BEBANAN TUGAS GURU SEMAKIN BERAT,SEGERAKAN PENEMPATAN PEMBANTU GURU DISEKOLAH


TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah.


URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik. TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. Terbaru, enam pelajar sekolah menengah termasuk seorang guru di Pulau Pinang maut selepas bot naga yang mereka gunakan untuk latihan mendayung terbalik selepas dipukul ombak besar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu jawatan itu diwujudkan bagi melakukan tugas pengkeranian termasuk mengisi borang dan mengiring murid sama ada untuk acara sukan atau klinik. Dengan nisbah seorang pembantu guru bagi setiap 500 murid, guru dapat bebas daripada beban tidak perlu dan menumpu kepada tugas mengajar.


Ini kerana guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka selain mengajar.


Masalahnya, perlukah jawatan pembantu guru di sekolah diwujudkan? Bagaimana dengan kos untuk jawatan itu, mampukah kementerian atau sekolah membiayainya kerana guru pembantu dianggap profesional? Seorang guru pembantu perlu mempunyai kemahiran memberi rawatan kecemasan, berenang atau menguruskan murid? Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 40, berkata pembantu guru sangat diperlukan terutama menguruskan hal pengkeranian di sekolah.


Menurutnya, masyarakat mungkin menganggap tugas guru ini senang dan hanya mengajar beberapa jam sehari.


"Hakikatnya, guru bukan hanya sekadar mengajar, tapi bertanggungjawab menguruskan pelbagai hal termasuk kerja pengkeranian dan keceriaan sekolah.


"Beban kerja yang bertambah menyebabkan kami selalu pulang lewat ke rumah.


"Selain melakukan kerja di rumah termasuk melayan anak-anak dan suami, terpaksa pula memeriksa buku murid kerana tiada masa berbuat demikian di sekolah," katanya.


Katanya, jika ada guru pembantu, mereka boleh menguruskan pembayaran yuran dan membimbing pelajar dalam persatuan.


"Kadangkala, guru sendiri terpaksa mengeluarkan duit membeli kelengkapan selain mengambil masa pembelajaran bagi menyelesaikan urusan pelajar," katanya.


Dia yang 13 tahun menjadi pengajar mengakui tugas guru membeban dan mencabar kerana melakukan pelbagai tugas yang kadangkala remeh temeh.


"Jika ada sebarang acara seperti sukan, pertandingan, aktiviti kokurikulum, guru akan mengendalikannya. Kerja menceriakan sekolah, melukis mural, menanam bunga termasuklah membeli bunga juga dilakukan guru.


"Kadangkala kami hanya ada masa 20 minit berehat. Itu belum termasuk masalah yang perlu dikendalikan membabitkan ibu bapa pelajar," katanya.


Menurutnya, bagi guru yang menjadi guru kelas kepada pelajar tingkatan tiga dan lima, kerja pengurusan lebih rumit dan meletihkan.


"Bermula dari awal tahun, guru sibuk menguruskan borang yang perlu diisi untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SMP).


"Ia belum disertakan dengan peperiksaan lain yang harus pelajar hadapi.


"Guru dibebani dengan pelbagai tugasan yang remeh sehingga mereka tidak boleh fokus untuk mengajar," katanya.


Justeru, Shima mengakui, pembantu guru adalah sangat diperlukan dan ia perlu disegerakan.


Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata keperluan terhadap pembantu guru amat mendesak berikutan nisbah guru dan pelajar jauh berbeza.


"Kini, beban guru lebih berat kerana mereka perlu menguruskan pelbagai hal termasuk menyelia, mengurus dan mengiringi pelajar membabitkan kokurikulum," katanya.


Mohd Ali bersetuju dengan cadangan memperkenalkan pembantu guru itu, tetapi ia harus dihalusi sebelum pelaksanaannya.


"Pembantu guru diperkenalkan bagi membantu meringankan beban guru terutama berkaitan pengurusan.


"Tetapi, skop kerja, ruang kerjaya dan tangga gaji pembantu guru itu perlu ada garis panduan.


"Kita tidak mahu pembantu guru kekal di takuk itu tanpa kenaikan gaji atau pangkat," katanya.


Selain itu, katanya, pembantu guru juga perlu mendapatkan latihan dan pendedahan yang baik dan bukan hanya sekadar melakukan kerja pengurusan pelajar," katanya.


Katanya, pembantu guru bukan sekadar menjadi pengiring pelajar dalam aktiviti luar, tetapi perlu mempunyai kemahiran merawat jika berlaku kecemasan, berenang atau kebolehan mengawal pelajar dalam jumlah yang banyak.


Beliau tidak menolak kemungkinan, ibu bapa kini takut untuk membenarkan anak mereka melakukan aktiviti luar selepas beberapa kejadian yang berlaku membabitkan kehilangan nyawa.


"Harapan kita dengan adanya pembantu guru, ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti di luar sekolah.


"Sekolah juga perlu bertanggung jawab dan jangan lepas tangan jika mengambil bahagian dalam aktiviti luar," katanya.
ASAL-USUL NAMA TERENGGANU

ASAL-USUL NAMA TERENGGANU

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

GEJALA SAKIT PERUT


gambar Hiasan
BIASANYA, penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan.

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.

Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.

Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.



Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.

Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.

HAKIM DIBALING KASUT



SEORANG petugas keselamatan menangkap seorang lelaki (tengah) di bangunan Mahkamah Agung Israel di Baitulmaqdis semalam

BAITULMAQDIS - Seorang lelaki Israel membaling kasutnya ke arah Hakim Mahkamah Agung, Dorit Beinisch yang merupakan seorang wanita semasa perbicaraan sedang berlangsung di sini semalam.

Suami hakim wanita itu, Yeheskiel Beinisch memberitahu sebuah stesen radio awam bahawa balingan tersebut mengenai dahi, hidung dan menyebabkan cermin mata isterinya pecah.

Petugas mahkamah kemudian menangkap lelaki itu manakala Dorit yang berumur 67 tahun menerima rawatan di bilik pejabatnya sebelum kembali ke dewan mahkamah sejam selepas insiden itu.

Semasa sesi perbicaraan, lelaki yang berusia 50-an itu berdiri dan kemudian membaling sepasang kasutnya sambil menjerit 'rasuah' dan 'busuk', lapor sebuah stesen radio.

Dorit diberikan rawatan dengan menggunakan ketulan ais di kamarnya sebelum kembali semula ke bilik mahkamah dan menyambung perbicaraan beberapa jam kemudian.

Beberapa wartawan, peguam dan orang ramai memberikan tepukan kepadanya semasa dia kembali memasuki bilik mahkamah.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang sedang melawat Poland dilaporkan menghubungi Dorit bagi melahirkan perasaan terkejut dengan serangan itu.

Sebelum ini seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pada 14 Disember 2008 di Baghdad.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki Sudan, Adil Mohammed Fath al-Rahman Mahjub membaling kasutnya ke arah presiden negaranya. Omar al-Beshir namun balingannya tersasar. - Agensi

KARTIKA BERCERAI TALAK SATU


KUALA KANGSAR - Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohamed Afandi Amir, 38, pada pertengahan Oktober 2008 terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bekas model sambilan yang kini menunggu hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam berkata, berdasarkan keterangan Kartika Sari Dewi selaku plaintif, Mohamed Afandi ada melakukan dua lafaz cerai yang jelas iaitu pada pertengahan Oktober 2008 dan 10 Februari 2009.

Berdasarkan keterangan dalam perbicaraan semalam, kedua-dua lafaz itu didapati adalah talak yang 'soreh' iaitu lafaz yang jelas dari segi makna dan pada kebiasaannya membawa erti talak kerana Mohamed Afandi selaku defendan secara jelas dan tanpa berselindung mengatakan dia menceraikan plaintif dengan sebutan 'aku ceraikan kau'.

Bagaimanapun, Burhanuddin memberitahu, mahkamah hanya mengambil kira lafaz cerai yang pertama yang dibuat pada pertengahan Oktober 2008 pada pukul 1 petang sebagai perceraian yang sah dan selepas Kartika tamat edah pada 17 Disember tahun sama, kedua-dua mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA 2010 SK.PASIR AKAR .

BESUT,Warga SK.Pasir Akar Jerteh telah mengadakan satu majlis gotong -royong memasak bubur Asyura pada hari rabu yang lalu sempena tahun baru Hijrah.majlis yang bermula pukul 5.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengahari itu telah menyediakan sebanyak 6 kawah bubur Asyura untuk diagihkan kepada pelajar ,Guru-guru dan kakitangan .Majlis ini adalah anjuran bahagian Panitia agama Islam Sekolah .








BERKORBAN APA SAJA..

BERKORBAN APA SAJA..

SETIU – “Saya terpaksa jual dadah atas desakan suami, sebab dia masih ada kes dalam perbicaraan, saya tak bekerja dan jika dia didapati bersalah di mana kami hendak cari wang untuk membayar denda.

Begitulah luahan seorang wanita tiga anak ketika ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Setiu diketuai Cif Inspektor Mohd Fahmy Mohd Zain bersama empat anggota di Kampung Langkap di sini.

Suri rumah terbabit yang mempunyai anak berusia antara 2 hingga 8 tahun ditahan selepas disyaki me-ngedar pil kuda dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Langkap, dekat Sungai Tong, di sini, petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan di rumah wanita itu, polis turut menemui 30 biji pil kuda (WY) dan tunai RM1,257 dipercayai diperoleh daripada hasil jualan dadah.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek mendapat bekalan pil WY daripada suaminya, sebelum dijual dengan harga RM30 sebiji, manakala suami suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah jenis itu dari Pasir Puteh, Kelantan.
DERHAKAKAH AKU?

DERHAKAKAH AKU?

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.




Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.


“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.


Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.


“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.


Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.


Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.


Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.


“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.


“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.


“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.


Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.


“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.

MAMAT EXIST MENGAKU MENCURI


JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM2,400 (S$1,000) di sebuah mahkamah Singapura, semalam selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan milik seorang pelakon Singapura, November lalu.

Menurut laporan media online, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Oh Ibu’ itu mengaku bersalah mencuri telefon bimbit RM1,392 (S$580) dan seutas jam daripada Noor Shazeel Sazali, 24.


Berdasarkan pertuduhan, Mamat, 31, didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan Levi’s dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura pada 11 November lalu.


Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan sebelum tidur pada jam 2 petang, hari kejadian.


Bagaimanapun, telefon itu hilang sebaik mangsa bangun lima jam kemudian.




Mamat bagaimanapun dicekup di Lorong 24, Geylang pada 18 November lalu selepas laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Noor Shazeel.


Terdahulu, dalam prosiding kes sama pada 7 Januari lalu, Mamat memohon Mahkamah Rendah menunda kesnya dengan alasan sedang meminta bantuan pegawai penyiasat untuk menukar pertuduhan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 379, kanun sama.


Selain kes curi telefon bimbit Noor Shazeel, penyanyi itu turut didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM672 (S$280), milik Suhailmi Ruslan atau dikenali sebagai Amy Kecik dari rumahnya di Tampines, pada 14 November 2009.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut