PENGAWAL TIDAK BOLEH PEGANG MYKAD ORANG LAIN

PENGAWAL TIDAK BOLEH PEGANG MYKAD ORANG LAIN

PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.


“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.


“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.


Beliau berkata, mengikut peraturan itu, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab terhadap bangunan terbabit hanya berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan.


“Selepas berpuas hati, mereka perlu mengembalikan semula kepada individu terbabit sebelum mengeluarkan pas atau permit sementara untuk berada di kawasan premis mereka.


“Mereka tidak boleh menyimpan jika tidak mempunyai surat kuasa secara bertulis,” katanya.


“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


Sehubungan itu, katanya JPN menasihatkan pemilik bangunan supaya mencari satu mekanisme baru untuk membenarkan pelawat memasuki premis mereka tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan.

ISTERI CURANG BIJAK SIMPAN RAHSIA

ISTERI CURANG BIJAK SIMPAN RAHSIA


WANITA bijak menyimpan rahsia hinggalah kecurangan mereka terbongkar.

BANYAK KES KECURANGAN ISTERI BERLAKU DITEMPAT KERJA

KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.

Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.

“Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran,” cerita beliau.

Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya dalam ruangan forum Internet.

Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.

Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.

Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.

Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.

Meningkat

Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.

Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.

“Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.

“Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.

Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.

Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.

“Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri,” terang beliau.

Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.

Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.

Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.

Cinta sepejabat

“Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang,” katanya.

Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.


MEDIA akhir-akhir ini kerap melaporkan kisah suami menangkap isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.


“Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang,” hujah beliau.

Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.

“Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun,” katanya.

Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.

“Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.

“Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya,” katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.

“Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka,” terang beliau.

GEMPAR! BAYI TUJUH BULAN DIKHATAN JIN

GEMPAR! BAYI TUJUH BULAN DIKHATAN JIN

Indonesia Bantul - Didik Sutrisno, bayi umur 7 bulan,menggemparkan warga Desa Bawuran, Kecamatan Pleret, Bantul, Yogyakarta. kerana alat kelamin lelakinya itu tiba-tiba berubah menjadi seperti sudah disunat (khitan). Penduduk mengatakan, Didik disunat jin.

Peristiwa aneh yang dialami anak dari Mugiyati (25) itu terjadi sekitar pukul 03.00 WIB, Selasa lalu. Kejadian itu pertama kali diketahui oleh sang nenek, Ny Poniyem ketika akan mengganti lampin Didik.

"Ketika menggantikan lampinnya saya melihat kemaluannya, seperti orang yang sudah disunatkan(muncungnya sudah tiada)". Cucu saya sejak lahir belum disunat," kata Ny Poniyem.

Wanita tua itu berkata, Didik sejak petang memang asyik menangis dan suhu badannya panas. Oleh sebab itu, Poniyem terus merawat dan menjaganya.

Keadaan Didik yang sentiasa menangis itu membuatkan keluarganya khuatir. Ditemani seorang kerabat, Poniyem pun kemudian membawa Didik ke klinik berdekatan. Dia lega ketika doktor meingatakan keadaan cucunya baik-baik saja. Termasuk mengenai kelamin Didik yang sudah mengalami perubahan. Doktor sempat menarik ujung kemaluan Didik, namun tetap kembali seperti semula.

"Semua ok saja, keadaannya sihat dan jahitan rapi. Ini sebagai mukjizat," ujar Poniyem.Didik bersama ibunya Ny Mugiyati sehari-hari tinggal bersama Ny Poniyem. Mereka berasal dari keluarga yang miskin. Bahkan kerana tidak ada wang, Didik tidak pernah minum susu formula. Jika Didik menangis kerana mahukan susu Formula, dia hanya diberi air putih dicampur gula pasir.

LACUR PELAJAR SEKOLAH,DUA WANITA DIDAKWA


MELAKA - Selepas dua minggu terbongkar kisah pelacuran membabitkan pelajar sekolah di negeri ini, dua wanita akhirnya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pertama selepas Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar membacakan fakta kes.

Dalam pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi pelajar itu di Hotel Everyday, 312 A.B.C di Jalan Tun Ali pada Mei lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

PAYU DARA BESAR BAWA PADAH


HOUSTON: Seorang model yang memiliki payu dara terbesar di dunia kini tenat selepas menjalani pembedahan untuk membesarkan lagi buah dadanya.

Sheyla Hershey, 30, dari Brazil, menjalani pembedahan itu walaupun sudah memiliki payu dara saiz 38KKK.


Sheyla yang tinggal di Houston, Texas menghadapi masalah sukar bernafas dan terlantar di katil selepas pembedahan berkenaan.


Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk mengatasi masalah itu. Doktor dijangka terpaksa membuang implannya dan kemungkinan membuang payu dara aslinya sekali.


Sebelum pembedahan terbaru itu, Sheyla yang fasih dalam lima bahasa — Portugis, Sepanyol, Itali, China dan Inggeris berkata: Saya demam teruk dan pembedahan (bulan lalu) itu begitu menyakitkan. ‘Saya tidak boleh bernafas. Sepanjang hari saya terlantar di katil, tidak boleh bangun.” Sheyla dijangkiti bakteria selepas pembedahan bulan lalu yang kemudian merebak ke kedua-dua payu daranya.


Dia sebelum ini menjalani 30 pembedahan dengan kos £40,000 (RM200,000) sebelum memperoleh payu dara yang amat besar.


Menurut Sheyla, pakar bedah bimbang jangkitan itu merebak ke saluran darah, sekali gus membahayakan nyawanya.


Buah dadanya diakui yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil yang setaraf dengan Buku Rekod Dunia Guinness. - Agensi

LARISSA TETAP AKAN BERBOGEL UNTUK RAKYAT PARAGUAY


"Saya tetap akan berbogel demi pasukan bola Paraguay dan rakyat.Itu adalah janji saya sebelum ini...walau pun negara kami kalah tapi saya tetap akan berbogel sebagai balasan kepada Pasukan bola sepak Paraguay" ujar Pelakon dan Model terkenal Paraguay Larissa Riquelme.Beliau menjadi terkenal seluruh dunia kerana publisiti telanjangnya semasa Piala Dunia berlangsung.

Dinegara kelahirannya ,namanya memang sudah popular tetapi semakin terkenal di arena antarabangsa semasa Piala Dunia 2010 Arika Selatan dengan publisiti murahannya itu.

Tumpuan kepadanya mula tercetus ketika ia meraikan gol Pasukan Paraguay dengan handset Nokia nya berada betul-betul dicelah payudaranya itu.Belia juga adalah model bagi produk penyembur deodoran berjenama EXE yang terukir di payudaranya.

Larissa berkata yang ia akan berlari bertelanjang bulat dijalanraya Asuncion,Ibu negara Paraguay.Tarikh lariannya itu bagaimana pun belum ditentukan.Beliau meminta para rakyat Paraguay supaya bersabar menanti.

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010



JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

BAHASA TUBUH BAYI DAN MAKNANYA




Bayi yang berusia beberapa bulan memang belum boleh berbicara, sehingga salah satu komunikasinya hanya melalui tangisan dan bahasa tubuh. Tapi orangtua boleh mempelajari bahasa tubuh si bayi untuk mengetahui keinginannya.

Bayi memang memiliki cara berkomunikasi yang unik dengan orang tua atau orang-orang disekitarnya.Orangtua boleh mempelajari bahasa tubuh dari si Kecil,iaitu:

Menendang kakinya
Keadaan ini bererti bayi tertarik dengan sesuatu, misalnya ketika ia melihat sesuatu yang menakjubkan atau mempercikkan air didalam besin mandinya.

Bahasa tubuh ini juga boleh bererti bayi mengungkapkan kata 'Wow'. Atau boleh juga bayi ingin sesuatu yang lebih, misalnya mengajaknya bermain atau ia ingin bergerak tapi tempatnya sempit.

Cara meresponsnya adalah dengan berbahagi semangat dengannya atau memangkunya sambil diajak bermain. Kerana menendangkan kakinya juga membantu mengembangkan otot yang diperlukan sewaktu merangkak.

Memalingkan mukanya
Keadaan ini bererti bayi memerlukan sedikit waktu untuk mengetahui apa yang terjadi, terutama sesuatu yang dilihatnya. Atau boleeh juga bayi waktu untuk ruang pribadinya.

Cara meresponsnya adalah biarkan ia memeriksa sekelilingnya, bahkan jika untuk melihat bayangan dicerminnya atau boleh juga dengan memberinya waktu untuk bersantai. Tapi jika bayi terlalu lama berpaling, cubalah untuk menarik perhatiannya lagi.

Menutup matanya

Kondisi ini bisa berarti ia berusaha untuk bermain 'ciluk ba' atau permainan lain untuk memikat orang lain. Hal lainnya adalah bayi bersiap untuk pergi tidur ketika ia sudah merasa lelah.

Cara meresponsnya adalah menanggapi minatnya dengan cara mengajaknya bermain, misalnya dengan cara melemparkan selimut nipis sehingga ia akan berusaha untuk menarik selimut tersebut. Tapi jika ia mengantuk, gendonglah ia sambil dinyanyikan atau dibacakan cerita pendek sambil diayun-ayunkan.

Membelai rambutnya
Kondisi ini bisa berarti ia sedang berusaha membuat dirinya merasa lebih baik. Selain itu melakukan gerakan berulang juga bisa berarti untuk menutupi rasa gugupnya, seperti karena ada pengasuh baru atau dilingkungan baru yang terlalu bising untuknya.

Cara meresponsnya adalah membiarkan ia melakukan hal tersebut, kerana itu bukan suatu hal yang harus dicegah. Boleh juga mengajaknya berbicara dengan nada suara yang menenangkan atau mengajaknya bermain untuk melupakan kegugupannya.

Bayi melengkungkan punggungnya
Keadaan ini boleh bererti ia sedang marah, kesal dengan suatu hal atau mengalami sakit yang belum boleh diungkapkannya.

Cara meresponsnya adalah cubalah untuk menenangkannya, biasanya memerlukan waktu lebih lama kerana bayi yang melengkungkan punggungnya merupakan akumulasi dari rasa tidak nyamannya.

Jika disertai dengan gejala lain seperti muntah atau demam, maka segera bawa berjumpa doktor agar tidak terjadi kesalahan diagnosis dan bayi kembali merasa tenang.

Meregangkan lengan atau tangannya
Keadaan ini bererti bayi dalam suasana hati yang baik, santai dan bersiap untuk melihat sekelilingnya, tapi sebaiknya tetap perhatikan ekspresi wajahnya.

Selain itu juga bisa berarti bayi sedang belajar untuk duduk yang mana ia butuh sesuatu untuk menjaga keseimbangannya.

Cara meresponsnya adalah jika bayi menunjukkan wajah ceria, maka manfaatkan suasana optimisnya untuk memberikan rangsangan positif. Tapi jika ia sedang belajar untuk duduk berikan bantuan saat ia membutuhkan, jika tidak perlu bantuan biarkan ia membangun otot perutnya untuk membantunya duduk tegak.

Menarik-narik telinganya
Keadaan ini bermakna ia mengalami kesulitan dalam melakukan sesuatu, misalnya sebagai tanda susunya terlalu panas, perutnya kembung atau ia perlu bersendawa. Arti lainnya adalah ia merasa tidak nyaman akibat sakit seperti infeksi telinga, sakit tenggorokan atau gangguan di hidungnya.

Cara meresponsnya adalah cubalah untuk menenangkannya misalnya dengan membuatnya bersendawa, jika belum tenang juga cubalah untuk menutup tirai, pindah ke ruang lain atau mematikan televisyen.

Selain itu juga periksa tanda-tanda lain yang membuatnya tidak selesa, misalnya memeriksa telinga, hidung dan tenggoroknya.

JANDA MUDA BERGETAH KENA LACUR


Janda muda kena lacur

AYER KEROH - Niat asalnya mahu mencari rezeki halal selepas kematian suami untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menyara anak tunggal.

Namun malang bagi seorang janda muda warga Vietnam apabila dia ditipu dan dijadikan pelacur di negara ini.

Disebabkan tidak tahu berbahasa Inggeris dan Melayu, janda muda itu tidak tahu di mana mahu meminta bantuan sehinggalah dia tertangkap ketika melacur.

Bui Thi Truc, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan aktiviti persundalan.

Dia juga diarahkan Majistret Muzila Mohamed Arsad dihantar pulang semula ke negara asalnya selepas menjalani hukuman penjara.

Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu didapati bersalah kerana mencari langganan bagi maksud persundalan pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 9 malam, di rumah bernombor 6-13, Blok Champhor Pangsapuri Garden City, Ujong Pasir, dekat sini.

Thi Truc disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

KEADAAN VAGINA SEMASA HAMIL





Banyak perkara yang berlaku dalam tubuh kamu ketika kamu hamil. Selain daripada perut yang membesar, struktur lain dalam tubuh juga semakin membesar. Tubuh kamu bekerja dua kali ganda semasa kehamilan. Kamu pun boleh lihat kan betapa besar seseorang wanita mengandung itu. Vagina sama seperti struktur lain pada tubuh, seperti kulit dan uterus juga melalui sedikit perubahan semasa kehamilan. Vagina akan berubah daripada warna merah jambu ke agak kebiruan kerana terdapatnya peningkatan aliran darah ke situ. Perubahan ini terjadi akibat bahan kimia yang dibebaskan oleh tubuh semasa seorang wanita itu hamil. Apabila aliran darah ke vagina semakin meningkat, ia mula terkumpul di satu kawasan menyebabkan vagina kelihatan kebiru-biruan. Perubahan warna ini bukanlah sesuatu yang patut kamu risaukan. Ia normal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan.

Perubahan vagina disebabkan melahirkan anak
Memang perkara biasa untuk risau mengenai bagaimana seorang wanita itu akan kelihatan selepas kehamilan. Tapi, tahukah kamu yang tubuh sebenarnya cukup bijak untuk mendapatkan bentuk dan fungsinya semula selepas kehamilan. Dengan sedikit senaman dan diet yang betul, tak sukar untuk kembali ke bentuk badan yang asal. Betullah yang perubahan-perubahan begini mungkin berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Sesetengah wanita mungkin berat badannya tak terlalu naik ketika mengandung. Sekiranya kamu tahu yang kamu agak berisi sebelum mengandung, kemungkinan besar kamu akan naik lebih banyak berat berbanding dengan mereka yang kurus.

Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi itu bersaiz agak besar atau itu merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak. Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan kebersihan diri yang bagus dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sediakala dalam beberapa hari.

Berapa kerapkah seorang wanita perlu berjumpa dengan pakar sakit puan?
Wanita yang sihat boleh mula berjumpa dengan pakar sakit puan sebaik sahaja mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Mereka boleh mendapatkan nasihat doktor pada umur 21 untuk melakukan Pap smear. Untuk wanita berumur 30 dan ke atas, Pap smear boleh dilakukan sekali dalam 2-3 tahun. Untuk wanita yang melakukan seks tanpa perlindungan dan sering bertukar pasangan atau mempunyai ibu atau saudara mara yang pernah mendapat kanser serviks, kunjungan ke pakar perubatan boleh dilakukan sekerap yang mungkin.

TEGANGKAN PAYU DARA DENGAN BERSENAM


Mungkin tidak ramai orang yang 'cakna' kesihatan organ payudaranya. Padahal kesihatan payudara ini boleh dijaga dengan melakukan olahraga. Kerana itu lakukan olahraga agar payudara tetap sihat dan pejal serta montok.

Sebahagian besar payudara terdiri dari lemak, kelenjar dan saluran, sedangkan di sebelah bawah payudara terdapat otot dada. Dengan melakukan beberapa olahraga untuk payudara, maka otot dada ini akan dibangun sehingga membuat payudara terlihat lebih membusung dan naik.

Olahraga boleh membantu mengurangi angka tumor payudara, serta memperlambat produksi estrogen sehingga membantu melindungi tubuh dari kanser payudara.

Olahraga yang boleh dilakukan untuk membuat payudara tetap sihat adalah berjalan cepat, jogging, berenang, tenis, berbasikal . Olahraga tersebut adalah pilihan yang baik bagi perempuan yang ingin mendapatkan keuntungan perlindungan dari olahraga.

Nile Albright, MD, dari Advanced Medical Research Foundation di Boston memberitahu agar latihan terlihat lebih menarik, sebaiknya seseorang melakukan latihan yang berbeza sepanjang minggu. Keadaan ini akan membuat seseorang tetap termotivasi untuk berolahraga.

Namun satu hal yang harus diperhatikan adalah untuk tetap menggunakan bra yang tepat sewaktu berolahraga. Jika bra yang digunakan tidak mencakup keseluruhan payudara, maka payudara akan naik turun yang boleh mengakibatkan peregangan dini dari ligamen Coopers.

Selain itu bra yang tidak pas, tidak boleh mendukung payudara dan otot disekitarnya sehingga boleh menimbulkan rasa sakit ketika atau setelah latihan.

Manfaat lain dari olahraga untuk payudara adalah pada gilirannya nanti dapat meningkatkan rasa percaya diri serta menghindari dampak payudara turun akibat proses penuaan. Olahraga spesifik yang dilakukan untuk menunjang penampilan payudara adalah push up, yang masing-masing dilakukan dengan dumbbells, barbel, bangku atau mesin.

Meskipun latihan ini boleh membangun otot dada, bukan bererti dapat membuat payudara lebih besar. Kerana satu-satunya proses yang boleh dilakukan untuk memperbesar payudara adalah melalui pembedahan.

Tapi kerana latihan ini boleh membantu memperbaiki penampilan payudara, maka latihan ini dapat menjadi alternatif yang baik agar payudara terlihat lebih berisi tanpa risiko pembedahan.
FAKTOR SUSAH HAMIL

FAKTOR SUSAH HAMIL

Meskipun sudah berkahwin 1,5 tahun seorang ibu belum juga hamil. Berdasarkan pemeriksaan, tidak ada masalah dengan organ reproduksinya. Namun, pemeriksaan terhadap suami menunjukkan sperma suami hanya mencapai 2 juta sehingga sulit mendapat keturunan. Benarkah demikian?

Proses pembuahan hanya terjadi atas izin Yang Maha Kuasa dan pada pasangan yang normal atau sihat. Sperma normal harus memenuhi kriteria WHO, iaitu jumlah normal, bentuk normal, motilitas normal, tidak ada penggumpalan (aglutinasi), dan tidak ada infeksi.

Penentuan peluang kehamilan harus berdasarkan pemeriksaan secara menyeluruh. Konsultasikan dengan doktor kandungan yang bertugas di Fakulti Kedoktoran .

Bila ada kelainan, harus ditangani (misal, dengan terapi hormonal) atau harus dilakukan pembedahan oleh spesialis bedah urologi bila ditemukan varikokel (varises) pada saluran sperma. Bila kelainan sperma tidak boleh diperbaiki, mungkin perlu dilakukan inseminasi buatan atau bahkan bayi tabung.

Pemeriksaan terhadap isteri juga harus dilakukan secara menyeluruh, dari kesihatan umum hingga pemeriksaan khusus kesuburan, seperti HSG, analisis hormonal, pemeriksaan USG transvaginal (pemantauan ketebalan selaput lendir rahim dan korelasinya dengan diameter sel telur, dan sebagainya), serta penghitungan prakiraan masa subur.

Hindari rokok, kegemukan, dan stres berlebih. Kemudian makanlah tablet asam folat, minimal 800 mikrogram per hari.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENYELIA ASRAMA JABATAN PELAJARAN TERENGGANU DI CAMERON HIGHLAND 2010





Pada 28 Jun 2010 yang lalu,Penyelia Asrama Terengganu telah berkursus di Cameron Highland bertempat di Hotel Rossa Brinchang.Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu diketuai oleh Penyelia Asrama Kanan Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNT),En.Abd.Halim bin Hassan.Kursus Penyelia Asrama Terengganu yang pertama kali pada tahun ini dihadiri serama 62 orang Penyelia Asrama .

Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelia Asrama ini membincangkan Pelarasan Bantuan Kewangan Asrama bagi tahun 2010 dan perkara yang berkaitan dengan asrama.Pada masa sama Penyelia-penyelia Asrama juga dibawa melawat tempat-tempat menarik disekitar Berinchang dan tanah rata termasuk kawasan penanaman Pokok strawberri milik MARDI Cameron Highland dan memberi peluang kepada peserta kursus membeli ole-ole untuk dibawa pulang.

DISFUNGSI EREKSI


Disfungsi Erektil [ DE ] ialah suatu masalah kesihatan dan ditakrifkan sebagai ketidakmampuan seseorang lelaki untuk mengalami dan/atau mengekalkan ereksi bagi aktiviti seks yang memuaskan. Banyak lelaki yang akan mengalami masalah ereksi pada waktu tertentu dalam hidup mereka, tetapi bagi yang lain, masalah ini mungkin lebih kerap berlaku. DE menjejaskan berjuta-juta lelaki di seluruh Malaysia.

Bagaimana ereksi berlaku

Apabila seseorang lelaki naik berahi, arteri di zakarnya mengendur dan membesar, lalu membolehkan lebih banyak darah mengalir ke zakarnya. Semasa arteri di zakarnya mengembang dan mengeras, vena yang biasanya mengalirkan darah dari zakar mengecil, lalu mengurangkan aliran keluar darah dari zakar. Apabila banyak darah mengalir masuk dan kurang darah mengalir keluar, zakar membesar lalu menyebabkannya menegang (ereksi).

Apa yang menyebabkan DE?

Pada lelaki yang mengalami DE, tindak balas kimia yang menyebabkan ereksi tidak berlaku seperti biasa; oleh itu arteri tidak mengembang dan zakar tidak dapat dipenuhi darah. Pernah dipercayai bahawa DE hanyalah wujud dalam fikiran seseorang sahaja atau tidak dapat dielakkan akibat penuaan. Sunggupun pertambahan usia mungkinmerupakan salah satu faktornya, kini kita tahu bahawa dalam kebanyakan kes DE, masalah ini dikaitkan juga dengan keadaan fizikal dan bukan sahaja dengan usia.

Disfungsi Erektil boleh meninggalkan kesan yang ketara pada hidup seseorang lelaki, lalu menjejaskan keyakinan diri, imej diri, dan harga dirinya. Pasangan lelaki DE mungkin juga mempersoalkan diri sendiri, dan mungkin berasa bahawa mereka sudah kehilangan daya penarik fizikal. Sebenarnya, DE yang dialami oleh kebanyakan lelaki dapat dirawat.Tapi mesti berusaha untuk mencarinya.....usah malu

LELAKI DAN SEKS


Pasangan yang nafsu seks tinggi, hampir tiap hari melakukan persetubuhan dalam beberapa kali, tapi senjata ampuh tidak boleh diajak "kompromi". Apakah ada keletihan otot zakar? Bagaimana agar 'senjata' selalu boleh "on" kalau berahi timbul?

Seks yg normal pada umumnya menempuh fase-fase sbb: *rangsangan seksual, *fase datar, *fase ejakulasi, *fase orgasme & "fase refrakter (relaksasi).Pada fase REFRAKTER, zakar yg semula tegang jadi relaksasi (layu, mengendur). Jangka waktu fase refrakter menuju fase "siap tempur"lagi amat bervariasi.Pada lelaki muda dengan kebugaran seksual yg prima,1-2 jam bila ada rangsangan seksual yg memadai, Mr P nya sudah "ON" lagi. Tapi pada lelaki yg kurang sihat, Mr P baru "siap tempur" lagi keesokan harinya atau seminggu lagi. Pada lelaki tua bahkan perlu masa satu bulan lagi agar Mr P nya bangkit lagi.. Penyebabnya bukan keletihan otot kemaluan, kerana lapisan otot sekitar batang zakar amat minim. Tapi, lebih disebabkan oleh kesigapan hormon lelaki (testosteron), jaringan pembuluh darah zakar, juga bahagian otak yg disebut HYPOTHALAMUS, yg bersama-sama berperanan ibarat "orkes symphoni", menghasilkan LIBIDO (birahi) serta diikuti dengan kesigapan Mr P bangkit-ereksi. Maka, bila hasrat seksual Anda timbul tidak serta-merta diikuti dengan kesigapan Mr P, patut dicermati apakah gejala DISFUNGSI EREKSI telah mulai menerpa Anda.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut