APA YANG DIPERLUKAN  PADA TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN

APA YANG DIPERLUKAN PADA TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN

BERITA KEHAMILAN sememangnya sesuatu yang membahagiakan buat wanita yang telah berumah tanggan .Sembilan bulan selepas itu gelaran ibu akan dipegang namun sebelum itu banyak yang perlu dilakukan olehnya.Selain itu perlu jaga diri.Ibu hamil perlu lakukan beberapa persediaaan untuk memastikan janin yang ada dalam rahim membesar dengan sihat.

BULAN PERTAMA

Pastikan anda mengambil 400 mg asid folik sehari selama 12 minggu pertama kehamilan kerana ia akan menjaga janin dari lahir dalam keadaan yang cacat.Ketika pemeriksaan kehamilan ,anda boleh meminta pendapat doktor sama ada pelu mendapatbekalan tambahan atau tidak.

Hentikan
Jika anda merokok maka hentikanlah .Ia adalah hadiah terbaik yang boleh berikan untuk bayi anda .Ini juga termasuk tidak mewarnai rambut anda menjadi warna coklat,merah atau pun perang.

Walaupun hasil kajian menunjukan bahawa ia tidak memberi kesan tapi ramai doktor menyarankan ibu hamil menundakan perancangan untuk mewarnakan rambut trimester 2

Hentikan mual
Jadikan makan sebiji pisang sebagai amalan dipagi hari.Perut kosong akan membuatkan rasa sakit,loya atau muntah-muntah makin parah.Selepas itu pastikan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti atau biskut.Makanlah dengan kerap supaya perut tidak dibiarkan kosong.

Simpan tenaga

Jangan tunda tidur jika terasa mengantuk yang amat sangat.Setelah tidur ibu hamil selalunya akan berasa segar.Selain itu jangan memaksa diri melakukan kerja-kerja rumah tangga sekiranya tidak berdaya.Simpan tenaga dan berehatlah

Biarkan suami atau pembatu rumah melakukannya untuk anda.Namun jangan terus menerus asyik berehat .senaman ringan turut diperlukan oleh ibu hamil setiap hari.Lakukan senaman jalan kaki samada dipetang mahupun dipagi hari.

Tidak perlu cemas

Awal kehamilan ramai ibu hamil yang risau berlakunya keguguran namun janganlah menjadikan ia sebagai ia satu perkara yang mencemaskan.Perlu diketahui bahawa kehamilan berlaku kerana janin tidak normal.

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya.Jadi sekiranya berlaku pada diri terimalah saja ia dengan redha dan jangan sesekali menyalahkan diri sendiri.

BULAN KEDUA

Makan dengan cermat

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menggangu jsnin anda.Hindari telur mentah atau setengah masak yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan,keju lembut yang mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kelahiran pra matang,begitu juga dengan sushi.

Selain itu seeloknya hentikanlah saja makanan ringan yang tiada manafaat.Ramai ibu hamil mengambil jalan yang tidak menyihatkan bagi memenuhi selera mereka



Jangan terlalu dedahkan diri pada panas matahari


Hormon - hormon kehamilan menyebabkan sel-sel pigmen kulit keras sehingga ibu hamil menjadi lebih sensitif kepada sinaran ultra violet.Oleh itu sangat digalakkan agar ibu hamil lebih banyak dan lebih kerap mengoleskan krim pelindung cahaya matahari pada kulit.

Hindari Varies

Kesan sampingan yang tidak digemari ibu hamil ini mungkin timbul pada minggu pertama kehamilan.Cegahlah dengan mengenakan stoking khusus yang boleh dibeli.


BULAN KE TIGA

Zat besi

Kebanyakan wanita menderita kekurangan zat besi ketika hamil.Walaupun tiada hubungannya dengan kesihatan dan kekuatan janin ,kurangnya zat besi membuat anda lebih letih.Pilih makanan yang kaya dengan zat besi seperti bijirin ,roti gandum brokoli ,kekacang ,bayam,biji-bijian dan coklat.Minum jus oren ketika makan juga akan membantu mengoptimunkan kerja zat besi.

Minta sokongan

Pastikan anda memeliki persekitaran yang menyokong kehamilan anda samada dirumah atau pejabat.Pastikan pasangan mahupun rakan-rakan tidak membuat anda stress atau merokok.

BUDAK 5 TAHUN MEROKOK SAMBIL BERBICARA LUCAH DI YOU TUBE


Malang - Video budak merokok dan bicara cabul di Youtube mengejutkan banyak orang. Keluarganya mengakui budak itu mulai merokok sejak masih berusia 1,5 tahun.

SW, budak berumur 4 tahun yang berasal di Nusakambangan,Malang Indonesia muncul dalam video di Youtube sambil merokok dan bicara cabul.

SW adalah 4 bersaudara anak dari pasangan Mulud (50) dan Mujiati (45). SW adalah anak bungsu. Meskipun baru 4 tahun, SW selalu bermain dengan orang dewasa. SW yang suka merokok ini dibenarkan oleh ayahnya, Mulud. Menurut Mulud, SW mulai merokok sejak usia 1,5 tahun. Saat itu, SW sedang berkumpul dengan keluarga di rumahnya Jalan Klayatan, Kota Malang.

SW tiba-tiba muncul dengan rokok yang sudah menyala di tangannya. Rokok itu lalu dihisapnya.

"Saya tak tahu siapa yang beri rokok kepadanya. Mungkin rokok abangnya yang diletak sembarangan," kata Mulud.

Menurut pengakuan Mulud, SW sempat dilarang tapi malah tidak menghiraukan. "Anaknya tidak batuk atau tersedak," kata lelaki yang bekerja sebagai buruh bangunan ini.

Video yang memperlihatkan SW sedang merokok dan berbicara kotor muncul di Youtube dengan judul 'Anak Kecil Berbicara Kotor Dan Merokok! Dari Surabaya!'. Di dalam video berdurasi 3.29 minit itu, SW tampak memjawab pertanyaan sejumlah orang dewasa yang merakamnya.

SW tampak sangat terbiasa merokok. Buktinya, dengan bersahaja mengeluarkan asap rokok dengan bentuk menyerupai cincin. SW juga sangat petah menyebut alat kelamin perempuan dan laki-laki, bahkan memperagakan adegan seksual. Sementara sejumlah orang dewasa di sekitarnya tertawa terbahak-bahak.

PERMAINAN SEKS


Jakarta, Beberapa orang tertentu mendapat kepuasan layaknya orgasme dengan mencekik lehernya sendiri. Hal serupa dilakukan Kristian Digby, presenter terkenal BBC yang ditemui mati di London pada 1 Mac 2010 setelah melakukan permainan seks autoerotic asphyxiation.

Permainan seks autoerotic asphyxiation atau melakukan masturbasi sambil mencekik diri sendiri (masturbatory self-strangulation) adalah salah satu permainan seks yang banyak dilakukan orang.

Apa itu autoerotic asphyxiation dan mengapa sangat berbahaya?

Autoerotic asphyxiation (AEA) adalah praktik seksual ketika seseorang melakukan masturbasi dengan mencekik diri sendiri. Hal ini dianggap menyenangkan karena terjadi pengurangan aliran darah ke otak dan adanya pelepasan endorphines.

Orang menjadi gembira karena menjadi pengalaman seksual yang hebat dan orgasme menjadi lebih intens. Bagi kebanyakan orang, AEA secara bertahap menjadi satu-satunya cara yang mana mereka dapat mencapai orgasme.

Dalam kebanyakan kes, orang mencekik diri mereka sendiri dengan menggunakan pengikat tali, membuat jerat atau simpul di sekeliling leher. Kebanyakan orang memiliki cara aman atau metode penyelamatan. Dalam banyak kes permainan itu sering berakibat fatal walaupun orang-orang itu punya mekanisme keselamatan, tetapi hal itu gagal.

AEA adalah perbuatan yang sangat berbahaya dan mengakibatkan beberapa kematian setiap tahun, tapi tidak dikaitkan dengan perbuatan bunuh diri. Orang-orang yang mempraktikkan AEA mati secara tidak sengaja, biasanya kerana mereka kehilangan kesedaran ,sesak nafas dan akibatnya hilang kawalan diri saat melakukan pencekikan.

Hal ini menjadi sangat berbahaya jika orang menggabungkan pencekikan diri dengan memperbudak diri (self-bondage). Mereka yang melakukan praktik AEA biasanya adalah pencari sensasi impulsif (tiba-tiba) yang memiliki fantasi kematian, yang berlawanan dari kematian yang disengaja (bunuh diri).

AEA biasanya sering dilakukan oleh remaja atau lelaki dewasa muda. Perbuatan ini telah meragut nyawa banyak orang-orang terkenal, seperti penyanyi Michael Hutchence dan politisi Konservatif Inggeris Stephen Milligan dan mungkin juga aktor David Carradine.

Sulit untuk mengidentifikasi orang-orang yang mempraktikkan AEA. Mereka sering terlihat bahagia, rata-rata seperti orang umumnya dan memiliki hubungan baik yang terjalin dengan keluarga dan teman-teman.

Seseorang yang terlibat dalam kegiatan AEA akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
1.Terdapat tanda yang tidak dapat dijelaskan di sekitar leher
2.Mata merah
3.Sering menggunakan tali, kaos, atau kantong plastik sebagai media pengikat
4.Disorientasi

SATU PELAJAR,SATU SUKAN



SATU Pelajar Satu Sukan...Mungkin itulah tema paling sesuai menggambarkan hasrat Kementerian Pelajaran yang mahu mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.


SIHAT...sukan berupaya melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang - Gambar Hiasan sebelum - selepas


SEIMBANG...akademik dan sukan perlu diseimbangkan untuk menjamin masa depan yang cerah - Gambar HiasanLaporan akhbar menyatakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pelajar sekolah rendah dan menengah wajib menyertai satu jenis sukan.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.


Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak mereka.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan sudah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.


“Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat sukan di peringkat akar umbi,” katanya.


Selain itu, kajian juga akan dilakukan bagi membolehkan aktiviti sukan di sekolah dijalankan sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan dan tidak hanya bertumpu pada tiga bulan pertama sesi persekolahan seperti mana sekarang.


Kalau konsep ini sememangnya sudah lama dilaksanakan di sekolah, kenapa kini ia perlu diwajibkan sehingga akan ada jawatankuasa yang akan memantau?

Di mana silapnya dan adakah ia datang dari pihak sekolah atau sebenarnya sukan ini dipandang enteng oleh sesetengah sekolah?

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata konsep ini sememangnya sudah mana wujud di sekolah terutama di sekolah berasrama penuh (SBP).


Justeru, katanya saranan kementerian itu memang kena pada masanya.


“Memang konsep ini sudah lama wujud di sekolah, tetapi selama ini tidak banyak sekolah yang mewajibkan pelajarnya mengambil mengikuti satu jenis sukan.


“Jadi, bila arahan ini sudah dikeluarkan, sekolah tidak akan mementingkan akademik semata sebaliknya turut menitikberatkan sukan,” katanya.


Kata Azam yang juga Pengetua baru Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan, konsep satu pelajar satu sukan masih tidak berjalan seperti mana yang diinginkan pihak berkenaan kerana guru terlatih dalam bidang sukan tidak ada.


“Ketiadaan guru sukan berkelayakan dan berkebolehan adalah faktor utama kenapa perkara ini masih sukar dilaksanakan.


“Kebanyakan guru yang mengajar subjek sukan tidak berkelayakan, tetapi terpaksa juga melakukannya dan akhirnya aktiviti sukan itu tidak rancak,” katanya.


Mengulas mengenai arah kementerian untuk mewajibkan pelajar menyertai satu jenis sukan, menurut Azam, dia sangat bersetuju dengan langkah itu.


“Sukan adalah sangat penting terutama dalam membentuk pelbagai kemahiran insaniah terutama dalam berkomunikasi, bekerjasama dan sebagainya.


“Seperti di SBP, kita tahu pelajar memang bijak. Tetapi kalau kita membiarkan mereka menjadi ulat buku, susah nanti.


“Ini kerana sukan atau aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar berkebolehan dalam pelbagai kemahiran dan bukannya akademik semata-mata,” katanya.


Menurut Azam lagi, sekiranya pelajar bijak dibiarkan tanpa aktiviti lain seperti sukan, tidak mustahil mereka akan menjadi pelajar yang sombong apabila menamatkan persekolahan kerana tidak punya kemahiran berkomunikasi.


“Bagi mengelak perkara ini berlaku, pengetua dan guru besar harus optimis dalam hal ini kerana sukan boleh membentuk peribadi seseorang pelajar.


“Ini tidak, ada sekolah yang menukar subjek pendidikan jasmani dengan subjek dianggap lebih penting seperti sains, matematik atau subjek lain.


“Jadi, pengetua patut mengubah sikap dan memastikan pelaksanaan mewajibkan pelajar menyertai satu sukan yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan berjaya,” katanya.


Selain mengubah sikap, Azam berkata pengetua dan guru besar perlu menyamaratakan sukan dan akademik kerana jika ia tidak seimbang, ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mencapai matlamat yang di kehendaki.


“Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahu sekolah dapat melahirkan pelajar yang terbaik dalam empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.


“Jasmani yang dimaksudkan dalam falsafah pendidikan negara itu adalah sukan. Justeru, jika sukan tidak dititik beratkan, maka cacatlah falsafah itu.


“Selain itu, kalau tidak ada sukan, tidak sihatlah pelajar-pelajar kita,” katanya.


Sebagai pengetua dan juga Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, saya berharap guru besar dan pengetua perlu berubah.


“Kita perlu sedar akademik tidak semestinya menjamin masa depan pelajar walaupun mereka memperoleh 10A dalam peperiksaan.


“Sebagai ketua, wajibkan sukan kerana ia adalah salah satu komponen penting dalam pendidikan.


“Memang tidak dinafikan akademik penting tapi sukan pun sama penting dan ia perlu diseimbangkan,” katanya yang baru bertugas di Sekolah Sains Rembau itu,

ULAR ROMANTIK


Bagaimana rasanya ular menjalar di badan?. Nah aksi ini dengan 2 ekor ulat piton ini dilakukan di sebuah tempat di England untuk mempromosikan sebuah Roller coaster baru bernama 'Kobra'

ANAK LELAKI YANG RAPAT DENGAN IBUNYA AKAN TIDAK BERPERILAKU NEGATIF BILA DEWASA


London, Ibu sebaliknya jangan membuat jarak dalam hubungannya dengan anak lelakinya. Kerana akan membuat anak lelaki berperilaku negatif apabila dewasa.

Sudah banyak kes ibu yang lebih banyak marah menghadapi anak laki-lakinya yang nakal dan tidak mencuba untuk memahami perilakunya atau malah menjauhkan diri ketika anak sedang ingin dekat dengan ibunya.

Padahal ketulusan ibu untuk membuat hubungan yang akrab akan menjaga perilaku anak lelakinya tetap lurus dan terkendali pabila dewasa kelak.

Hasil kajian menemukan anak laki-laki jarang terlibat masalah atau berperilaku negatif ketika dewasa jika si anak punya hubungan yang akrab dengan si ibu semasa kecilnya.

Ilmuwan menganalisa data 6000 anak di bawah usia 12 tahun. Hasilnya ditemukan, anak lelaki yang tidak mempunyai hubungan akrab dengan ibu cenderung menjadi lebih agresif dan menderita masalah kesihatan mental.

Sebaliknya, anak lelaki akan membentuk pribadi yang tenang, percaya diri dan punya banyak empati jika memiliki keakraban dengan ibunya ketika masa anak-anak.

Hubungan antara ibu dan anak laki-laki boleh renggang dari usia kanak-kanak jika anak-anak itu berulang kali ditolak ketika cuba datang kepada orangtuanya untuk minta bantuan.

Padahal anak-anak tidak dapat lari dari orangtuanya ketika menghadapi masalah besar dalam kehidupannya di kemudian hari.

Pasco Fearon, profesor psikologi dari University of Reading, yang memimpin penelitian ini mengatakan anak-anak akan merasa aman, dekat dan berharap ada yang menghiburnya ketika mereka memerlukannya.

"Sebaliknya, anak akan merasa tidak tenteram jika pernah memiliki mengalami hubungan yang ditolak dan putus asa kerana tidak boleh dekat dengan orangtuanya, ditolak atau tidak ditanggapi," kata Fearon.

Anak-anak kekuatan kekuatan kedua dari orang-orang terdekatnya untuk boleh mengatasi stres dan tantangan. "Anak-anak tidak akan mampu mengatasi risiko yang besar dalam masalah perilaku dan agresifnya," katanya.
SENARAI SEMAK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH -TERIMAAN

SENARAI SEMAK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH -TERIMAAN

TERIMAAN

1.1 Surat Kebenaran Menerima wang daripada Pendaftar sekolah / ketua PTJ.

1.2 Surat Kebenaran Memungut Wang Awam (AP69) dikeluarkan kepada Pembantu TAdbir dan Guru Kelas.

1.3 Perakaunan buku resit dibuat dihelaian pertama salinan pejabat .

1.4 Daftar stok Buku Resit sentiasa dikemaskini.

1.5 Pindaan atas resit Pejabat oleh Pembantu TAdbir

1.6 Pindaan atas Resit Murid oleh guru-guru

1.7 Resit Pejabat ditandatangani oleh Pengurus sekolah dan ditulis oleh Pembantu Tadbir.

1.8 Surat Kuasa Menandatangani Resit Murid dikeluarkan kepada Guru Kelas yang memungut wang

1.9 Borang serahan Guru Asrama ke Pejabat ditandatangani oleh Guru Kelas dan Pembantu tadbir.

10.Guru kelas mengemaskini rekod bayaran dijadual kedatangan Murid dan disahkan oleh GPK (Hem)

1. Guru serah wang pada hari yang sama

2. Wang Tunai melebihi RM 500.00 atau melebihi RM 2,000.00 (Tunai + cek + MO ) diBankkan pada hari yang sama

3.Terimaan dicatat pada Buku Tunai berkenaan

4.Semua wang tunai dalam tangan (tidak kira amaun) dibankkan sebelum akhir bulan

5.Slip bank diperakukan oleh Pengurus sekolah setelah disahkan pihak bank

6.Terimaan Faedah bank (Bulan semasa)dikeluarkan resitmengikut tarikh Penyata Bank diterima.

7.Pemeriksaan mengejut dibuat oleh Pengurus Sekolah dan direkodkan dalam Daftar Pemeriksaan Mengejut.

KANDUNGAN DENGAN KEDUDUKAN BAYI TIDAK NORMAL






Apakah kedudukan bayi yang tidak normal???

Kedudukan bayi dalm kandungan tidak normal bila biasanya :

1) Menyonsang ( breech )

2) Menyerong ( tranverse lie )



1) Kandungan menyongsang (breech)...

Kandungan menyongsang biasa berlaku pada peringkat awal mengandung.Tetapi bila siibu telah mengandung sehingga 34 minggu umur kandungan dan masih menyongsang , beliau perlu diperiksa.



Apakah yang menyebabkan kandungan songsang ???
Biasanya disebabkan

1) Bayi premature

2) Uri dibawah (placenta previa)

3) Tulang punggung sempit

4) Kandungan kembar (twin)

5) Banyak air mentuban (polyhdramnios)

6) Sudah mengandung banyak kali

7) Anak cacat dan lain-lain lagi


APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ???

Biasanya seperti berikut :

1) Jalani pemeriksaan mengandung seperti biasa

2) Sahkan bilangan anak

3) Cuba kesan jika anak kemungkinan cacat di dalam

4) Cuba kesan keabnormalan pada organ mengandung seperti uri dlll

5) Jika betul songsang, kenal pasti songsang jenis apa



dan , pada umur mengandung adalah 37 dan 38 minggu

1) Doktor akan periksa tentang faktor risiko seperti bilangan anak sekarang dan sejarah kelahiran dulu

2) Mengira berat kandunganyang lahir dulu

3) Mengira tinggi si ibu

4) Melihat jenis songsang

5) Melakukan pemeriksaan pelvis

Jika didapati ada faktor risiko seperti anak besar, songsang dengan kaki dibawah : siibu akan menjalani pembedahan Caeserean Section pada umur kandungan 38 minggu. Jika difikirkan selamat melahirkan secara melalui vagina, maka boleh lah melalui vagina.



2) KANDUNGAN MENYERONG (tranverse lie)
Jika siibu menghadapi kandungan menyerong, pada peringkat awal adalh seperti diatas.

Namun jika berterusan sehingga 34 minggu, penyebab kandungan menjadi serong akan diperiksa.

APA YANG KAN DILAKUKAN ???

1) Kedudukan songsang akn dipastikan lagi

2) Pastikan tiada kandungan kembar dan air mentuban tidak banyak

3) Buat ultrasound utk sahkan

4) Jika masih songsang pada 37 dan 38 minggu mengandung, siibu mungkin akan dimasukkan ke wad

5) Pakar akan menentukan bila pembedahan Caeserean Section akan dilakukan
SITUA BANGKA KAHWIN BUDAK 12 TAHUN KERANA TUNTUTAN NAFSU SERAKAH

SITUA BANGKA KAHWIN BUDAK 12 TAHUN KERANA TUNTUTAN NAFSU SERAKAH

MEDAN - Kisah ala Syekh Puji terjadi di Langkat, Sumatera Utara. Pengusaha stesyen pengisian bahan bakar umum (SPBU) M. Indra Bayuri, 60, mengahwini budak berusia 12 tahun secara bersiri. Tragisnya, sebelum menikahi Ayu (nama samaran), Bayuri sudah memiliki enam isteri.

Ibu-bapa Ayu rela anak mereka dinikahi setelah disogok rumah dan sebuah motosikal.

Pernikahan di bawah umur itu terbongkar setelah kakak Ayu, Rismawati, 26, pergi ke pejabat Perlindungan Anak Indonesia Daerah (KPID) Sumatera Utara dan menceritakan bahawa adiknya telah dinikahkan ayahnya dengan seorang pengusaha yang tua gayut lima bulan lalu.

Dia juga memberitahu adiknya menolak untuk dinikahkan kerana ingin bersekolah. Penolakan tersebut mencetuskan kemarahan kepada ayahnya menyebabkan Ayu diseksa dan disebat dengan tali pinggang.Akibat tidak tahan dengan penderaan tersebut Ayu terpaksa akur dan bersetuju untuk dinikahkan dengan situa gayut itu.

Ketika dinikahkan Ayu ditemani oleh ibunya,Ruspawatma.Kakak Ayu ,Risma memberitahu yang dia tidak tahu dimana rumah lelaki tua bangka itu kerana ia hanya tahu dari mulut adiknya sahaja.

Menurut Ayu, rumah Haji Bay di Langkat bertingkat. Tapi, dia tidak tahu alamatnya. Setelah pernikahan, Ayu diajak Haji Bay ke tingkat dua untuk melakukan hubungan seks. Kerana tidak setuju, Ruspawatma menyusul ke atas. Dia menyaksikan puterinya yang masih kecil itu sudah tidak berpakaian dan ditindih haji Bay.Tidak sanggup anaknya diperlakukan, dia memaksa puterinya turun ke bawah.

Haji Bay marah. Dia memanggil Wagimin untuk mententeramkan isterinya. Wagiman pun menghalang isterinya. Dengan cara itu, hubungan seks suami isteri tersebut terlaksana.

Setelah memenuhi hajatnya, Haji Bay memberi Wagimin wang tunai Rp 3 juta. "ketika itu, ibunya marah sekali. Soalnya, awalnya, tujuan ke Langkat hanya untuk acara pinangan, bukan pernikahan. Kenyataannya berbeza," kata Risma.

Ketua KPAID Sumut Jahrin Piliang memanjangkan pengaduan tersebut dengan melapor ke Poltabes Medan. Dia sekaligus mahu pihak polis mempercepatkan siasatan kes tersebut. Laporan tersebut pernah disampaikan keluarga Ayu lima bulan lalu. "Kami mendesak polis mengambiltindakan segera akan laporan tersebut," tegasnya.

Di mata para tetangga Ayu, Haji Bay merupakan seseorang yang dermawan. "Dia sering bergaul dengan kami, meski tidak tinggal di sini," ungkap Iwan, salah seorang jiran Ayu.

Pernikahan Haji Bay dengan Ayu membuat Iwan dan jiran lainnya terkejut. Apalagi, sejak itu, Haji Bay tidak pernah muncul. "Kami tak menyangka, dia menikahi gadis di bawah umur," ujarnya.

AHMAD DHANI SOKONG LESBIAN


Jakarta Perancangan kongres lesbian, gay dan biseks se-Asia akan diadakan di Surabaya, Jawa Timur dalam waktu terdekat ini. Berikut adalah pendapat Ahmad Dhani tentang kongres tersebut. Ini dia, tanggapan Bos Republik Cinta itu.

"Saya sih mau ada konferensi iblis sedunia juga nggak masalah," ujar Dhani ketika ditemui di acara jumpa pers '40 Tahun Pengabdian Kak Seto' di Cardamon, West Mall Grand Indonesia, Jakarta Pusat, Khamis (25/3/2010).

Menurut jejaka berusia 37 tahun itu, setiap orang berhak untuk menggelar kongres. Asalkan acara tersebut tidak mengganggu ketenteraman bersama.

"Saya orang yang demokratis," kata ayah Al, El dan Dul itu.

Namun, bekas suami Maia Estianty itu memberi sedikit ulasan tentang adanya kaum gay dan lesbian. "Saya kurang setuju gay, tapi kalau lesbian saya setuju," ucapnya.
PEMBAHAGIAN PUSAKA ADIK LELAKI BUJANG

PEMBAHAGIAN PUSAKA ADIK LELAKI BUJANG

Seorang lelaki yang masih bujang meninggal dunia.Arwah masih mempunyai ibu bapa,dua adik lelaki dan empat adik perempuan.Soalan saya seperti berikut:

Adakah adik beradik berhak mendapat bahagian harta perninggalan si mati?Sekiranya layak ,berapa peratuskah bahagian untuk adik beradik perempuan?

Adakah wang insurans yang dibayar kepada keluarga simati perlu dibahagikan -bahagikan mengikut hukum faraid kepada ahli keluarga atau hanya ibu bapa si mati sahaja?

Sekiranya perlu dibahagikan,berapa peratuskah bahagian untuk adik-beradik lelaki dan juga adik - beradik perempuan?

JAWAPAN:

Jawapan bagi soalan pertama .Dalam keadaan seseorang meninggal dunia tanpa berkahwin dengan sesiapa dan ketika simati meninggal dunia si mati mempunyai ibu bapa yang masih hidup,mK ibu simati akan menerima 1/3 bahagian dan bapa simati akan menerima bahagian yang dikenali sebagai asabah bi nafsihi,iaitu bahagian bapa sebanyak 1/6 dan ditambah dengan baki harta selepas ditolak bahagian waris lain iaitu bahagian ibu simati sama ada lelaki mahu pun perempuan tidak akan mempunyai bahagian terhadap harta peninggalan simati.

Kita beralih kepada soalan kedua dan soalan ketiga iaitu mengenai wang insurans simati.Seperti mana yang saya terangkan tadi,faraid ini ialah satu cabang ilmu berkaitan cara bahagian harta pusaka .Harta pusaka pula ialah semua harta milik simati semasa hayatnya dan kekal sebagai miliknya setelah meninggal dunia.Seterusnya harta pusaka ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis,harta tidak alih dan juga harta alih.

Harta tidak alih ertinya semua jenis harta berupa tanah termasuk juga rumah mahupun bangunan kedai .Harta alih pula ertinya segala harta selain harta tidak alih seperti wang simpanan dibank dan pelaburan dimana-mana syarikat .Oleh itu wang insurans boleh dikategorikan sebagai harta tidak alih.Masalah mungkin timbul rentetan daripada wang insurans ialah isu penama.Hal ini kerana kebanyakan syarikat insurans mengamalkan sistem penamaan bagi melancarkan urusan pengeluaran wang apabila berlaku kematian.

Perkara penting yang perlu diingat ialah wang tersebut bukan milik penama kerana seseorang penama hanya bertindak sebagai pentadbir sahaja ;Selepas wang tersebut dikeluarkan ia perlu dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid

Oleh yang demikian ,walaupun sekiranya simati meletakkan nama adik-beradik sebagai penama ,mereka tidak mempunyai hak terhadap wang insurans tersebut kerana ia merupakan hak ibu dan bapa simati.Selain itu adik-beradik simati tidak mempunyai hak terhadap wang insurans tersebut.
TAUGE BANTU KESUBURAN LELAKI

TAUGE BANTU KESUBURAN LELAKI

TAUGE lambang kesuburan!Lelaki yang makan tauge akan membuat spermanya berisi.Kemungkinan ini sebahagian daripada cerita dan mitos semata-mata.Tetapi penetilian ada menunjukkan tauge mempunyai khasiat yang lebih hebat daripada itu.

Sayur tauge,samada tauge kacang soya,atau tauge alfafa,mengandungi banyak senyawa Fitokimia berkhasiat.Salah satunya Kanavin (Canavanine),jenis asid amino bahan penyusuan arginin yang paling banyak tersimpan didalam tauge alfafa.Kanavin,dikatakan mampu melumpuhkan pertumbuhan kanser leukemia,usus besar dan pankreas.
HAJI ABDUR RAHMAN LIMBONG ULAMA DAN PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH AIR

HAJI ABDUR RAHMAN LIMBONG ULAMA DAN PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH AIR

Haji Abdur Rahman Limbong ulama dan pahlawan Melayu-Pejuang Kemerdekaan Tanah Air
Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya. Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.

Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu (18 September 2006). Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei . Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong. Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.

Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal. Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai. Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu. Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.

PEMBERONTAKAN
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama.

Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu. Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung Tanah Melayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-Melayu Patani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawan Filipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris. Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namun tidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yang terlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsa penjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja di dunia ini sebenarnya adalah tidak sah.

Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarang ini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam. Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M), ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campur tangan dalam pentadbiran tanah wajib dilawan. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

TEH KARAS UBAT KENCING MANIS,DARAH TINGGI



RAZANI menyiram pokok karas yang ditanam di Pusat Penyelidikan Karas, Hutan Simpan Merchang, Marang semalam


MARANG - Pokok karas yang dikomersialkan untuk mendapatkan gaharu bagi tujuan penghasilan minyak wangi rupa-rupanya mempunyai khasiat lain iaitu sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Atas keistimewaan itu, Jabatan Perhutanan negeri telah pun membangunkan projek tanaman pokok tersebut di atas tanah seluas 47 hektar di Merchang dekat sini bagi memproses dan mengeluarkan sejenis minuman herba yang dinamakan teh karas.

Menurut Pengarah Perhutanan negeri, Akhirudin Mahmud, bagi menambah khasiat minuman herba yang dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi, ramuan minuman itu turut dicampur beberapa herba lain.
TUNTUTAN NAFKAH ANAK

TUNTUTAN NAFKAH ANAK

SOALAN:

Saya ingin bertanya,Saya telah bercerai dengan bekas suami dan hasil perkahwinan tersebut kami dikurniakan 2 cahayamata seorang lelaki dan perempuan.Pada mulanya saya mampu menampung perbelanjaan mereka kerana saya berkerja.Namun semakin hari mereka membesar dan perbelanjaan pula semakin bertambah.Lebih-lebih lagi anak pertama mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan rapi.Bolehkah saya meminta dari segi wang ringgit bagi perbelanjaan daripada bekas suami?

Norhidayah,Kuala Langat Selangor

JAWAPAN:

Insya-Allah saya akan memberi penjelasan dalam masalah ini.Puan boleh meminta wang daripada bekas suami melalui Tuntutan Nafkah anak dibawah Seksyen 73 Enakmen Undang-undang keluarga Islam(Negeri Selangor)2003.

Seksyen 73 Enakmen tersebut memperuntukan bahawa adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya,samada anak itu dibawah jagaannya atau dalam jagaan seseorang yang lain dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal,pakaiaan,makanan,perubatan dan pelajaran yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya.Walaupun anak-anak itu dibawah jagaan puan ,Undang-undang syariah di Malaysia menetapkan menjadi kewajipan seorang ayah menanggung nafkah anaknya.Puan perlu buat permohonan bagi nafkah anak-anak di Mahkamah Syariah berdekatan dengan tempat tinggal.Perlu di jelaskan didalam borang permohonan ,wang yang puan pohon untuk kegunaan apa.Sebagai contoh wang itu untuk kegunaan anak-anak untuk makan minum,pelajaran ,pakaian dan tempat tinggal .Puan juga boleh pohon peruntukan khas anak bagi anak pertama yang mengalami masalah kesihatan .

Sumber:Majalah MIDI
TANDA-TANDA PENYAKIT BARAH

TANDA-TANDA PENYAKIT BARAH

BARAH merupakan antara penyakit yang paling ditakuti.


Mengesannya diperingkat awal membolehkan kita merawat dan meningkatkan peluang kesembuhannya.

Berikut adalah lapan tanda-tanda barah

1. Luka yang tidak pulih-pulih.

2. Tumbuhan di buah dada atau bahagian-bahagian lain di tubuh.

3. Pendarahan yang luar biasa.

4. Perubahan pada tabiat pembuangan air besar atau air kecil.

5. Perubahan pada keadaan tahi lalat atau kutil.

6. Alami masalah menelan makanan dan pencernaan makanan.

7. Batuk yang tidak hilang-hilang atau suara menjadi kasar.

8. Berat badan menurun atau asyik demam tanpa diketahui sebabnya.
Jika ini berlarutan, anda hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

TEKAN TUBI HANYA GUNA 2 BATANG JARI


MOHAMMAD ALI ZINHOM,25,membuktikan kekuatannya dalam melakukan tekan tubi.Dengan disaksikan seorang juri dihadapannya,Lelaki Mesir ini menunjukkan ketahanan dan kekuatannya sebagai juara tekan tubi hanya menggunakan dua batang jari kanannya sahaja di Piramid Giza,Mesir.Zinhom mampu melakukan sebanyak 46 kali dalam masa 49 saat.Namanya telah dicatat dalam rekod Guinnes Book of Rekords.

KRISDIYANTI SAMBUT HARI LAHIR DALAM KESUNYIAN


JAKARTA,Selama 13 tahun berumahtangga baru sekarang Krisdiyanti menyambut hari lahirnya tanpa insan bergelar suami.Pada 24 Mac nanti ,genaplah usia KD 35 tshun.Krisdiyanti ditemui di Pelancaran Album duetnya dengan Siti Nurhaliza.

GURU TARI WANITA ROGOL REMAJA


Seorang guru tarian Balet telah dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh melarikan remaja lelaki berusia 15 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Sarah Pirie,27 tahun menghadapi 5 tuduhan serangan seksual terhadap anak muridnya.Walaubagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan itu.
GADIS 15 TAHUN LAKUKAN SEKS DENGAN MAT GIAN 20 KALI

GADIS 15 TAHUN LAKUKAN SEKS DENGAN MAT GIAN 20 KALI

HULU TERENGGANU – Tindakan pelajar perempuan berumur 15 tahun yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, di sini, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

“Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali,” katanya.

HOPPA SI ANJING BERODA



HOPPA,lahir tanpa 2 kaki hadapan.Supaya dapat beraktiviti normal,Pemilik anjing ini telah mencipta satu alat bantu kaki palsu beroda untuk anjingnya yang merupakan anjing baka campuran itu.Hoppa berusia 4 tahun.Dengan peralatan itu Hoppa dapat pergi kemana saja tanpa menyusahkan pemiliknya.Begitulah kehidupan seekor anjing ....mungkin anjing ini bernasib baik kerana mempunyai tuan yang kasihkannya.mungkin lebih baik nasibnya daripada manusia yang sentiasa didera oleh penjaganya.
WANITA BERSUAMI TELAH BERZINA APAKAH PERKAHWINANNYA DENGAN SUAMINYA AKAN TERFASAKH?

WANITA BERSUAMI TELAH BERZINA APAKAH PERKAHWINANNYA DENGAN SUAMINYA AKAN TERFASAKH?

Soalan :
Wanita bersuami telah berzina; apakah perkahwinannya dengan suaminya terfasakh?

Jawapan:

Telah sepakat para ulamak menyatakan bahawa jika seorang isteri atau suami berzina, akad perkahwinannya dengan suami atau isterinya tidak terfasakh sama ada sebelum melakukan persetubuhan atau selepasnya. Namun Imam Ahmad menyukai agar lelaki yang mengetahui isterinya berzina menceraikannya untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya. Imam Ahmad juga menegaskan; jika ia tidak menceraikan isterinya itu, tidak harus ia mensetubuhinya melainkan setelah memastikan rahim isterinya kosong dari janin hasil penzinaan iaitu dengan menunggu iddah selama tiga kali haid. Tujuannya adalah sebagaimana tadi iaitu untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya.


Rujukan;


al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, jil. 7, hlm. 150.
al-Muhalla bil-Atsar, jil. 9, hlm. 67.

ANTARA LOMBOK DAN BUBUR LAMBUK


SHAH ALAM - Pandai menabur janji dan bijak menutur kata-kata manis menjadi sebab utama gadis tempatan mudah jatuh cinta kepada jejaka Lombok, demikian reaksi orang ramai apabila ditanya mengenai isu lelaki Lombok yang berjaya melarikan gadis remaja negara ini.

Firdaus Abd Rasyid, 23, berkata, disebabkan kata-kata manis lelaki Lombok, gadis tempatan mudah jatuh hati lalu dipengaruhi mereka.

Menurutnya, lelaki Lombok mempunyai keistimewaan tersendiri, namun sukar dijelaskan keistimewaan itu. Hanya gadis yang tertawan sahaja mampu memberikan alasan kenapa mereka mudah terpesona.

Sementara itu, Shafiei Nyatten @ Ngaderan, 25, berkata, ada juga sesetengah lelaki asing seperti lelaki Indonesia menggunakan ilmu hitam untuk mempengaruhi gadis tempatan jatuh cinta kepada mereka.

“Gadis tempatan hanya akan berada di alam realiti apabila mereka sudah sampai ke tempat lelaki berkenaan,” katanya.

Rabitah Hamdan, 22, berkata, sikap remaja sekarang terutamanya perempuan yang mudah terpengaruh dengan lelaki tidak kira tempatan atau asing adalah punca kepada terjadinya perkara berkenaan.

Menurutnya, sikap gadis tempatan yang terlampau mudah jatuh cinta juga menjadikan itu sebagai peluang untuk lelaki asing mengambil kesempatan.

Sementara itu, Hasnoor Khuzairah, 23, pula berkata, lelaki Lombok adalah pilihan utama wanita tempatan kerana mereka dikatakan rajin bekerja.

Menurutnya, gadis tempatan perlu lebih bersikap berhati-hati dan menggunakan fikiran sewajarnya supaya tidak menjadi mangsa lelaki Lombok yang seterusnya.

“Saya lihat remaja yang lebih ramai jatuh cinta dengan lelaki Lombok. Mereka mudah percaya kepada kata-kata manis lelaki Lombok.

“Ada baik dan buruk warga asing ramai di negara ini. Tetapi saya lihat banyak buruk daripada baiknya’, katanya ketika Sinar Harian semalam.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut