameter lebar dan kepalanya besar. Hal ini agar dapat memuaskan bagian-bagian faraj terdalam dan akan mengalirkan kenikmatan kepadanya.

4. Munhaniqah : Wanita munhaniqah memiliki dinding-dinding alat kelamin yang tebal pada bagian luar dan kurang berisi pada bagian dalam. Wanita semacam ini sesuai dengan Zakar yang berdiameter lebar, ber-urat keras, serta kepala yang besar.

5. Syafra : Wanita yang kedua sisi kemaluannya tipis. Wanita dengan bentuk vagina ini menyukai bentuk zakar yang sama dengan wanita Munhaniqah.

6. Mutkhamah :
Wanita Mutkhamah memiliki besar lubang vagina atas dan bawah yang
sama. Biasanya wanita ini memiliki nafsu seks kecil dan orgasmenya cepat. Wanita
ini penyukai lelaki dengan goyangan (penetrasi) kuat dan orgasme yang cepat.

7. Jaufa : Wanita dengan sisi faraj nya berongga dan jarak antara kedua bibir vaginanya cukup jauh. Alat sulit seperti ini mencari Mr. zakar yang panjang dan besar.

Informasi ini boleh Anda jadikan sebagai masukkan. Namun ingat, kenikmatan seks tak hanya tergantung dari fisik semata. Melainkan harus diikuti dengan perasaan cinta dan saling menghargai dengan pasangan.

Saleem bahagiakan keluarga


JIKA bukan di lokasi persembahan, ruang bersantai Saleem kini tertumpu pada isteri dan anak-anak. Seperti tuturnya, ingatan terhadap keluarga yang mahu melihat kariernya berterusan menjadi pendorong Saleem untuk berkata 'tidak' kepada perosak bernama dadah.


SEKAPUR sirih seulas pinang, salam dihulur khabar ditanya. Mukadimah pertemuan bersama pelantun lagu popular, Suci Dalam Debu, Saleem, 49, dimulakan dengan perkembangan terbaru album Diari Etnik Saleem.

Memilih konsep etnik dalam lenggok irama Melayu asli, ujar Saleem, kecenderungan mendendangkan lagu-lagu Melayu asli bukan sengaja dizahirkan tanpa alasan.

Ia bermula lama dahulu, sejak belum bergelar vokalis untuk kumpulan Iklim lagi.

Keterujaan mempromosikan album yang mengandungi 12 lagu baru termasuk Ranting Angin dan Zikir Jiwa itu jelas membuktikan semangatnya untuk terus mewarnai dunia muzik tanah air.

Benarlah kata orang, hidup ini tak mati dek keji tak hidup dek puji.

Saleem yang pernah terjebak dengan 'penyakit' yang hampir membunuh kariernya kini sedang mara untuk membuktikan kecintaannya hanya pada muzik.

"Saya percaya lagu-lagu begitu ada tempat di hati peminat," katanya penuh pengharapan.

Sedikit tentang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, tahun ini, Saleem akan beraya di Johor Bahru bersama isteri, Juriah Bachok dan anak, Amirul Mukminin, 6 tahun serta dua anak tirinya, Khairul Nizam dan Iera Fakhira.

Dia antara pemilik suara emas yang masih mengabdikan diri dengan nyanyian.

Membelek lembaran kisah penyanyi kelahiran Terengganu ini, dia juga pernah terjerumus ke lembah hitam.

"Kehidupan saya sekarang Alhamdulillah, lebih mengenali erti kehidupan. Dulu saya gagal, lemah dan bodoh.

"Tapi syukurlah, sejak isteri selalu ada di samping menjadi penasihat dan pengurus, hidup saya jadi terkawal.

"Mula-mula memang tidak selesa tapi lama-kelamaan saya terbiasa.

"Saya sendiri tidak menyangka boleh selesa dengan cara begini," ujar Saleem sambil mendakwa sudah bertahun-tahun bebas sepenuhnya daripada dadah.

Mengaku cabaran paling sukar adalah menangani 'kerinduan' bertemu rakan-rakan lama yang dipengaruhi 'benda' yang sama, rasukan itu mahu dipulihkan kerana diri dikunci penuh oleh sang isteri.

"Dulu saya pernah risau, rasa benda itu yang memberi kekuatan, tapi sebenarnya tidak. Semua itu bergantung pada diri sendiri," katanya.

Meringkaskan perbualan, kalau boleh pintanya, jangan kisah silam yang hitam itu diulang-ulang.

Fokusnya kini kepada karier kerana ada keluarga yang harus ditanggung.

TENTERA INDONESIA LEBIH KUAT DARI  TENTERA MALAYSIA

TENTERA INDONESIA LEBIH KUAT DARI TENTERA MALAYSIA

PRAJURIT HANYA TUNGGU PERINTAH PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

KSAU: Kekuatan Kita Lebih dari Malaysia
Ramadhian Fadillah - detikNews

Jakarta - TNI AU menegaskan kekuatannya tidak kalah dari Tentara Udara Diraja Malaysia. Kemampuan pilot-pilot TNI AU jauh lebih unggul dari pilot tempur Malaysia.

"Kalau kekuatan saya kira sama ya? Tapi kita lebih kuat daripada mereka," ujar KSAU Marsekal Imam Sufaat, selepas berbuka puasa bersama jajaran TNI AU di Gedung Puri Ardhya Garini, Halim, Jakarta Timur.

Menurut Imam, jika latihan bersama Malaysia, kelihatan jelas kemampuan pilot TNI AU melebihi pilot tentara Malaysia.

"Kita kalau latihan-latihan kan tidak kalah sama mereka. Latihan di Malindo kita targetnya hancur, mereka ada yang miss," jelas beliau.

Imam menjelaskan kekuatan pesawat TNI AU pun seimbang dengan Malaysia. Apalagi dengan kedatangan 3 Sukhoi bulan September. Sukhoi ini akan memperkuat skadron 11 di Makassar. Dengan ini jumlah Sukhoi TNI AU menjadi 10 buah.

"Kalau kita Sukhoi baru 7 menuju 10. Kalau dia menuju 18. Tapi F16 kita punya mereka tidak," jelasnya lagi.

Selain itu TNI AU pun menjamin selalu siap menjaga kedaulatan wilayah RI. "Kita selalu bersedia," tegas beliau lagi.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut