BAPA LAKNAT DERA ANAK

BAPA LAKNAT DERA ANAK

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

BANDAR KOLONIAL KUALA LIPIS




Bandar kolonial Kuala Lipis
Apakah warisan kolonial dan produk pelancongan yang boleh diteroka di Kuala Lipis, Pahang?

MASJID Negeri yang dibina pada 1888 oleh saudagar Arab dari Yaman yang mempunyai identiti Melayu Nusantara dan pengaruh Minangkabau di Kuala Lipis.


DAERAH Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara. Selain bandarnya yang merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah itu juga merupakan rumah bagi beberapa nama besar Malaysia.

Antaranya ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Muhamad Ghazali Shafie; wartawan/penulis dan aktivis politik, Allahyarham Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako; chef selebriti, Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Kepada tetamu ke daerah terbabit, nama-nama itu disebut sebagai produk kebanggaan Lipis. Semasa lawatan Program Kembara Media 2009 baru-baru ini, rombongan dibawa ke rumah keluarga Siti Nurhaliza.

Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.

Hidangan itu menurut ibu Siti yang lebih mesra dengan panggilan Mak Mah, merupakan makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza berniaga semasa zaman persekolahan.

Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala Lipis, sebagai ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada 27 Ogos 1955.

Daerah Lipis

Lipis merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan 527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Pegawai Daerah Lipis, Datuk Abu Jamal Nordin berkata, Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan British.

Sekurang-kurangnya terdapat 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya ialah bangunan pentadbiran daerah yang dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos (1910), rumah kediaman bekas Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek tempatan, Cina, India dan Arab.

"Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta setahun diperuntukan oleh Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi projek pembangunan secara menyeluruh.

"Bagaimanapun pada tahun ini, Kementerian Pelancongan menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pembangunan produk pelancongannya," kata Abu Jamal selepas taklimat kepada media mengenai Pembangunan Pelancongan Lipis.

Kuala Lipis mempunyai banyak bangunan dengan seni bina menarik yang boleh dijadikan produk pelancongan antaranya ialah :

* Masjid Negeri (Madrasathul Firdaus)

Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis. Ia dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.

Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.

Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, masjid itu tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun.

* Bangunan bekas SUK Pahang

Rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah bersejarah itu siap dibina pada tahun 1920 dan pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di situ semasa menjadi setiausaha kerajaan negeri Pahang.

Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa beliau dilahirkan di rumah itu.

* Pahang Club

Pahang Club merupakan salah sebuah bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang. Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 untuk kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan Supritendan Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.

Pada pertengahan tahun 1926, kerajaan Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.

Pada tahun 1957, keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat tempatan.



SEKOLAH Menengah Clifford tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class pada tahun 1936.


Keunikan bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri. Terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.

Pejabat pos yang dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002.

Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Kuala Lipis ialah batu bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar.

Batu yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut itu menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang di mana perkiraan kosong bermula di Kuala Lipis.


* Sekolah Menengah Clifford

Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British di Pahang yang merasmikan sekolah itu pada tahun 1929.

Nama Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class pada tahun 1936.

* Stesen kereta api

Perkhidmatan kereta api mula beroperasi pada tahun 1926 di Lipis. Ia merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis yang menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bahru di selatan, Chegar Perah di utara dan Tumpat di Kelantan.

Ketika zaman pendudukan Jepun, landasan kereta api yang dibina pada tahun 1920 oleh kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun dan hasil ekonomi daerah Lipis seperti emas dan bijih timah. - Bernama

BUMBUNG TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM KUALA BERANG RUNTUH


HULU TERENGGANU - Bumbung Terminal Pengangkutan Awam bernilai RM4.2 juta yang dalam pembinaan di Kuala Berang dekat sini runtuh menyebabkan empat pekerja di situ cedera.

Kejadian pada pukul 3 petang semalam berlaku ketika 15 pekerja dengan dua daripada mereka sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.




PENGIKAT panel pada bumbung penghadang cahaya yang tidak kukuh didakwa menjadi punca bumbung tersebut runtuh.


Kerja-kerja memasang kaca di atas bumbung penghadang cahaya di terminal pengangkutan awam itu telah bermula sejak seminggu lalu.

Penyelia projek, Zahir Hariri berkata, dia terdengar bunyi kuat ketika berada di pejabatnya dan terkejut apabila mendapati bumbung sepanjang 27.4 meter itu telah runtuh.

"Ia menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh yang berada di atas bumbung dan dua lagi iaitu seorang warga Bangladesh dan seorang rakyat tempatan yang berada di bawah cedera," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua yang mengalami cedera ringan di kaki, dahi dan tangan akibat terkena serpihan kaca itu dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu.

IMEJ KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SEKALI LAGI TERCALAR AKIBAT KEJADIAN INI TATKALA LUKA LAMA BELUM LAGI SEMBUH DAN TERURAI KEMISTERIANNYA.

HIDUP SEKARANG LEBIH BANYAK WANG-MANOHARA


JAKARTA - Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menyatakan dia kini memiliki wang yang lebih banyak berbanding semasa tinggal bersama suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, lapor sebuah akhbar semalam.

"Tanpa menikah, Mano bisa beli berlian, beli tas, dari hasil kerja, keringat Mano sendiri," ujarnya yang menggelarkan dirinya dengan panggilan Mano.

Sebelum ini dia berlakon dalam sinetron yang mengisahkan kisah hidupnya itu.

Bekas model itu berkata di pejabat peguamnya di sini, dia kini boleh berbelanja sesuka hati tanpa sekatan dan bebas berjalan di Indonesia dengan tenteram.

Menurut akhbar itu, semasa Manohara menjadi isteri Tengku Mohammad Fakhry, dia cuma diberikan kad kredit dengan mengandungi sekatan perbelanjaan.

Peguam Manohara, Hotman Paris Hutapea sempat mencelah dengan menyatakan bahawa permintaan suaminya supaya Manohara membayar balik hutang sebanyak RM1.1 juta sebagai tidak wajar.

Akhbar itu melaporkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu pada 13 Disember lalu yang mengarahkan Manohara membayar hutang dibuat tanpa kehadirannya.

Bagaimanapun, kata peguam Manohara itu, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia tidak boleh dikuat kuasakan di Indonesia.

Menurut undang-undang di Indonesia, keputusan hakim luar negara tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Manohara mengemukakan alasan keselamatannya tidak terjamin sebagai punca dia tidak datang ke Malaysia.

Bekas model itu turut menegaskan dia tidak akan kembali ke Malaysia.

Menurutnya, dia berasa amat trauma semasa menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry.

Pada awal tahun ini, Manohara berjaya melarikan diri ke Jakarta semasa dia melawat bapa mertuanya yang dirawat di sebuah hospital di Singapura. - Agensi

PASANGAN KEKASIH BUAT SEKS ATAS TANGGA




BESUT.Terengganu: Sepasang kekasih telah ditahan oleh penduduk kampung Pasir akar kerana berlakuan yang amat tidak senonoh iaitu melakukan hubungan seks di atas tangga rumah kenalan mereka.Pasangan kekasih yang kedua-duanya bertelanjang bulat tanpa segan silu melakukan seks ditempat terbuka ibarat adegan filem lucah yang turut disaksikan oleh rakan-rakan mereka.Penduduk kampung yang kebetulan melalui jalan didepan rumah tersebut terkejut besar kerana terlihat adegan jijik tersebut.Pasangan remaja tersebut dipercayai dalam pengaruh dadah
MAS KAHWIN MAHAL TAMBAH BILANGAN ANAK DARA

MAS KAHWIN MAHAL TAMBAH BILANGAN ANAK DARA

KOTA BHARU - Kenaikan kadar mas kahwin hanya akan menambahkan bilangan kaum wanita menjadi anak dara tua.

Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya.

"Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," katanya di sini semalam.

Kelantan adalah antara beberapa buah negeri yang tidak menetapkan sebarang kadar mas kahwin untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

PAK ARAB PENYAMUN


KUALA TERENGGANU - Polis kini memburu tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Arab yang memukau mangsanya sebelum melarikan barang kemas bernilai RM1 juta di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Besar Kedai Payang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Mohd. Jamil berkata, ketiga-tiga wajah lelaki berusia di antara 25 dan 35 tahun itu telah dikenal pasti melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kedai tersebut.

Katanya, polis juga sedang mengenal pasti identiti seorang wanita berusia 30-an yang turut terbabit dalam kejadian itu.

"Sebaik sahaja dimaklumkan, pihak polis telah melancarkan 'Operasi Tutup' dengan mengadakan sekatan di jalan-jalan keluar di Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kenderaan yang digunakan suspek gagal dikesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Hamzah, siasatan polis juga menunjukkan kereta Proton Persona yang digunakan suspek untuk melarikan diri dalam kejadian itu adalah nombor pendaftaran palsu.

Jelasnya, siasatan akan dilakukan daripada semua aspek kerana senario kes ini agak unik dan modus operandi kes ini juga seakan-akan sama dengan satu kes lain yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira- kira pukul 2 petang kelmarin, barangan kemas bernilai kira-kira RM900,000 dalam tiga buah beg yang ditinggalkan seorang pemborong dari Kuala Lumpur di kedai emas tersebut dilarikan suspek.

PENCINTA LOMBOK PULANG JUGA AKHIRNYA...


KUALA LUMPUR - Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya.

Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.

Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya.

"Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.

Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.

Tambahnya, apabila sampai ke Dumai, dia bersama kekasihnya itu bermalam selama tujuh hari sebelum mengambil bas menuju ke Lombok.

POTONG RAMBUT BAYAR NAZAR KAHWIN




SIAPA sangka cinta monyet pada zaman persekolahan akan berakhir di jenjang pelamin. Bukan semua orang bertuah untuk menemui pasangan hidup di sekolah dan mengenali hati budi masing-masing selama sedekad sebelum berkahwin.

Pasangan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal dan Nur Sheila Hassim (Ain) bertemu ketika mereka berdua berada di tingkatan dua, Sekolah Menengah Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Merupakan pengawas sekolah, Lan menggunakan 'kuasa' itu untuk mengacau Ain. Sering menunggu Ain tidak kira di tangga atau jejantas serta perhentian bas, hubungan Lan dan Ain sebenarnya tidak begitu serius ketika itu.

Tidak pasti bila mereka mula mempunyai perasaan serius, pasangan itu mengikat pertunangan dua tahun lalu pada 25 Disember 2007. "Sebenarnya semasa di sekolah, saya mencintai dia dalam diam. Orang semua cakap itu cinta monyet tetapi saya telah membuktikan bahawa kami bukan main-main.

"Kami sendiri juga tidak sangka hubungan kami akan berkekalan sehingga menjadi suami isteri," kata Lan ketika ditemui selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Seri Aman, Puchong, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Batu 14, Puchong, Idris Ahmad kira-kira pukul 10.15 pagi Sabtu lalu. Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih, Ain menerima wang hantaran bernilai RM22,222.22 dengan mas kahwin RM222.22.



LAN dan Ain membuktikan yang cinta monyet zaman persekolahan jika disulam dengan keikhlasan boleh menempuh gerbang perkahwinan.

--------------------------------------------------------------------------------


Ada sebabnya mengapa nombor dua dipilih untuk hari bersejarah itu. Bagi pasangan yang masing-masing berusia 24 tahun itu, nombor dua signifikan kerana mereka berkenalan semasa berada di tingkatan dua. "Selain berkenalan di tingkatan dua, kami juga sudah bertunang selama dua tahun. Kami juga membuka syarikat berdua, Razeila Entertainment sejak dua tahun lalu," jelas Ain.

Berkonsepkan Arab Gipsi pada majlis pernikahan, sebanyak 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala 11 dulang pula dibalas oleh pihak perempuan antaranya sirih junjung, al-Quran, sejadah, kasut, persalinan, kasut, minyak wangi dan beg.

Selain hantaran, Lan turut menghadiahkan satu kejutan kepada Ain. Lan yang menyayangi rambut panjangnya telah menggunting pendek rambut itu sehingga paras bahu sebagai tanda membayar nazar.

"Baru semalam saya menggunting rambut saya. Tiada siapa yang tahu kerana saya mahu memberikan kejutan kepada mereka. Saya pernah bercakap, jika impian saya untuk berkahwin dengan Ain tercapai, saya akan menggunting rambut saya.

"Namun, buat masa ini saya tidak pasti sama akan kekal dengan rambut sebegini atau akan membelanya. Semuanya bergantung kepada perjalanan karier saya."

Ain yang merupakan pembantu pakar bius sebelum bekerja di syarikat Razeila Entertainment telah melepaskan kariernya untuk membantu Lan.

"Dia sangat memahami saya dan akan berada di sisi saya tidak kira semasa susah atau senang. Paling terharu, dia berhenti kerja dan memulakan karier dalam bidang sama sekali berlainan untuk membantu saya," kata Lan.

Bagi Ain, dia pula mengagumi sifat Lan yang jujur dan suka berterus-terang. Malah ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya Lan seorang yang tidak mudah mesra. "Ramai orang mesti ingat Lan merupakan penyanyi rock yang berpenampilan 'gagah'. Tapi sebenarnya suara dia lagi lembut daripada suara saya.

"Sepanjang berkenalan, dia juga tidak menggunakan istilah 'gua' atau 'lu'. Semua orang yang kenal kami tahu saya lebih banyak bercakap berbanding Lan."

Ditanya sama ada mereka sudah mempunyai lokasi dan tarikh berbulan madu, Lan yang sedang sibuk dengan kumpulan Kristal memberitahu, mereka mungkin hanya akan bercuti pada tahun depa

TRAGEDI KBMALL


KOTA BHARU: Bapa salah seorang mangsa yang terbunuh kerana dihempap sebuah kereta di Pasaraya KB Mall di sini, berkata anaknya itu memberitahunya bahawa beliau sihat tetapi meminta memasukkan RM50 ke dalam akaunnya.
Samsudin Abd Rahman,52, berkata beliau tidak menyangka itulah permintaan terakhir anak ketiga daripada enam beradik, Siti Nor Amira Samsuddin 19, sebelum meninggal dunia dalam kejadian di mana sebuah kereta jenis Ford Lser TX3 terjunam dari tempat parkir tingkat tiga pasar raya itu dan menghempap mangsa.
"Kali terakhir saya bertemu dengan dia pada hari raya Aidiladha yang lalu. Semalam tiga kali saya menelefon dia untuk bertanya khabar.
"Tiada sebarang perubahan pada dia. Dia hanya memberitahu saya dia tidak mempunyai wang dan meminta saya memasukkan wang sebanyak RM50, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, malam tadi. Mangsa yang berasal dari Felda Chiku, Gua Musang, pelajar tahun satu, semester tiga di sebuah kolej perubatan Masterskill di sini meninggal dunia di tempat kejadian itu.
Samsudin berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan kolej kira-kira pukul 5.30 petang semalam sebelum beliau dan keluarga bergegas ke HRPZII.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua pelajar perempuan kolej itu cawangan Kota Baharu maut, Siti Nor Amira dan Siti Nor Diana Azman, 18 manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta jenis Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak oleh rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu, lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar tersebut di tingkat bawah pasar raya berkenaan. BERNAMA

AKIBAT TERLAMPAU BERANI


KUALA LUMPUR: Tiga pemandu kereta nyaris lemas apabila kereta dipandu meredah banjir kilat tiba-tiba tersangkut sebelum dibawa arus deras ke dalam kawasan jalan yang menjadi kolam maut sedalam hampir empat meter.

Hujan lebat melanda ibu kota sejak jam 5 pagi menyebabkan air naik mendadak di beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Chan Sow Lin di sini, pemandu terbabit yang tidak menyedari jalan digenangi air cuba meredah banjir terbabit, bagaimanapun panik selepas kereta ditenggelami air.

Difahamkan air yang menenggelami jalan terbabit lebih tinggi daripada biasa menyebabkan pemandu menyangka boleh melepasinya.


Polis terpaksa menutup laluan sepanjang 200 meter itu kepada semua lalu lintas.

Kejadian bermula apabila sebuah Proton Saga dinaiki seorang lelaki tidak menyedari laluan itu banjir diikuti dua lagi kereta iaitu Perodua Kancil dan Honda Civic yang turut terkandas.

Bagaimanapun, semua mangsa yang ketika itu memandu seorang diri sempat keluar kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Turut membantu kerja menarik keluar kenderaan yang tersangkut adalah petugas Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis).
SYARAT-SYARAT SAH MENGIKUT IMAM

SYARAT-SYARAT SAH MENGIKUT IMAM

1.Niat Mengikut imam

Makmum hendaklah berniat mengikut imam tetapi imam tidak menjadi satu syarat berniat menjadi imam hanya sunat sahaja untuk mendapatkan ganjaran pahala berjemaah.
2.Perbuatan mengikut imam

Makmum hendaklah mengikut imam dalam segala perbuatannya dan tidak bloeh mendahului imam walau pada satu perbuatan pun.

3.Mengetahui segala gerak-geri perbuatan imam
Makmum hendaklah mengetahui samada dengan cara dapat melihat imam atau melihat saf makmum dihadapan,mendengar suara imam ataupun suara mubaligh (bilal yang biasa menguatkan suara nya untuk memberitahu makmum yang solat dibelakang)
4.Imam dengan makmum berhimpun atau berkumpul pada satu tempat.

Keadaan perhimpunan antara kedua-duanya adalah seperti berikut:
i)Kedua-duanya didalam satu bangunan walaupun jarak diantara kedua-duanya sangat jauh.
ii)Kedua-duanya tidak berada didalam satu bangunan umpamanya ditengah padang maka jarak diantara kedua-duanya tidak boleh melebihi 3 ratus hasta dan jangan ada dinding yang menghalangnya diantara kedua-duanya.Sekiranya yang memisahkan diantara kedua-duanya ialah jalanraya sekalipun maka ikutan itu masih sah lagi.
iii)Imam didalam masjid(didalam bangunan ) dan makmum diluar ataupun dibelakang maka jarak diantara kedua-duanya tidak melebihi 3 ratus hasta dan tidak ada dinding yang menghalang kedua-duanya.

5.Makmum dibelakang imam.
Makmum hendaklah kebelakang sedikit daripada imam iaitu diukur mengikut tumitnya.

6.Makmum tidak menyalahi imam

Makmum jangan menyalahi imam terhadap sunat ,sekiranya tidak diikuti akan menyebabkan batal solat .Oleh itu ,wajib ia menurutnya sama ada meninggalkan atau memperbuatnya.Begitu juga sujud sahwi maka sunatlah makmum sujud sahwi selepas salam imamnya.

6.Imam tidak dipengaruhi oleh solat orang lain.
Ertinya ia melakukan solat tidak berimamkan kepada orang lain.

7.Persamaan solat antara imam dan makmum
Jika berlainan perbuatan solat antara kedua-duanya seperti solat zuhur dengan solat gerhana matahari maka tidak sah ,tetapi jika solat isyak hukumya harus dan dapat pahala berjemaah.

8.Imam mestilah lelaki
Sekiranya bersolat itu lelaki maka hendaklah imamya lelaki juga tidak sah menjadikan perempuan sebagai imam.

9.Imam mestilah mempunyai bacaan yang baik
10.Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal solatnya.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut