MISTERI KAPAL TITANIC

MISTERI KAPAL TITANIC

Imej terbaru kapal Titanic dirakam


IMEJ terbaru menunjukkan bahagian belakang kapal Titanic.


ST. JOHN'S, Kanada - Ribuan imej terbaru bangkai kapal pesiaran mewah terkenal Titanic yang karam di Lautan Atlantik dekat sini 98 tahun lalu telah dirakamkan dengan menggunakan robot di dasar Lautan Atlantik.

Satu kumpulan saintis dalam satu kenyataan kelmarin berkata, robot itu merakamkan imej bangkai kapal tersebut kira-kira empat kilometer dari permukaan laut.

Ekspedisi yang bermula awal bulan itu menunjukkan belakang kapal itu termasuk tali sauh selepas ia tenggelam akibat berlanggar dengan bongkah air batu gergasi pada 1912 sehingga mengorbankan lebih 1,500 orang.

Pasukan itu turut merakamkan ribuan artifak dalam bangkai kapal berkenaan. - AP

MISTERI BAKTERIA PEMAKAN MINYAK

MISTERI BAKTERIA PEMAKAN MINYAK


GAMBAR menunjukkan bakteria (dalam bulatan) yang memakan minyak.


DALLAS - Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menyelesaikan misteri kehilangan tumpahan minyak yang bocor dari telaga dalam insiden terburuk di perairan Teluk Mexico baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia disebabkan sejenis bakteria yang dikesan memakan dengan begitu pantas kira-kira lima juta tong minyak yang bocor dari pelantar Deepwater Horizon milik firma gergasi British Petroleum (BP) selama 87 hari di teluk itu.

Ketua Jabatan Ekologi Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley dekat sini, Terry Hazen berkata, bakteria pemakan karbon itu dikenali sebagai oceanospirillales, merebak cepat kira-kira 10 kilometer dari pelantar BP itu meletup pada 20 April lalu.

"Kami belum pernah melihat bakteria ini dan ia makan amat laju sehingga apabila sampel dibawa balik ke makmal, semua minyak yang tumpah telah pun habis licin dibersihkan oleh bakteria ini," kata Hazen. - Agensi

JOE RADZWILL - AIDA SAH BERCERAI

JOE RADZWILL - AIDA SAH BERCERAI


Rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun oleh pasangan Joe Radzwill dan Aida Radzwill terlerai jua apabila Joe melafazkan cerai talak satu terhadap dramatis itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Joe, 40, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Yusri Kasim dengan lafaz: "Saya Ismail Ahmad @ Mohd. Radzwill menceraikan isteri saya, Khalidah Adibah Ahmad dengan talak satu."

Mohd. Yusri kemudian membenarkan cerai tersebut dan memerintahkan mereka mendaftarkan penceraian di pejabat agama di sini.

Sebelum itu, peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Joe memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik dengan kebenaran mahkamah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993.

"Saya difahamkan satu dokumen pindaan difailkan sendiri oleh plaintif (Aida) terhadap permohonan sebelum ini yang telah dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu tuntutan cerai fasakh.

"Kedua-dua pihak juga telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan permohonan plaintif untuk menggugurkan hak nafkah edah dan mutaah," jelas Roslizam.

DAJALNYA WARGA INDONESIA

DAJALNYA WARGA INDONESIA

  • Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.
  • Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.
  • Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.
  • Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.
  • JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

    Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

    Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

    Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

    Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

    Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

    Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

    Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

    Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

    “Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

    Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.

    MAYAT MELAMBUNG ATAS POKOK

    MAYAT MELAMBUNG ATAS POKOK


    INILAH rumah simpan mercun yang meletup dan mengorbankan seorang kanak-kanak di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.


    KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.

    Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.

    Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku.

    Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Ariff Ayub, 6. Kanak-kanak itu melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok.

    Bahagian depan rumah termasuk tangga konkrit rumah itu berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan di dalam rumah itu.

    Turut rosak dua buah motosikal.

    Difahamkan, rumah yang dihuni oleh seorang daripada mangsa yang cedera itu dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis mercun yang dibekalkan pada musim raya nanti.

    Orang pertama yang tiba di lokasi kejadian, Norshefli Azhar, 36, berkata, ketika kejadian dia ada di rumahnya yang terletak 100 meter dari rumah yang meletup itu.

    “Saya ingatkan bunyi itu dari luar rumah saya menyebabkan saya keluar untuk melihat.

    “Di luar rumah, saya nampak asap keluar dari rumah yang usang itu.

    “Saya bergegas ke situ dan nampak seorang lelaki yang cedera parah di muka dan kaki berada di celah-celah runtuhan rumah,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

    MANUSIA PUNYAI TIGA JARI  DAN TIGA PAYUDARA

    MANUSIA PUNYAI TIGA JARI DAN TIGA PAYUDARA


    Anggota tubuh yang berlebih boleh terjadi pada jari, kepala, rahim, kaki atau bahkan puting susu. Kejadian ini mungkin banyak terjadi, tapi tidak banyak masyarakat yang mengetahuinya.

    Ada beberapa orang yang memang diketahui memiliki anggota tubuh ekstra. Ini dia beberapa orang yang memiliki salah satu anggota tubuh ekstra.

    1. Manusia dengan ekstra jari dan 3 payudara
    Anne Boleyn yang merupakan isteri kedua Henry VII dari England diyakini memiliki 11 jari dan juga tiga payudara. Para sejarahwan telah mempercayainya. Kerana diyakini memiliki tiga payudara, hal ini sebagai tanda bahawa Anne adalah seorang Tukang Sihir.

    2. Pemain bisbol dengan 12 jari

    Antonio Anfonseca, seorang pitcher bisbol liga utama memiliki enam jari pada setiap tangannya. Keadaan ini disebut dengan polydactylism (adanya kelebihan jari tangan atau kaki) . Dianggarkan satu dari 500 kelahiran mengalami keadaan ini.

    3. Lelaki dengan tiga puting susu
    Seorang aktor Mark Wahlberg memiliki puting ketiga di sisi kiri dadanya. Pada awalnya ia berniat untuk menghapus kelebihan puting tersebut, tapi akhirnya ia mulai boleh menerima keadaan tersebut. Puting berlebih ini boleh ditumbuh di ketiak, pangkal paha atau di dada.

    Sekitar 2 peratus perempuan dan segelintir lelaki memiliki puting ekstra, terkadang puting berlebih ini boleh digunakan untuk menyusui.

    4. Laki-laki dengan dua penis
    Tahun 2006 seorang laki-laki di India pergi ke klinik untuk meminta doktor mengbuang salah satu zakarnya. kemungkinan hanya ada 100 kes di seluruh dunia.

    5. Bayi dengan dua kepala
    Pada umumnya seseorang hanya memiliki satu kepala, tapi pada keadaan tertentu seorang bayi boleh memiliki kepala kembar parasit (craniopagus parasiticus). Keadaan ini berbeza dengan kembar siam, kerana satu kepala tambahan tidak memiliki fungsi otak dan hanya merupakan kepala mati yang melekat sahaja. Waktu ini ada lapan kes yang pernah dilaporkan, tapi hanya 3 bayi yang selamat.

    6. Bayi dengan alat kelamin lelaki dan perempuan
    Sekitar 1 peratus dari populasi yang dilahirkan memiliki organ reproduksi laki-laki dan juga perempuan dan disebut dengan hermaphroditism. Terkadang keadaan ini membuat orangtua harus memilih organ reproduksi mana yang ingin dipertahankan, biasanya setelah para doktor melakukan evaluasi terhadap keadaan tersebut.

    7. Laki-laki dengan tiga lengan
    Pada tahun 2006, seorang anak laki-laki di China bernama Jie-Jie memiliki satu lengan kanan dan dua lengan kiri. Meskipun ketiga lengan tampak normal, tapi tangan kirinya tidak boleh berfungsi sepenuhnya. Saat ia berusia 2 bulan, doktor di Shanghai menghapus satu lengan yang paling mendekati dadanya kerana kurang berkembang.

    8. Perempuan dengan empat kaki
    Josephene Myrtle Corbin yang lahir pada tahun 1868 memiliki keadaani yang disebut dengan dipygus, iaitu memiliki tulang pinggul yang terpisah dan empat buah kaki. Ia boleh memindahkan atau menggerakkan kakinya tapi terlalu lemah untuk berjalan.

    9. Manusia dengan dua badan

    Pada abad ke 20 dikenal seorang bintang bernama jean Libbera yang dijuluki 'The Man with Two Bodies' yang lahir di Rome pada tahun 1884. Ia dilahirkan dengan kembar siam parasit yang melekat di tubuhnya, dalam hal ini satu badannya hanya melekat tapi tidak memiliki fungsi.

    10. Perempuan dengan dua rahim

    Normalnya seorang perempuan memiliki satu rahim, tapi ada juga beberapa yang memiliki dua rahim dan dikenal sebagai uterine didelphys. Keadaan ini kemungkinan hanya terjadi pada 1 dari 1.000 perempuan. Rahim ini berfungsi dengan normal, jadi boleh saja dua bayi yang dikandung tumbuh pada rahim berbeza.
    TUBUH JADI MEDAN MAGNET

    TUBUH JADI MEDAN MAGNET



    BEBERAPA objek melekat pada muka Brenda Allison.


    LONDON - Seorang wanita Britain, Brenda Allison mendakwa, banyak objek logam melekat pada tubuh badannya selama beberapa minit seperti medan magnet, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ibu seorang anak itu yang bertugas sebagai pengurus akaun berkata, tarikan magnet badannya turut menyebabkan dia boleh menyalakan mentol lampu, membunyikan penggera kereta dan membuka mesin tunai kedai.

    Doktor-doktor yang melakukan pemeriksaan berkata, kuasa magnet pada Allison, 50, disebabkan oleh tekanan tinggi pada dirinya sendiri dan mereka menasihatkannya supaya dia mengurangkan tekanan.

    "Benda logam mudah melekat di kawasan bertulang dari bahagian berotot menyebabkan ramai orang yang pernah ketawa apabila melihat saya," katanya. - Agensi

    WOOK TAK MAHU LAGI JADI JANDA

    WOOK TAK MAHU LAGI JADI JANDA


    WOOK tetap setia dengan suaminya, Mohd. Nor (gambar kecil).


    HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.

    Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.

    “Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.

    Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.

    Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.

    Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

    40 WARGA INDONESIA DEMONTRASI GANAS DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA

    40 WARGA INDONESIA DEMONTRASI GANAS DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA

    WARGA INDONESIA ULANGI TINDAKAN GANAS TERHADAP KEDUTAAN


    JAKARTA 19 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran kumpulan
    penunjuk perasaan warga Indonesia sejak kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa dari kedua-dua negara di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas.

    Kali ini ia melibatkan kira-kira 40 peserta dari pertubuhan Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) yang terdiri daripada belia, mahasiswa dan suri rumah, yang berhimpun di depan bangunan kedutaan besar di Kuningan, Jakarta Selatan.

    Sejumlah 100 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan besar bagi mengelak peserta bertindak liar seperti yang berlaku Isnin lepas apabila sekumpulan 80 penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.

    Perbuatan kumpulan LSM itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

    Dalam kejadian hari ini, wakil pertubuhan itu menyerahkan kenyataan pendiriannya kepada Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Raja Reza Raja Zaib Shah, dan antara kandungan kenyataan itu beliau menyeru masyarakat Indonesia memboikot produk Malaysia seperti Petronas dan Proton.

    Mereka turut menyatakan perang terhadap Malaysia, yang mereka dakwa merendahkan bangsa Indonesia.

    Wakil kumpulan itu menolak untuk berdialog walaupun pihak Kedutaan Besar Malaysia bersedia menerima kehadiran mereka.

    Dalam komunikasi singkat dengan wakil kedutaan Malaysia di hadapan bangunan kedutaan itu, wakil LIRA berharap insiden di perbatasan itu menjadi yang terakhir bagi kedua-dua negara.

    Sebelum berdemonstrasi di hadapan kedutaan besar itu, anggota LIRA terlebih dahulu berhimpun di depan pejabat Petronas di Mega Kuningan, dan dalam kejadian itu mereka juga menolak untuk berdialog dengan pihak Petronas.

    Ketujuh-tujuh nelayan Malaysia dan ketiga-tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia dibebaskan pada Selasa lepas menerusi usaha diplomatik kedua-dua negara. - Bernama

    TERSELAMAT WALAU TUKUL MELEKAT DI  KEPALA

    TERSELAMAT WALAU TUKUL MELEKAT DI KEPALA


    SEBATANG penukul melekat di dahi Yuan Dongjiang baru-baru ini.


    NANNING, China - Seorang tukang rumah terselamat daripada maut walaupun sebatang penukul melekat di dahinya selepas dia terjatuh dari ketinggian tiga meter di tempat kerjanya.

    Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.

    Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.

    Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.

    Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi

    WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

    WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

    Wanita terkejut dikepung dua jet tentera AS


    LAURA JOSEPH


    SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang di dalam sebuah pesawat ringan yang menceroboh ruang udara dekat pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One yang membawa Presiden Barack Obama, terkejut apabila mendapati dia dikepung oleh dua jet tentera.

    Menurutnya, pencerobohan tersebut tidak disengajakan.

    Susulan kejadian itu, pihak tentera menghantar dua jet pejuang yang mengeluarkan bunyi bising sehingga mengejutkan penduduk sekitarnya di Washington Barat.

    Penumpang berkenaan, Laura Joseph berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Cessna 180 yang dinaikinya sedang menuju ke sebuah pangkalan terbang di Tasik Washington, dekat bandar raya ini selepas berlepas dari Tasik Chelan, di Washington Timur.

    Wanita itu memberitahu, dia dan juruterbang, Lee Daily, tidak mengetahui mengenai kunjungan Obama atau larangan terbang yang dikenakan berhubung lawatan Presiden AS itu.

    "Saya melihat sebuah jet pejuang terbang melintas. Ketika itu saya terfikir agak ganjil melihat sebuah pesawat tentera dalam jarak sebegini dekat," katanya.

    Wanita itu dan juruterbangnya telah disoal siasat oleh ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia yang melindungi Obama selepas mereka mendarat tetapi kedua-duanya dibebaskan setelah pihak berkuasa mendapati insiden itu berlaku dengan tidak disengaja. - AP

    BENJY BEBAS TUDUHAN DADAH,HADAPI DUA KES LAIN

    BENJY BEBAS TUDUHAN DADAH,HADAPI DUA KES LAIN

    KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas tetapi dia akan dibicarakan terhadap dua pertuduhan lain mulai esok.

    Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan melepaskan dan membebaskan anak seniwati Azean Irdawty itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya menerima
    notis semalam supaya pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) itu ditarik balik.

    Bagaimanapun, Benjy, 32, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, selama dua tahun masih mempunyai dua pertuduhan lain iaitu memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

    Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Prosiding perbicaraan kes pelakon itu yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad memohon kepada mahkamah agar kedua-dua kes berkenaan dibicarakan secara berasingan kerana terdapat perbezaan masa dan lokasi.

    "Kedua-dua pertuduhan ini berlaku di tempat dan masa yang berbeza iaitu satu di Segambut dan satu lagi di Kepong dan dalam hujahan jenayah, jika ada dua pertuduhan berbeza, setiap pertuduhan harus berjalan berasingan," katanya.

    Nurmardiana kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa mengikut Seksyen 163 Kanun Acara Jenayah, perbicaraan boleh dilakukan serentak.

    "Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh adalah mengikut seksyen yang sama dan dadah yang terlibat pun jenis yang sama serta saksi-saksi pendakwaan adalah individu yang sama," katanya.

    Hafizza bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan untuk kes tersebut dibicarakan bersama kerana jenis dadah dan saksi yang akan dipanggil bagi kedua-dua pertuduhan adalah sama.

    Beliau menetapkan perbicaraan selama dua hari bagi kedua-dua kes itu bermula esok.-Bernama


    Ada jutaan sperma yang dikeluarkan lelaki ketika berhubungan intim, namun dari jumlah itu hanya satu sperma yang berhasil memecahkan sel telur. Ilmuwan kini mampu melihat bagaimana persaingan sperma menuju sel telur secara real time.

    Peneliti menggunakan metode 'Glow in the dark' untuk menyingkap rahsia sperma menuju sel telur. Hasilnya, sperma-sperma itu bergerak cepat, lincah dan penuh persaingan.

    Selama ini belum ada metode real time yang boleh melihat pertempuran jutaan sperma masuk ke sel telur. Namun dengan 'Glow in the dark' boleh terlihat bagaimana ketatnya persaingan sperma yang berhasil menuju sel telur.

    Penemuan ini diharapkan bole menjadi jalan keluar bagi penyembuhan masalah infertilitas (mandul). Dengan melihat gerakan sperma seperti apa yang mampu mencapai sel telur diharapkan pengubatan bayi tabung juga boleh menjadi lebih efektif.

    Asal tahu saja, dalam pembuatan bayi tabung, sperma dan sel telur yang dipersiapkan sangat banyak tapi jarang yang boleh berhasil bertemu, sehingga pengubatannya dilakukan berulang-ulang.

    Peneliti di Amerika Serikat menggunakan teknologi genetik dengan menguji sperma lalat buah (Drosophila melanogaster) yang diberi cahaya hijau dan merah di ruangan gelap.

    Dari situ peneliti dapat melihat peristiwa yang sebelumnya tidak dapat teramati yang mana metode 'glow in the dark' yang digunakan ilmuwan dari Syracuse University boleh dipantau secara real time.

    Hasilnya sangat mengejutkan, peneliti bisa melihat persaingan antara sperma dan siapa yang kuat adalah komponen kunci dari seleksi seksual.

    "Tujuan utama kami dengan teknologi sperma 'glow in the dark' secara real time ini adalah untuk mengatasi mekanisme yang mendasari persaingan sperma," ujar Scott Pitnick, profesor biologi di Syracuse University's College of Arts and Sciences, seperti disiarkan dari Sciencedaily

    Pitnick menjelaskan, setiap kali makhluk betina melakukan hubungan dengan lebih dari satu pejantan, maka terjadi masalah untuk menentukan sperma mana yang telah berhasil membuahinya dan siapa yang harus menjadi ayahnya.

    Namun, dengan kemajuan besar dalam teknologi biologi reproduksi ini, bisa menciptakan alat molekuler untuk menentukan siapa ayah dari keturunan yang dihasilkan.

    Dengan mengukur gerakan dan nasib sperma dengan cahaya hijau dan merah yang diinseminasikan dalam tubuh betina, yang kemudian diamati mobilitasnya secara real time, peneliti dapat membeakan antara mekanisme yang mendasari hipotesis sperma prioritas (yang dapat mencapai telur).

    "Rahang kami hampir jatuh ke lantai saat pertama kali menyaksikan hasil penelitian ini. Kami selama bertahun-tahun mempelajari hal ini di bawah mikroskop, tapi hari itu kami dapat melihatnya secara jelas. Sperma terus bergerak di dalam tubuh betina dan menunjukkan perilaku kompleks yang sangat mengejutkan," terang Pitnick.

    Pitnick berharap temuan ini juga akan memberikan wawasan baru ke dalam ilmu biologi terutama bidang reproduksi dan seleksi seksual manusia.

    Dalam kondisi normal ketika bersenggema, sperma lelaki masuk melalui vagina lalu melewati leher rahim menuju mulut rahim. Kemudian seprma-sperma itu berenang di dalam rahim terus menuju saluran telur (tuba fallopi). Ada sperma yang boleh mencapai saluran telur tapi banyak juga yang tersesat.(detik.com)

    RUMAH KAYU ZAMAN BATU DI TEMUI


    SEJUMLAH serpihan kayu ditemui yang dipercayai runtuhan sebuah rumah berusia 10,500 tahun di Flixton, Britain, baru-baru ini.

    FLIXTON, Britain - Sebuah tapak yang merupakan rumah kayu manusia zaman batu ditemui di sini yang dipercayai berusia 10,500 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

    Sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Manchester, membuat penemuan itu baru-baru ini.

    Para penyelidik percaya lantai rumah itu mengandungi lantai yang terdiri daripada lapisan rumput.

    Menurut seorang penyelidik, Dr Chantal Conneller dari Universiti Manchester, rumah itu mungkin digunakan selama 200 tahun hingga 500 tahun.

    "Anda boleh menempatkan tiga atau empat orang di dalam rumah itu. Ia mungkin satu struktur ritual kerana terdapat bukti terdapat aktiviti ritual di tapak ini," katanya. - Agensi

    BANGKAI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS 20 TAHUN LALU DITEMUI

    BANGKAI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS 20 TAHUN LALU DITEMUI

    JAKARTA: Bangkai pesawat yang dilapor di temui di pergunungan Aceh Besar Selasa lalu belum disahkan sebagai pesawat dari Malaysia yang dilaporkan hilang di kawasan itu lebih 20 tahun lalu.

    Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata, setakat ini Polis Aceh hanya mengesan dari udara terdapat bangkai pesawat di kawasan pergunungan itu dan mereka belum memastikan jenis pesawat atau dari negara mana pesawat berkenaan.


    "Kepastian hanya akan diketahui selepas pasukan polis Aceh dapat mengesannya di darat. Perjalanan ke lokasi itu dikatakan akan mengambil masa dua hari dua malam dengan berjalan kaki.


    "Bila operasi itu akan dijalankan, kita belum tahu kerana pada masa ini kawasan Aceh sedang mengalami keadaan angin kencang," katanya ketika dihubungi hari ini Norlin berkata, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Polis Aceh bagi mendapatkan pengesahan sebelum mengambil langkah seterusnya.


    Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan Aceh yang menyebut mengenai penemuan bangkai pesawat itu, yang dikatakan turut mengandungi rangka manusia di dalamnya.


    Norlin berkata, setakat ini Polis Acheh belum dapat mengesahkan sama ada terdapat rangka manusia dalam bangkai pesawat itu selagi mereka belum menemuinya.


    Berdasarkan rekod, dua pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Aceh iaitu sebuah pesawat kecil Twin Otter pada tahun 1989 dan sebuah pesawat Skyvan pada tahun 1993, yang dikatakan belum ditemui kerana pesawat berkenaan dipercayai terhempas dalam hutan tebal.-Bernama

    VIDEO LUCAH KATRINA GEGARKAN BOLLYWOOD


    NEW DELHI: Dunia Bollywood digemparkan dengan rakaman video lucah yang dibintangi seseorang mirip Katrina Kaif. Video berkenaan bertajuk Skandal Seks Katrina Kaif.

    Bagaimanapun, Katrina membantah terbabit dalam rakaman video berkenaan. “Video itu amat menjengkelkan dan perempuan dalam rakaman video berkenaan jelas tidak menyerupai saya,” ujar Katrina dalam laman thelinkpaper, semalam. Artis kelahiran Hong Kong pada 16 Julai 1984 itu menolak dakwaan yang mengatakan perempuan dalam video berkenaan dirinya. Dia juga enggan memberi ulasan lanjut.


    “Bagaimana orang boleh mengatakan pelaku video itu adalah saya? wajah perempuan itu memang jelas berbeza daripada saya. Saya tidak mahu mengulas lanjut isu ini,” kata wanita yang pernah mendapat gelaran perempuan paling seksi di India.


    Rakaman video itu menunjukkan seorang perempuan mirip Katrina menanggalkan pakaian renangnya sebelum melakukan hubungan dengan beberapa jejaka.


    Skandal video lucah di India bukan saja membabitkan artis Bollywood seperti Katrina. Malah, sebelum ini Preity Zinta, Mallika Sherawat, Kareena Kapoor dan Riya Sen juga pernah menerima tuduhan sama. Namun, ternyata video lucah itu semuanya palsu. - Agensi

    Penaja

    insan yang cintakan ilmu

    Pengikut