NIK AZIZ PERTAHAN DOA BALA

NIK AZIZ PERTAHAN DOA BALA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata, tindakan itu tidak salah kerana doa ditujukan sekiranya Najib mempunyai niat jahat apabila tidak memberikan royalti petroleum.

Berikutan tindakan itu beliau mendapat kritikan hebat termasuk daripada kalangan ulama di negara ini.

“Akhbar kata ulama bidas, saya nak tanya balik ulama benda apa? Ulama ni siapa dia? Di zaman Nabi Muhammad SAW, ulamalah yang menentang Nabi Muhammad. Iaitu ahli kitab. Ahli kitab ni iaitu Nasara dan Yahudi dipanggil ulama. Kedua-dua ini disebut ahli kita. Jadi kedua-duanya sama. Jadi yang lawan nabi ialah ulama.

“Maka sebab itulah Imam Ghazali tulis dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi. Bila kita jadi waris satu orang dan orang itu mati, kita terima pusaka. Pusaka itu apa yang ditinggalkan oleh si mati. Kalau si mati tinggalkan tanah kita terima tanah juga betul. Tetapi kalau kita terima lori sah dah lori haram.

“Begitu juga ulama. Ulama ini pusaka nabi Muhammad SAW. Bila Nabi Muhammad SAW wafat ulama ini terima ilmu Nabi Muhammad SAW. Bukan ilmu daripada Inggeris, bukan ilmu daripada sekular. Ilmu Nabi Muhammad SAW barulah ulama orang panggil,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, beliau hanya berdoa supaya membuka minda Perdana Menteri untuk memberikan royalti kepada Kelantan.

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan... kalau tidak beri sah ada mala fide.. niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat... salah apa saya,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mempertahankan doanya dan menyifatkan tindakannya itu tidak bersalah kerana beliau memiliki hujah sendiri.

“Saya tetap mempertahankan tindakan itu dan Nabi Muhammad SAW di antara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim. Pertama zalim ini kerana kita menganiayai diri sendiri. Iaitu kita syirik dengan Allah SWT.

“Saya tak salah sebab saya buat itu saya ada hujah. Bukan buat dengan emosi. Tidak...,” katanya.

Malah beliau sanggup untuk bersemuka dengan tokoh agama dan ulama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu dan dalam nada sinis memberikan kiasan ‘ulama jahat’ tanpa menjelaskan ditujukan kepada siapa.

Pada hari Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai supaya berdoa perbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksinya.

Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti minyak.

Beliau mengulanginya semula pada kuliah mingguannya yang diadakan pada 2 Oktober.

Nik Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad SAWturut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim.

AZAB BESARKAN 8 ANAK BERBALOI



AHMAD dan Atikah (kanan) ketika menerima Anugerah Keluarga Terbilang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, baru-baru i


KEMAMAN - Penerima Anugerah Keluarga Terbilang Peringkat Dewan Undangan Negeri Air Putih menyifatkan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan adalah penawar kemiskinan yang dilalui ketika membesarkan mereka.

Walaupun hanya memperoleh RM30 sehari hasil menoreh getah, pasangan Ahmad Abdul Rahman, 76, dan isterinya Atikah Muda, 65, mampu membesarkan lapan orang anak yang semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing.

"Bukanlah sesuatu yang senang untuk membentuk anak-anak yang ramai apatah lagi dengan gaji saya sebagai penoreh getah yang sekadar cukup makan.

"Hanya kejayaan mereka dalam setiap peperiksaan yang menjadi penawar dan penyebab utama untuk terus mencari rezeki tanpa mengira penat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Gajah di sini semalam.

Menurut Aziz, dia bekerja sebagai penoreh getah di kebun milik seorang Cina ketika itu dengan hasilnya dibahagi dua, manakala pada sebelah petang, dia akan mencari kayu untuk dihantar ke kedai sebagai duit tambahan.

Menurut Ahmad, kesempitan hidup paling dirasakan menjelang awal persekolahan dan dia terpaksa membeli pakaian seragam anak-anaknya secara bergilir akibat tidak mampu.

"Saya sentiasa ingatkan anak-anak tentang kesusahan keluarga dan mendidik mereka dengan tegas.

"Setiap waktu Maghrib, saya akan memastikan semua anak-anak berada di rumah dan pasti mereka akan dirotan jika melanggar peraturan itu," tambahnya.
TIP MEMILIH MAKANAN SECARA SELAMAT

TIP MEMILIH MAKANAN SECARA SELAMAT

Pilih Bahan Mentah Yang Segar.

1.Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Tidak layu,kecut,bertukar warna dan busuk.
- Sayur yang berlubang dimakan serangga menunjukan sayur itu kurang dicemari racun,lebih selamat dimakan.

2.Ikan
- Kulit yang bersih dan berwarna terang dan tidak diselaputi lendir yang tebal.
- Matanya tidak tenggelam dan masih cerah warnanya.
- Segar dan ingsannya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering).
- Tidak berbau busuk.
- Isinya masih kenyal apabila dipicit.

3.Udang
- Tidak rosak.kulitnya lut sinar tanpa tompok-tompok hitam.
- Isinya tidak lembik

4.Ayam
- Tidak busuk dan tidak bertukar warna.
- Lihat pada kegemukan didada dan kelicinan kulitnya.
- Lebih baik beli ayam baru disembelih dipasar.

5.Telur
- Kulit tidak retak
- Tiada banyak najis pada kulit telur.

Pilih Makanan Yang selamat

1.Makanan dalam tin
- Tidak kemek.
- Periksa tarikh luput
- Periksa label untuk mengetahui maklumat pemakanan.

2.Makanan yang dibungkus
- Tidak bocor atau berhabuk.
- Tidak menggunakan bahan bercetak.

PASANGAN KEKASIH DERA ANAK


KANGAR - Ketika umat Islam berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan sempena Aidiladha, lain pula ceritanya dengan sepasang kekasih yang ditahan polis kerana disyaki menyebabkan kematian bayi luar nikah mereka.

Pasangan dari Kampung Repoh di sini ditahan kelmarin setelah pakar bedah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati bayi perempuan berusia 10 bulan itu mati akibat kecederaan serius di usus, kesan lebam di badan dan kepala dipercayai akibat didera.

Difahamkan, bayi malang baru berusia 10 bulan itu adalah hasil hubungan terlanjur wanita berusia 23 tahun itu dengan kekasihnya yang dipercayai seorang penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin yang dihubungi mengesahkan penahanan pasangan kekasih itu.

Berikutan itu, pasangan itu ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan.

ROTAN KARTIKA BELUM SIAP


KARTIKA SARI DEWI,32 Wanita yang telah dihukum oleh Mahkamah Syariah Kuantan denda RM 5,00.00 dan 6 sebatan kerana kesalahan minum arak masih ternanti-nanti dengan hukuman rotan yang dijatuhkan kepadanya.Kartika yang reda dengan hukuman itu menganggap ia sebagai pengajaran untuknya.Sehingga hari ini orang ramai dan Kartika sendiri masih menunggu hukuman itu dilaksanakan iaitu hukuman penegak islam yang boleh menginsafi umat islam yang ingin mencuba minuman itu.

KES Kartika ini yang banyak mengundang Publisiti kepada dirinya itu menarik minat Media asing untuk turut melaporkan ke seluruh dunia kes ini.Pertubuhan NGO ada juga yang membantah hukuman ini atas dasar perikemanusian.

BILAKAH PERLAKSANAAN HUKUMAN INI DILAKSANAKAN KITA TUNGGU DAN LIHAT.....

BAYI BUAH KEDONDONG



CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.

Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.

Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.

Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.

"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.

"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.

Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.

Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.

Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.

DAPAT SLIP 5A DEPAN JENAZAH IBU...



SITI AMYNUR AIN PUTRI (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan guru agama SK Taman Dusun Nyior, Zakri Abdul Azizi (kiri) di pusara ibunya di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.


SEREMBAN - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy (gambar kecil) terpaksa menempuh kesedihan semasa menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibu.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dusun Nyior di sini semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu anggota keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.


Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan anggota keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hada- pan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," katanya dalam linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Serem- ban dengan pendapatan RM500 sebulan. - Bernama

IBU BERBALOI DUKUNG ANAK SETIAP HARI KE SEKOLAH


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas.
IBU BERBALOI DUKUNG ANAK SETIAP HARI

IBU BERBALOI DUKUNG ANAK SETIAP HARI

SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.

BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas
AUDIT BERTEGURAN (AKAUN SEKOLAH)

AUDIT BERTEGURAN (AKAUN SEKOLAH)

KES-KES YANG MENYEBABKAN AUDIT BERTEGURAN BAGI AKAUN KERAJAAN,SUWA DAN ASRAMA
1.Perbelanjaan tanpa dokumen sokongan.
* Bil / Invois / Surat tuntutan
* Pesanan Kerajaan (L/O)
* Baucar Bayaran

2.Akaun Belum Terima (ABT)
* Kegalan pemungut memungut wang/Yuran
Kuasa Pemungut ialah Guru Besar / Pengetua tapi boleh diberi kuasa kepada
kakitangan lain dengan adanya surat kuasa.
* Gagal memungut RM 1,000.00 bagi Sekolah Menengah dan RM 500.00 bagi SK.rendah.
* Yuran Khas atau Asrama
* Akibat daripada perbelanjaan tanpa dokumen(tiadanya L/O,Baucar dan Invois).
* Caj Bank (Keluar cek tendang).Caj bank mestilah dibayar oleh Pengurus Akaun
(Guru besar/Pengetua)menggunakan wang sendiri.
* tersalah bayar / bayaran berulang kepada pembekal iaitu membayar kepada Invois
yang berlainan akan tetapi barangan yang sama dan jumlah amaun yang sama.

3.Akaun Belum Bayar (ABB)
* Bil-bil yang belum dijelaskan.
* Penerimaan untuk pihak yang ke tiga.
* Pembatalan Cek: Cek yang dibatalkan Amaunya mestilah dimasukan balik ke dalam
akaun(Buku Tunai).
* Buat bayaran balik kepada penerima dan buat baucar baru dan kepilkan resit.

4.Cek tunai
* Cek Tunai hanya untuk Panjar Wang Runcit sahaja.kecuali untuk kakitangan.
Potong bahagian "Pembawa" pada cek.

5.Bil Tidak Di Isytiharkan.
* Bil tahun sebelumnya mestilah diisytiharkan jika tidak sempat membuat pembayaran.
Bil tahun sebelum dibayar pada tahun semasa tanpa isytihar didalam penyata
Tahunan Sekolah.

6.Dokumen Bayaran Meragukan.
* Buat Pembelian dengan pembekal yang sama.

7.Kes berulang (3 Tahun berturut-turut)
* Teguran Audit terhadap perkara yang sama dan tiada inisiatif untuk mengatasi
teguran daripada pihak Audit.
ORANG BERDOSA DOANYA DITOLAK ALLAH

ORANG BERDOSA DOANYA DITOLAK ALLAH

SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.


Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:



Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.


Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.


Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.


Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.


Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.
HADIAH HARI JADI AYU (NORZI AYU)

HADIAH HARI JADI AYU (NORZI AYU)

KLANG - "Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Ayu (Norzi Ayu) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi buat arwah kerana hari ini (semalam) adalah ulang tahun kelahirannya."

Demikian kata Md. Noor Dahari, 58, bapa Allahyarham Norzi Ayu yang dibunuh kekasih sendiri ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini semalam.

Menurut Md. Noor, secara kebetulan keputusan yang dijatuhkan terhadap Irawadi Mohamad, 29, diketahui sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Norzi Ayu yang genap 33 tahun semalam.

"Mungkin itu hadiah paling bermakna buat arwah anak saya kerana pembunuhnya telah menerima hukuman yang setimpal," katanya, seorang pesara eksekutif di Northport, Pelabuhan Klang.

Md. Noor memberitahu, biarpun luka menerima kenyataan bahawa anak kesayangannya menemui ajal akibat dibunuh seorang pemuda yang dikenalinya, dia reda dengan pemergian Norzi Ayu.

SOUP JANIN MANUSIA



GAMBAR MUNUNJUKKAN SESEORANG DENGAN SEMANGATNYA MENYIANG JANIN UNTUK DIBUAT SUP.SUP JANIN ADALAH AMAT POPULAR DI SANA.

KEADAAN SEKOLAH TEMPAT ORANG


BEGITULAH keadaan sekolah - sekolah di Afganistan keadaannya yang amat daif.Keadaan dinding kelasnya dengan penuh kesan lubang peluru.



MANAKALA di Wilayah Guichoi,China Sekolahnya hanya diukir didalam gua yang dijadikan sebagai kelas.Walaupun begitu anak-anak desa ini amat bersemangat untuk belajar walau jarak sekolah dengan penempatan mereka mengambil masa 6 jam berjalan kaki.Jumlah anak yang bersekolah disana ialah 186 orang.Sekolah ini bernama MIDDLE CAVE SCHOOL

LELAKI BERKUASA MAGNET


SEORANG lelaki di Romania mempunyai kekuatan tarikan kuasa magnet yang luar biasa sehingga apa saja benda akan melekat pada badannya.Barangan daripada logam,kayu,buah-buahan bahkan seberat televisyen pun akan melekat padanya.

Sejak kecil leki yang dikenali sebagai Airel ini mempunyai tarikan magnetik yang luar biasa.Keajaiban dirinya disedari ketika 6 tahun lalu iaitu ketika beliau bercermin rantai yang dipakai terputus secara tidak sengaja tetapi rantai itu tidak jatuh tapi tetap tergantung pada lehernya.

Menurut Airel,Selain logam,ia juga dapat menarik banyak benda lain ke dada,leher dan dahi ada ketika tidak berani menggunakan telefon bimbit kerana takut melekat pada telinganya.Seorang doktor buntu memikirkan permasalahan ini kerana jarang berlaku ke atas manusia.

DAH BUKAN JODOH ....


FASHA SANDHA


SEBELUM ini semua para peminat Fasha Sandha tidak sabar untuk menunggu pengumuman yang bakal dibuat oleh pelakon terbabit tentang tarikh perkahwinannya serta bakal suaminya Namun semua itu tinggal sejarah apabila jejaka pilihan membuat pengumuman terlebih dahulu -tidak jadi melamar Fasha.Ramai yang beranggapan bahawa etlit ekuin Kebangsaan Qabil Ambak tidak jadi melamar kerana tersebarnya gambar Fasha Sandha bersama Rizal Ashram di trek litar lumba kereta,tetapi dinafikan Fasha Sandha.
"ada sebab lain,bukan itu penyebabnya"ujarnya."Jangan perbesarkan isu itu".tambahnya.
Fasha Sandha mengatakan tiada sesiapa yang bersalah dalam hal ini hanya mereka berdua saja yang tahu."Mungkin tiada jodoh,Semua yang berlaku ketentuan tuhan.Jangan perbesarkan lagi isu itu selepas ini".Katanya."Selepas ni saya nak tumpu pada kerjaya tapi masa depan takdir ada jodoh mungkin...." tegas Fasha Sandha.
KES BUNUH NORZI AYU:IRAWADI DIJATUHI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

KES BUNUH NORZI AYU:IRAWADI DIJATUHI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

SHAH ALAM: Seorang graduan ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohamad, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md Noor, lima tahun lalu. Irawadi merupakan bekas penuntut Fakulti ekonomi di UKM manakala Allahyarham Norzi Ayu adalah Pegawai Penyelidik Perubatan Institut Penyelidikan Malaysia.Kejadia pembunuhan itu berlaku di Apartmen Seri Tanjung Bandar Baru Bangi.
TONGGAK 12

TONGGAK 12

1.Menghargai Masa

2.Ketekunan Membawa Kejayaan

3.Keseronokan Bekerja

4.Kemuliaan Kesederhanaan

5.Ketinggian Peribadi

6.Kekuatan Sifat Baik Hati

7.Pengaruh Teladan

8.Kewajipan Menjalankan Tugas

9.Kebijaksanaan Menjalankan Tugas

10.Kebijaksanaan Berhemat

11.Keutamaan Kesabaran

12.Nikmat Mencipta

KAMBING ANEH SUKA MAKAN ANAK AYAM


Kambing milik seorang penduduk di Sukabumi ,Indonesia ,kelihatan serupa dengan kambing -kambing lain .Namun begitu berbeza dengan kambing lain yang menyukai rumput dan daun-daun .Kambing milik Kang Asep dikatakan suka memakan anak ayam.Kambing ini mula memasuki Reban ayam jirannya kerana kami ini lebih menyukai anak ayam sebagai makanannya oleh itu banyak anak ayam yang menjadi mangsanya.Aminah jiran Kang Asep menjelaskan "Pernah satu ketika sewaktu saya keluar rumah ada tujuh ekor anak ayam tetapi bila pulang hanya tinggal tigs yang lain dimakan kambing tersebut.saya tahu kerana pernah melihatnya(kambing) memakan seekor anak ayam ketika pulang ke rumah ".

Meskin pun perlu mengeluarkan belanja untuk menggantikan ayam jirannya Kang Asep sungguh gembira setidak-tidaknya kambing itu menjadi tumpuan seluruh penduduk sekitarnya
PETUA LAMA: LEGAKAN SENGAL

PETUA LAMA: LEGAKAN SENGAL

MENGALAMI sengal tulang dan berasa ngilu memang sesuatu yang tidak menyenangkan bagi seseorang manusia.Oleh itu petua lama ada cara untuk menghilangkan dan melegakan rasa sengal yang dialami.

Caranya cukup senang,ambil satu jengkal halia dan cuci hingga bersih parutkannya dan lekatkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu itu ,kemudian balutkannya.Sebaiknya lakukan pada waktu malam esoknya buka balutan dan bersih dengan air suam Insyaallah rasa ngilu akan hilang.Cubalah.
AWAN BERBENTUK UFO DI RUSSIA

AWAN BERBENTUK UFO DI RUSSIA



Awan ganjil berbentuk cincin yang terbentuk di ruang angkasa moscow menyerupai pesawat U.F.O.Awan yang berwarna emas pucat itu muncul di wilayah barat ibu kota Russia pada bulan lalu."Jika melihat lebih dekat ,anda akan dapat lihat sinar matahari yang menembusi awan itu".Fenomena ini tiada kena mengena dengan pencemaran industri,kata Jurucakap Jabatan Ramalan Cuaca wilayah tersebut.

IBU BAYI KEMBAR LAPAN MAHU RAMAI LAGI ANAK


NADYA SULEMAN (tengah) bersama bayi kembar lapan yang diletakkan di sebuah meja khas di Los Angeles baru-baru ini.

LOS ANGELES - Ibu bayi kembar lapan di Amerika Syarikat (AS), Nadya Suleman ketagih untuk memiliki lebih ramai anak walaupun terpaksa mengupah beberapa pengasuh bagi menjaga lapan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

"Sesetengah orang ketagihan dadah. Saya pula ketagih memiliki anak," kata wanita berusia 34 tahun itu yang mengimpikan sebuah keluarga besar setelah menjadi anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Ed dan Angela Suleman.

Setiap kali tiba waktu makan, suasana kediamannya di sini bingit dengan tangisan bayi manakala empat orang pengasuh bergegas membantu memberi susu kepada kelapan-lapan bayinya kerana Nadya tidak mampu melakukan tugas tersebut berseorangan.

"Setakat ini mereka sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan," katanya.

Nadya mencuri perhatian masyarakat dan media AS apabila menjadi ibu bayi kembar lapan kedua di dunia pada Januari lalu selepas 11 tahun kelahiran kembar lapan Chukwu di Houston, Texas.

Namun, perasaan kagum orang ramai bertukar benci apabila media mendedahkan bahawa Nadya menganggur serta memiliki enam orang anak berusia bawah 8 tahun namun dia secara sengaja melahirkan kembar lapan itu menerusi rawatan persemanian luar rahim (IVF).

Wanita itu yang masih bujang, menyara 14 orang anaknya menerusi bantuan kebajikan kerajaan California yang berjumlah AS$4,153 (RM14,133) sebulan selain tajaan pihak swasta. - Agensi

RUMAH TERSADAI DITEPI JALAN



RUMAH Ibrahim yang dihanyutkan air sejauh 200 meter dan tersadai di tepi jalan di Kampung La, Besut semalam.

BESUT - Dua buah keluarga di Kampung La, Hulu Besut terkejut besar apabila mendapati rumah mereka tinggal tapak selepas ia dipercayai dihanyutkan arus deras ekoran banjir kelmarin.

Bagaimanapun, kesemua 15 mangsa daripada dua keluarga itu bernasib baik kerana mereka sudah berpindah lebih awal memandangkan air mulai naik sejak pukul 8 pagi kelmarin.

Seorang mangsa, Ibrahim Daud, 37, menyedari rumahnya sudah berganjak sejauh 200 meter ketika pulang untuk mengambil barang kira-kira pukul 4 petang hari yang sama.

"Sebelum itu saya bersama isteri dan enam orang anak kami sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir di masjid Kampung La sebelum saya pulang ke rumah pada petangnya,'' kata Ibrahim ketika ditemui dekat sini semalam.

BENCANA BANJIR DIDAERAH BESUT 2009


BESUT ,Hujan lebat yang melanda daerah Besut selama tiga hari telah mengakibatkan banjir dibeberapa kawasan didaerah Besut,Terengganu.Antara kampung yang dilanda banjir tersebut ialah Kampung Pasir Akar,Kampung Darau dan beberapa Kampung didaerah

Hulu Besut.Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Pasir Akar yang menempatkan pelajar-
pelajar cemerlang di sekitar kawasan ini turut ditenggelami air sedalam 1 meter.Menurut Pengawal Keselamatan Asrama tersebut,Air mula naik secara mendadak sekitar jam 8.00 pagi.Peralatan asrama seperti tilam dan peralatan pejabat sempat
dipindahkan ke tempat selamat.





Asrama Desa SK.Pasir Akar

SEJARAH RASUL ULUL-AZMI


SEJARAH RASUL ULUL AZMI

Dibawah dipaparkan secara ringkas antara amalan ,dugaan dan peristiwa yang dihadapi
Oleh rasul –rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul ‘Azmi.

1.NABI MUHAMMAD SAW


• Bapanya ,Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan.Ibunya Siti Aminah pula meninggal dunia ketika masih kecil.Kemudian bapa saudara Baginda ,Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.ha . pula meninggal dunia pada peringkat awal kenabiannya .Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha dakhwah Rasullah SAW.
• Kematian anak-anak baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi.Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan islam ialah Siti Fatimah al-Zahra.
• Penentangan kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal ,abu Lahab ,Abu Sufyan dan ketua Munafik ,Abdullah bin Ubay bin Salul.
• Cedera dalam peperangan Uhud dimana umat islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.
• Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah,Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ di Madinah.
• Baginda taat beribadah ,hormati orang tua ,menyayangi kanak-kanak,banyak berpuasa ,berjaga malam,tangkas dimedan perang,Pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

2.NABI IBRAHIM A.S


• Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda bawa khususnya daripada
Bapa baginda sendiri.
• Dihukum bunuh dengan dilemparkan kedalam api yang marak oleh Raja Namrud.
Dengan izin Allah SWT api menjadi sejuk dan baginda terselamat.
• Baginda taat beribadat kepada Allah SWT.
• Baginda memperolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah.(siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki,Nabi Ishak).
• Kisah Penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s yang dijalankan semata-mata kerana takwa terhadap Allah SWT.

3.NABI MUSA A.S


* Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Firaun yang zalim.baginda tetap
Tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah.Penentangan Raja Firaun dan kaumnya terhadadap baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh baginda.
* Raja Firaun memanggil tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s tetapi
Tongkat yang di anugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular-ular
Tukang sihir tersebut.
* Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi laut
Merah yang terbelah (dengan pertolongan Allah) sedangkan Firaun dan bala
Tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.
* Asiah,isteri Raja Firaun (Ibu angkat Nabu Musa a.s) menerima dakwah yang
Yang baginda bawa.
• Baginda kuat beribadah,kurang tidur dan banyak berzikir.

4. NABI ISA AS

• Baginda tabah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa)
Oleh ibu Baginda,Siti Maryam.Ini adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.
• Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.
• Baginda kuat beribadah,kurang tidur dan banyak berpuasa.

5. NABI NUH A.S

• Dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.
• Umur baginda melebihi 900 tahun kebanyakan digunakan untuk mengajar
Umat baginda mengesakan Allah.
• Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar
Melanda kaumnya,baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda
Supaya bertaubat .Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dalam banjir
Manakala baginda bersama pengikut setia dan binatang-binatang terselamat
Belayar didalam bahtera.
• Baginda kuat beribadah ,tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan
Menyayangi semua makhluk Allah.

HILANG PENDENGARAN KERANA BAKTERIA



Pusat jagaan harian kanak-kanak menjadi faktor utama kepada jangkitan dalam telinga (OME).


KEADAAN telinga penghidap OME yang kronik hingga boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang (kanan sekali).


DEMAM yang tidak berpenghujung, kerap menangis dan tidak dapat tidur menjadikan ibu bapa Aqil gelisah.

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan anak mereka yang berusia dua tahun itu semakin merudum sejak dihantar ke pusat jagaan harian kanak-kanak berhampiran pangsapuri mereka.

Setelah berlarutan selama hampir dua minggu dan keadaan tidak bertambah baik, Aqil dibawa berjumpa dengan pakar dan diagnosis dengan segera.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan dalam telinga yang disebabkan oleh bakteria.

Jelas Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim, gejala jangkitan ini dikenali sebagai Otitis Media atau jangkitan dalam telinga (OME).

“Bukan perkara luar biasa apabila seorang kanak-kanak berusia di antara dua hingga enam tahun mendapat penyakit ini. Namun, yang membimbangkan ialah ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka menghidap penyakit ini,” katanya serius.

Bukan sekadar itu, pilihan yang terhad sehingga memaksa kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa.

Tegas Aminuddin lagi, kepadatan bayi dan kanak-kanak serta tahap kebersihan yang tidak dapat dipastikan di pusat jagaan itu menjadi faktor utama dalam penyebaran penyakit ini di kalangan kanak-kanak.

Menjelaskan lebih lanjut, Aminuddin berkata, OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.

Malah OME langsung tiada kaitan dengan telinga luar, tahi telinga atau aktiviti berenang.




OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga. Sambungnya lagi, kanak-kanak mudah mendapat OME selepas demam selesema. Seringkali ia terjadi seminggu selepas demam tersebut.

Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang.

Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan.

“Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga,” kata Aminuddin.

Hilang pendengaran

Menyentuh mengenai kesan penyakit ini, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang tidak dirawat dengan segera bakal mengalami masalah pendengaran.

Bukan itu sahaja, kehidupan sosial kanak-kanak OME juga akan terjejas termasuk tahap pembelajaran mereka.

“Kanak-kanak OME cenderung untuk menjadi lebih agresif. Pertuturan mereka juga terjejas dan tahap kesihatan yang sering saja terganggu,” ujar Aminuddin yang membuat kajian penyakit ini beberapa tahun lalu melibatkan seramai 1,097 kanak-kanak prasekolah.

Malahan kanak-kanak OME cenderung mendapat radang otak, jangkitan pada tulang telinga serta mengakibatkan pekak berkekalan.

Bagi merawat OME, lazimnya pemberian antibiotik menjadi pilihan pakar kecuali jangkitan tersebut mencapai tahap kronik.

“Jika keadaan telinga menjadi kronik, pakar akan melakukan pembedahan kecil bagi memasukkan sejenis tiub bagi mengeluarkan cecair yang tersumbat di kawasan dalam telinga tersebut,” ujar Aminuddin.

Tambahnya, tiub tersebut bersifat sementara dan bertujuan menstabilkan tekanan dalam telinga. Selepas tiga hingga empat bulan, tiub itu akan terkeluar dengan sendirinya.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Otorhinolaryngol Pediatric mendedahkan sebanyak 13.8 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.



KANAK-KANAK yang dihantar ke pusat jagaan harian lebih mudah dijangkiti.

Justeru, Aminuddin menggesa ibu bapa agar lebih prihatin dalam penjagaan anak-anak mereka terutama yang berumur enam tahun ke bawah.

“Paling utama, pilih pusat jagaan kanak-kanak yang mengutamakan kebersihan, tidak terlalu ramai serta peka terhadap perubahan kesihatan anak.

“Ini penting kerana OME menyerang secara senyap. Tiada simptom khusus kecuali anak mula meragam dan demam berterusan,” kata Aminuddin.

AHMAD DHANI MAHU POLIGAMI


Kontroversi perceraiannya dengan isteri, Maia, anggota kumpulan Ratu, dan dikaitkan dengan skandal kawan baik Maia yang sama-sama menganggotai Ratu, Mulan Jameela, membuatkan orang menyangka minatnya terhadap lagu dari filem Madu Tiga itu bertitik tolak daripada dirinya yang dikatakan berkahwin dengan Mulan.

Bagaimanapun, bapa tiga anak ini lebih suka mengunci mulutnya untuk menjelaskan persoalan itu.

Katanya, apa yang penting dia tertarik dengan lagu berkenaan sewaktu pertama kali mendengarnya di satu butik di Plaza Sungei Wang, dua tahun lalu.

Lagu itu menjadi single pertama album barunya, Muhammad Dhani dan The Swinger.

Album memuatkan 10 lagu itu mengangkat martabat lagu runut nyanyian Allahyarham dalam filem Madu Tiga dan diberi nafas baru rentak swing, diiringi muzik alunan trumpet, saksofon dan trombone pemuzik profesional Australia.

Ternyata walaupun sudah lebih 30 tahun P Ramlee meninggalkan persada perfileman atau seni suara tanah air, lagu sentuhan karya seniman agung itu terus mendapat sambutan.

Ia menjadi lagu tema daripada Extended Play (EP) runut bunyi filem Madu Tiga yang diterbitkan pada 1963, lakonan P Ramlee, Zaharah Agus, Ahmad Nisfu, Sarimah dan Jah Mahadi.

Kata Ahmad Dhani, dia pilih lagu Madu Tiga kerana mempunyai lirik paling jujur.

Kebetulan dia suka rentak muzik swing sejak dulu dan sudah lama mengimpikan mahu menerbitkan album dengan irama swing.

"Dengan lirik berunsur jenaka, lagu itu nyata memang sesuai dengan suara saya. Memandangkan ia kurang diketahui peminat, saya mahu perkenalkan swing kepada masyarakat Indonesia.

BUDAK 11 TAHUN DAH JADI IBU


SLIVEN (Bulgaria): Sambil memegang bayinya di depan kamera, pengantin perempuan, Kordeza Zhelyazkov, 11, berkata: “Saya tidak akan bermain anak patung lagi. Saya sudah ada mainan baru.”

Kanak-kanak itu yang belum cukup usia untuk memulakan sekolah menengah menjadi ibu selepas bersalin ketika majlis perkahwinannya dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19, berlangsung.

Kordeza masih berpakaian pengantin ketika tiba di hospital dan melahirkan anak, Soz Violeta yang seberat 2.67 kilogram.

Selepas menghabiskan malam bersama bayinya, Kordeza menyarung semula pakaian pengantinnya untuk meneruskan majlis itu

Bagi keluarga Zhelyazkova, mereka begitu gembira dengan perkembangan Kordeza, kanak-kanak paling muda pernah melahirkan anak di bandar Sliven.

Menjadi ibu di kalangan gadis berusia 13 tahun adalah perkara biasa di bandar berkenaan.

Selepas meninggalkan hospital minggu lalu, Kordeza yang hamil dua minggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang kesebelas memberitahu akhbar News of The World: “Agak ganjil untuk menjadi ibu dan mempunyai anak.”

“Sebelum ini saya masih bermain dengan anak patung tetapi kini, anak ini adalah mainan baru saya. Dia begitu cantik. Saya sayangkan dia. Saya perlu berubah menjadi dewasa selepas ini. Saya tidak akan ke sekolah lagi. Saya sudah menjadi ibu.”

Kordeza berkenalan dengan Dimitrov di taman pernainan sebuah sekolah masyarakat gipsi Roma di Sliven apabila dia menyelamatkannya daripada sekumpulan pembuli.

Remaja belasan tahun itu yang berdepan dengan hukuman penjara enam tahun kerana mengadakan seks dengan kanak-kanak berkata: “Saya melintasi sekolah itu apabila melihat beberapa budak lelaki mengganggu Kordeza. Saya menyuruh mereka menghentikan perbuatan itu.

“Dia kemudian mengajak saya keluar. Saya menyangka dia berusia 15 tahun. Dia tidak memberitahu saya umurnya sebenar.”

Sambil ketawa, Kordeza berkata: “Saya tidak mahu memberitahunya kerana bimbang dia tidak mahu keluar dengan saya.”

Mereka keluar bersama buat kali pertama di taman berhampiran dan kemudian bertemu di rumah ibu Dimitrov di kawasan setinggan gipsi, tempat kedua-dua mereka membesar.

Kordeza hamil seminggu selepas mereka berkenalan.

“Saya tidak pernah menghadiri kelas pendidikan seks dan saya tidak tahu saya akan hamil.

“Saya tidak pernah mendengar mengenai kondom. Saya tidak tahu yang saya hamil sehinggalah nenek saya melihat badan saya bertambah besar. Saya menyangka saya terlalu banyak makan burger.”

Ketika itu, dia sudah lima bulan hamil dan tinggal bersama neneknya, Dida, 55, kerana ibu bapanya bekerja di ladang anggur di Sepanyol. - Agensi
JAIS TUDUH DR ASRI SEBAR FAHAMAN WAHABI

JAIS TUDUH DR ASRI SEBAR FAHAMAN WAHABI

Jais tahan Asri cetus kekecohan

HULU KELANG - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan cuba menyebarkan fahaman Wahabi ketika menyampaikan ceramah agama di rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini, malam tadi.

Menurut sumber, pegawai Jais terlebih dulu menyamar dan menyelinap masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat kira-kira jam 9 malam.

Sekitar jam 12 tengah malam, pihak Jais dengan bantuan sepasukan polis bertindak menahan Asri.

Sejurus penahanan itu berlaku sedikit kekecohan apabila orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan mempertikaikan tindakan Jais yang tidak mengemukakan waran dan mengganggu ceramah agama berkenaan.

Sinar Harian difahamkan ceramah agama itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Asri dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, dipercayai untuk diambil keterangan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, Asri masih ditahan di balai polis berkenaan.

GAMBAR DIHARI PERSANDINGAN PASANGAN PALING PANAS ,AKHIL HAYY DENGAN WAHIDA



BERJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT

BERJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT

SUDAH menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang berkerjaya terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengah hari untuk makan serta menunaikan solat fardu Jumaat.

Namun, ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.


Sebelum ini, saya pernah mengulas berkaitan hal itu melalui rancangan ‘Tanyalah Ustaz TV9’ dan juga wawancara bersama sebuah akhbar arus perdana.

Namun, melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya, satu penulisan yang khusus berkaitan hal berkenaan adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan.

Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga terbabit berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru, setiap urus niaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus.

Ia tidak termasuk di dalam perbincangan ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada lelaki, sama ada peniaga, pembeli atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh selain tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9: “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,”.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun sudah ijma’ di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua. (Bidayatul Mujtahid, 4/169: Tafsir Ibn Kathir, 4/368).

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq RA dan Umar RA hanyalah sekali saja iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah.

Di zaman pemerintahan khalifah Uthman RA, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Hasil daripada kewujudan lebih daripada satu azan selepas zaman Uthman RA, ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya.

Mazhab Maliki dan Hambali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat al-Quran, semasa hayat baginda Nabi Muhammad SAW (Rujuk Al-Iqna', Al-Khatib, 1/151: Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39).

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan: “Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi Muhammad SAW (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24).

Namun begitu, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka berpendapat pengharaman bermula sejak daripada azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari berkenaan (Syarh Fath Al-Qadir, 2/69).

Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut: “Ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua (Tafsir Ibn Kathir, 4/367).



BERDOSA SAJA ATAU AKAD JUGA BATAL?



Walaupun berjual beli di waktu itu adalah haram yang bererti berdosa atas penjual dan pembeli namun adakah akad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan itu dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain.

Jika akad tidak sah, bererti pemilikan harga yang diperoleh oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli terhadap barangan beliannya.

Jika itu berlaku, bererti kedua-dua pihak menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh subahat dan bermasalah.

Dalam hal ini, ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya akad. Ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

1- Akad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

2- Akad batal dan berdosa. Ia adalah pendapat mazhab Hambali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli sudah semuanya dipenuhi kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan saja. Atas kesalahan itu, dosa saja ditanggung tanpa pembatalan akad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan di mana saja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan supaya dapat dinasihatkan kepada peniaga dan semua Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan terbabit. Kita bimbang, akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

1- Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

2- Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

3- Mengetahui berkenaan hukum haram itu dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap supaya khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar dan bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua.

Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid bagi menyedarkan mereka yang kurang faham dengannya.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut