PELAJAR DILIBAS PARANG LELAKI TIDAK SIUMAN


CHUKAI - Seorang pelajar Tingkatan Dua, Syed Mohd Afif Aizad Syed Mohd Shaharzi, 14, mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang leher dan badan setelah dipercayai dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian yang berlaku di Lot 144, Chukai awal tengah hari kelmarin.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Dua, Chukai dikatakan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Lot 144 menuju ke sekolahnya yang terletak hanya 500 meter dari rumahnya.

Menurut ayahnya, Syed Mohd Shaharzi Syed Alwi, 39, dia dimaklumkan melalui isterinya yang anaknya keluar dari rumah jam 11 pagi untuk ke sekolahnya seperti biasa pada hari kejadian.

“Namun anak saya singgah dahulu di rumah kawannya di kawasan perumahan yang sama, ketika dalam perjalanan, dia diserang oleh seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai kurang waras dengan menggunakan sebilah parang, dia mengelak lalu libasan parang mengenai bahagian belakang tengkuknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, akibat libasan itu, anaknya mengalami pendarahan yang banyak lalu melarikan diri daripada amukan lelaki tersebut.
ECPI ANGGUN

ECPI ANGGUN

ECPI ANGGUN diformulasikan dengan menggunakan teknologi spacetime (gabungan teknologi jisim dan inovasi teknologi tenaga gelombang) yang menggabungkan keseluruhan elemen dandanan dan perawatan kecantikan dalam satu produk sahaja.ECPI ANGGUN menggabungkan 85 jenis bahan yang terdiri daripada herba terpilih,sari buah-buahan, multivitamin serta dipertenagakan dengan ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang diperakui kehebatannya bagi didalam penjagaan dan perawatan kecantikan .Inovasi teknologi ini menjadikan ECPI ANGGUN sebagai produk pelbagai guna yang memenuhi keperluan kehidupan masa kini.

FUNGSI ECPI ANGGUN


Dandanan Kecantikan
ECPI Anggun produk lengkap yang menjadikan proses dandanan sangat muda.Sesuai untuk kehidupan masakini.

Pembersih muka

Bertindak memerangkap serta menyerap kotoran serta minyak pada kulit muka dengan cara yang amat berkesan.Menjadikan kulit kelihatan bersih dan segar.

SKRUB

Bertindak sebagai skrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghalus dan melicinkan kulit.

Pelembab
Kombinasi bahan semulajadi dengan tenaga gelombang bertindak merangsang fungsi kulit bagi mengawal kelembapan kulit secara semulajadi.

Penyegar

ECPI Anggun bertindak mengembalikan serta mengekalkan keremajaan kulit anda,Membina Keanjalan kulit agar sentiasa segar dan sehat sepanjang masa.

Bedak Asas

Bahan-bahan yang digunakan juga dirumuskan bagi menghasilkan bedak asas secara semulajadi .Gosok perlahan-lahan secara berterusan dan ia akan menimbulkan kesan yang meratakan warna kulit muka anda secara natural.

Perawatan Masalah Kulit
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua permasalah berkaitan kulit :

1.Membantu mengatasi masalah jangkitan virus
2.Membantu mengatasi masalah jangkitan bahteria
3.Membantu mengatasi masalah jangkitan Fungus
4.Membantu menangani masalah Alergi
5.Membantu mengatasi masalah gigitan serangga
6.Membantu mengatasi masalah resdung
7.Membantu mengatasi masalah gatal-gatal kulit
8.membantu mengatasi masalah panau
9.Membantu mengatasi masalah kurap
10.Membantu mengatasi masalah jerawat
11.Membantu mengatasi masah jeragat
12.Berperanan sebagai agen anti ageing
13.Mengurangkan garis-garis kedutan
14.Melembutkan dan melicinkan kulit
15.Meningkatkan keanjalan kulit
16.Melindungi kulit dari pancaran matahari
17.Menegangkan kulit
18.Mencerahkan kulit
19.Menanggalkan kulit mati
20.Menghilangkan Kesan parut
21.Melancarkan perjalanan darah
22.Merangsang fungsi kulit
23.Mengembalikan keseimbangan Fungsi kulit
ECPI GTH

ECPI GTH

Perkembangan industri PEMAKANAN KESIHATAN diseluruh dunia memperlihatkan pelbagai produk telah diperkenalkan dengan pendekatan serta kebaikannya yang tersendiri .Perkembangan ini memperlihatkan perubahan corak penggunaan mengikut "trend " atau revolusi yang diperkenalkan.KINI ANDA TIDAK PERLU MERASA KELIRU UNTUK MENGENALPASTI MANAKAH YANG TERBAIK!!!!! Kerana GTH telah berjaya menggabungkan keseluruhan kebaikan revolusi pemakanan yang telah diwujudkan didalam SATU PRODUK SAHAJA.

GTH juga telah diperkaya dengan ribuan tenaga yang diakui kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan melalui penggunaan teknologi hf.Gabungan inovasi teknologi ini menjadikan GTH sebagai MAKANAN LENGKAP LAGI SEMPURNA bagi memenuhi keperluan tubuh badan secara HOLISTIK.Kajian saintifik berkaitan keberkesanan telah dibentang di 45th World Congress For Altenative Medicine di Sri Lanka pada bulan November 2007

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG KUALA DIPANG RUNTUH ,JURUTERA MESTI DISIASAT.


LAKARAN ASAL REKA BENTUK JAMBATAN PERLU DISIASAT,MUNGKIN ADA YANG TAK KENA....

KAMPAR – Jurutera dan lakaran asal reka bentuk jambatan gantung perlu disiasat dengan mengambil kira struktur binaan di kawasan asal sama ada mengikut spesifikasi atau tidak.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tragedi ini ini tidak sepatutnya berlaku jutera yang terlibat mengikut peraturan kejuruteraan yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi ‘standard engineering design’.

“Jurutera perlu ikut spesifikasi asal. Sekiranya tidak, beginilah jadinya (jambatan runtuh). Kita perlu sahkan bahawa jurutera terbabit mengikut prosedur spesifikasi asal,” katanya kepada pemberita di kawasan kejadian semalam.

Beliau berkata, melihat kepada struktur jambatan yang runtuh sejauh kira-kira 25 kaki, tidak mustahil ada sesuatu yang tidak kena tentang reka bentuk jambatan itu.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan mengadakan siasatan terbuka bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang runtuh mengakibatkan kematian seorang pelajar.

Menurutnya, kejadian ini begitu mengecewakan kerana ia di bawah jagaan sekolah dan merupakan kawasan yang paling selamat bagi pelajar.

“Ia sekali gus menimbulkan pandangan negatif masyarakat khususnya ibu bapa kerana faktor kecuaian menjadi punca utama berlakunya tragedi ini,” katanya.

Menurutnya, beliau melahirkan perasaan sedih terhadap tragedi yang menimpa pelajar dan keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya kerana perkara melibatkan kecuaian tidak boleh dimaafkan.

“Saya telah memberi cadangan kepada menteri terbabit untuk mengadakan satu siasatan terbuka ketika menemui beliau hari ini (semalam). Beliau memberitahu sedang menunggu laporan daripada pengarahnya mengenai perkara tersebut,” katanya

ISTILAH KORBAN


KORBAN

ISTILAH KORBAN:

Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada hari raya aidilAdha dan hari Tasyrik,iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Dalil yang menerangkan tentang ibadat ini ialah sebagaimana (Surah Al-Kausar.2) yang bermaksud “Maka dirikanlah solat kerana tuhan mu dan berkorbanlah”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk,Baginda menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah ,bertakbir sambil meletakkan kakinya diatas tengkuk kibas tersebut”.

HUKUM KORBAN


Sunat Muakkad:sangat dituntut keatas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukum wajib jika bernazar.

Syarat-Syarat : 1. Islam 2.Sempurna akal 3.Baligh

Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

BINATANG YANG DISYARIATKAN UNTUK KORBAN

Binatang yang hendak dikorban mestilah tidak cacat,tidak sakit,berkurap dan kurus .

JENIS BINATANG YANG SAH DIKORBANKAN:


1.Kambing biri-biri yang berusia 1 tahun dan ke atas.
2.Kambing biasa yang berusia 2 tahun dank ke atas
3.Unta yang berusia 5 tahun dank ke atas.
4.Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun dank ke atas.

SYARAT-SYARAT ORANG YANG INGIN MELAKUKAN IBADAH KORBAN


1.Islam
2.Baligh dan berakal
3.Berkemampuan


HIKMAH DISYARIATKAN

1.Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ismail a.s
2.Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT
3.Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesame umat islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan.

JEFFRYDIN RAJA POP YEH-YEH


Siapa tidak terusik tatkala teman-teman seperjuangan dalam eranya sudah menerima pengiktirafan masing-masing sebaliknya empunya diri yang menumpahkan sepenuh keringat selama 45 tahun di lantai seni seolah-olah dibiarkan sepi ibarat tidak punya nilai untuk meraih sebarang perhatian.

Bukanlah bertujuan untuk mengemis mahupun mengungkit kembali sumbangannya setelah bertahun-tahun melontarkan vokal menghiburkan para pemujanya, beliau sebaliknya hanya inginkan orang lain membuka mata sambil mengimbau semula jerih-perihnya memartabatkan populariti irama 60-an atau lebih dikenali lagu berentak pop yeh yeh sehingga menjadi fenomena luar biasa kepada peminat.

Benar, kekecewaan pernah menjeruk rasa hati pemilik nama berdaftar Jefrydeen Imbrom Soekman atau satu Malaysia mengenalinya sebagai Jeffrydin. Tetapi beliau enggan meluahkan isi hati yang terbuku disebabkan takut dipersendakan lalu ditertawakan oleh orang di sekelilingnya.

Mahu mengusir jauh hatinya yang sedikit lara, figura berusia 63 tahun itu enggan berfikir lagi tentang penghargaan lantas dia nekad terus membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga.

Sebagai manusia biasa, sudah pasti saya terasa hati apabila ada orang lain yang sama-sama bergiat aktif dengan saya dalam dunia nyanyian dikurniakan pengiktirafan sewajarnya.

"Bahkan sampaikan saya ada perasaan merajuk kerana diri yang sudah berada dalam industri ini lebih empat dekad tetapi tidak mendapat layanan seperti mana yang diterima artis veteran lain.
"Timbul persoalan kenapa saya tidak dinilai sebagai seorang seniman sedangkan artis lain sudah diberikan penghormatan itu dan ini sepanjang mereka berkecimpung dalam bidang seni.

"Enggan memeningkan kepala, saya malas hendak fikir lagi soal ini. Asalkan saya terus dapat undangan persembahan dan mencari rezeki untuk beri kesenangan kepada keluarga, ia sudah memadai bagi saya.

"Setelah bertahun-tahun tidak terlalu memikirkan soal pengiktirafan, tidak disangka-sangka, saya menerima sepucuk surat lebih seminggu lalu tertulis bahawa saya adalah salah seorang penerima Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

"Memanglah bukan status atau gelaran yang saya kejar sepanjang melibatkan diri sebagai artis. Tetapi sekurang-kurangnya bakti yang ditabur selama ini dihargai oleh masyarakat," jelasnya sambil tersenyum ketika ditemui di kediamannya di Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-71 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Penggiat seni lain yang turut menerima anugerah pada istiadat yang sama ialah pelakon, pengacara dan penerbit popular, Rosyam Noor yang menerima Bintang Cemerlang Melaka.

Sebelum ini, Jeffrydin pernah menerima pingat Ahli Mahkota Perak pada 2002 dan Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2006.

Menyambung perbualan, anak kelahiran Singapura itu pantas menzahirkan ucapan kesyukuran dengan anugerah yang diterima. Ia ibarat mimpi yang tidak disangka-sangka muncul di depannya serta menjadi sebuah kenyataan.

Penyanyi yang sarat sikap mesra dan peramah itu memberitahu, surat penerimaan anugerah itu diterima empat hari sebelum majlis diadakan.

Sebuah majlis kejutan diadakan khas untuk beliau yang dirancang oleh keluarga angkatnya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Melaka, Hassan Abd. Rahman.

Isteri Jeffrydin, Datin Rashidah Abdullah, 52 dan tiga anak saya iaitu Raden Arjuna Mirco, 29; Raden Wira Sukma, 25; dan Raden Ratna Sari Dewi, 18; juga gembira dengan penganugerahan itu kerana mereka sendiri menyaksikan kesukaran saya selama ini bergelar anak seni.

"Nampaknya selepas ini saya harus memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga nama baik diri, keluarga dan gelaran ini sendiri apatah lagi masyarakat memandang tinggi anugerah ini," jelasnya yang memulakan satu lagi fasa baru dalam kehidupannya.

Perjalanan anak seni

Mengimbas kembali perjalanan hidup sebagai anak seni, Jeffrydin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya pada tahun 1960-an dengan mengangkat irama pop yeh yeh.

Beliau menjadi kegilaan peminat seperti Allahyarham A. Ramlie, malah akui Jeffrydin, dia sering diserbu oleh peminat pada setiap pertunjukan sehingga baju yang disarungkan pada tubuhnya pernah tercabut butang dan terkoyak.

Malah, album keduanya yang berjudul Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika namanya mula meniti puncak populariti kegemilangan.

Cerita Jeffrydin, kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tangling Tinggi, Singapura. Beliau kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar tahun 1962. Mula membina keyakinan, selepas itu beliau bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura pada tahun 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut.

Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat tempat kedua manakala Allahyarham M. Osman pula tempat ketiga. Selepas itu, Jeffrydin menyanyi di majlis perkahwinan bersama kumpulan Rhythm Boys hampir setiap minggu.

Beliau turut menyanyi dengan kumpulan The Siglap Five setelah menandatangani kontrak nyanyian.

Irama pop yeh yeh mula mengalami kemerosotan pada tahun 1975 selepas diambil alih oleh penyanyi zaman baru seperti Dahlan Zainuddin, M. Shariff, Latif Ibrahim dan ramai lagi.

Tambah beliau, bagaimanapun alunan pop yeh yeh kemudian muncul semula pada tahun 1985 sebelum jatuh semula dan kali terakhir popularitinya memuncak kembali sekitar tahun 1995. Hingga ke saat ini, Jeffrydin sudah menghasilkan lebih 30 buah album. Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan wanita kelahiran Pulau Pinang, Rashidah pada tahun 1977 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Isterinya yang merupakan Ketua Wanita UMNO cawangan Subang kini menjadi individu utama yang menguruskan kerjaya seni dan bertindak selaku pembantu peribadi Jeffrydin.

Diajak berbicara antara persembahan yang paling diingatinya, Jeffrydin memberitahu sebuah konsert berskala besar pop yeh yeh di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1967 yang berjaya mengumpulkan puluhan ribu penonton, masih cukup kuat sebagai kenangan dalam hidupnya.

Jeffrydin turut terbabit menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007 di Stadium Malawati dianjurkan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.

Mengadakan temubual di rumah banglo miliknya di sebidang tanah di Kampung Melayu Subang Tambahan, rumah gah dan mewah itu sebenarnya bagi Jeffrydin menyimpan seribu makna.

"Tiada siapa tahu sulitnya saya menghimpunkan wang sedikit demi sedikit hasil mengadakan undangan pentas di sana sini.

"Rumah ini menjadi ganjaran kepada saya setelah penat berlari ke sana ke mari membuat persembahan sampai balik pukul 3 pagi.

"Ia disiapkan pada Disember tahun lalu dengan tempoh pembinaan lebih lapan bulan. Sebenarnya rumah ini agak lambat disiapkan kerana saya memberikan duit sedikit demi sedikit kepada kontraktor yang terlibat.

"Ini semua merupakan duit hasil titik peluh saya sepanjang bergelar artis. Isteri saya yang beria-ria menyuruh saya menyimpan wang untuk membina rumah ini demi masa depan saya dan keluarga.

Sebelum ini saya ada membeli sebuah rumah di kawasan sekitar sebelum berpindah ke rumah dua tingkat di Subang Perdana. Kini rumah baru ini menjadi tempat yang tenang untuk kami anak-beranak.

"Saya sengaja mahu tinggal di kampung sebab inginkan keamanan dan jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pada usia sekarang lebih baik saya berada di sebuah tempat yang mendamaikan.

"Biasanya kalau kebosanan dan tiada sebarang komitmen kerja, saya banyak menghabiskan waktu dengan dengan melayani kerenah kucing-kucing peliharaan atau memberi makanan kepada ikan-ikan dalam kolam.

"Selain itu, saya juga gemar bermalas-malasan di rumah sambil mendengar lagu. Inilah rutin seharian saya tambahan pula anak-anak yang sudah besar biasanya hanya saya dan isteri selalu berada di rumah," luah Jeffrydin sambil matanya mengerling ke arah isteri tercinta yang setia berada di sisi.

Saat ditanya sampai bilakah beliau mahu berdiri dalam dunia seni sambil mengalunkan karya buat tatapan peminat? Jawab beliau spontan: "Selagi ada suara dan Allah mengizinkan saya untuk terus menyanyi. Saya mahu jadi penyanyi legenda ibarat Frank Sinatra.

KEMBAR LABAH-LABAH


JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.

SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.

Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.

Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.

Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.

Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat.

"Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi

BINCANG KEPERLUAN MUKTAMAR KHAS



KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Nik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.

Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.

Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.

Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu. (Harakah)

ABBY FANA SUKA SENDIRIAN



STATUSNYA sebagai ibu tunggal kepada dua anak tidak semudah dijangka, apatah lagi gelaran itu digalasnya sejak 16 tahun lalu.
Bagaimanapun bagi Habshah Omar atau lebih dikenali sebagai Abby Fana, segala pahit manis perjalanan itu memberinya warna kebahagiaan.

Rambut sama hitam, hati siapa tahu. Coretan hidupnya atas apa jua yang berlaku ditelan sebagai ketentuan Ilahi. Tidak langsung segala bebanan itu dipancarkan pada wajah mahupun karakternya sebagai figura awam.

Abby Fana tetap terkenal sebagai wanita yang penuh dengan personaliti yang disenangi serta bijak bergurau.

Namun jauh untuk mengalah, penyampai radio Sinar FM ini tetap gigih meneruskan hidupnya berbekalkan niat yang satu – ikhlas mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

Kini dia mampu tersenyum melihat anak sulungnya, Mohd Afiq Nazrin, 19, melanjutkan pengajian muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Begitu juga si bongsu, Mohd Adli Nazrin, 18, juga menuntut di institusi sama di Melaka dalam jurusan Seni Reka.

“Hidup ini ibarat gelanggang perlawanan, yang mana kita yang mencongak jalannya. Begitu juga dengan saya yang mungkin tersilap atau terlepas pandang sehingga adanya kegagalan.

“Apa yang terjadi bukan sesuatu yang dirancang. Bagaimanapun saya lebih selesa menganggap ia satu ketentuan buat saya meskipun ibarat segelas racun yang perlu disedut.

“Saya akur dan terima sebaik mungkin bukan saja untuk diri saya, malah untuk dua zuriat saya yang banyak memberi inspirasi dan sokongan,” katanya yang turut mengacarakan Malaysia Hari Ini di TV3.

KRISDAYANTI DICERAI TALAK SATU


NEGARA

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti (gambar) yang sebelum ini digembar-gemburkan bercerai dengan suaminya, Anang Hermansyah dengan talak tiga rupa-rupanya hanya sah diceraikan dengan talak satu.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober lalu.

Kris Dayanti yang ditemui pada sidang media pelancaran album terbarunya, Aku Wanita Biasa di sini semalam menjelaskan, meskipun sudah dua hari dia bergelar janda, hakikat itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya nyanyian.

Ketika ditanya kemungkinan dia akan kembali kepada Anang, beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini tetapi dia tidak tahu untuk masa depan.

"Cinta saya sudah mati untuk Anang ketika ini," katanya.

Kris Dayanti bagaimanapun menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa kecurangan beliau merupakan antara punca keruntuhan rumah tangganya.

"Saya tidak curang, cuma orang menyalahertikan kemesraan saya," tegasnya.

TAN BENG HOCK DIBUNUH TERLEBIH DAHULU SEBELUM JATUH



SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.

Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini.

Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.

Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya. _

AYAT AL-QURAN DIBADAN BAYI



MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

KEKASIH SETAN, IBU IBLIS


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR AKAR

Gambar-gambar sekitar acara yang dipertandingkan.Sukan tahunan ini diadakan selama 3 hari bermula hari selasa hingga khamis (20/10/2009 - 22/10/2009

















WANITA DIBUNUH DIATAS KATIL


KUANTAN – Seorang wanita ditemui mati di atas katil rumahnya dipercayai dibunuh selepas disamun di Kampung Sungai Isap di sini di antara pukul 2 dan 4 pagi semalam.

Fatimah Zaharah Sulong, 53, ditemui oleh suaminya, Sallehuddin Mohd. Yatim, 59, dalam keadaan tertiarap dan kepalanya ditindih dengan sebiji bantal.

Menurut Sallehuddin, dia pulang ke rumah dari restorannya di Kemunting iaitu 800 meter dari situ kerana tidak sedap hati apabila isterinya tidak menjawab panggilan telefon pada pukul 3 pagi.

“Sebaik tiba di rumah, saya dapati dia tertiarap di atas katil dan ada bantal di belakang kepalanya.

“Saya cuba kejutkan dia tetapi tiada respon lalu saya terus hubungi saudara terdekat dan polis,” jelas Sallehuddin ketika ditemui di rumahnya semalam.

GURU BERKONGSI TANDAS DENGAN MURID DI SK.LANDAS


KONSEP berkongsi tandas di SK Landas, Hulu Terengganu memberi kesan positif sehingga ia akan diperluaskan ke dua sekolah lain tahun depan.


AMALAN berkongsi kemudahan antara guru dan murid membantu SK Landas muncul juara tandas paling bersih peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.

HULU TERENGGANU - Ketika murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Landas, di sini diminta berkongsi tandas dan kantin dengan guru-guru pada 2004, ramai yang berasa malu serta janggal.

Bagaimanapun perasaan itu sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya mendorong guru dan murid-murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan sehingga SK Landas muncul juara pertandingan tandas dan kantin terbersih daerah itu selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.

Kejayaan SK Landas itu juga menjadi punca kerajaan negeri Terengganu mahu memperluaskan amalan berkongsi tandas dan kantin dengan membabitkan dua buah sekolah elit, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman dan SMK Lembah Bidong, Setiu mulai tahun depan.

Bagi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEM) SK Landas, Mohd. Rawi Rani @ Abd. Ghani, amalan berkongsi tandas dan kantin itu telah membawa banyak perubahan di sekolah berkenaan.

"Bagi saya perubahan paling ketara ialah hubungan antara guru dan murid lebih mesra berbanding dulu,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Jesteru pada masa ini SK Landas hanya mempunyai dua tandas yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita.

PENENTANGAN DI TERENGGANU TERHADAP BRITISH


Pengenalan

Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang British antara tahun 1922-1928. Kebangkitan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca kebangkitan rakyat Terengganu adalah pelaksanaan sistem pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan. Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Penentangan ini bertumpu di Hulu Telemong, Kuala Telemong, Kuala Berang, Alor Limbat dan Tersat.



Kebangkitan tahun 1922 dan 1925

Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.

Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan tanah kawasan Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Tanah itu adalah kepunyaan Tengku Haji Nik (200 ekar) dan tanah kerajaan yang terbiar (400 ekar). Mereka membersihkan tanah itu tanpa meminta pas kebenaran daripada kerajaan kerana Tengku Haji Nik sendiri yang meminta mereka mengerjakan tanah itu. Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.



Kebangkitan tahun 1928

Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang.

Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”, karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir.

Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang terpaksa berundur ke Kuala Terengganu.

Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan.

Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10 tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929.

ASAL-USUL NAMA TERENGGANU


Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

DAVID LETTERMAN ADA BILIK TIDUR RAHSIA DI STUDIO


Letterman ada bilik tidur rahsia di studio

PENGACARA terkenal, David Letterman didakwa memiliki kamar tidur rahsia di studio Late Show yang digelar ‘the bunker’ (kubu) oleh kakitangan rancangan itu.

Mereka turut mendakwa hanya beberapa kakitangan wanita terpilih sahaja yang dibenar masuk ke bilik itu.

Minggu lalu, Letterman mengaku mengadakan hubungan sulit dengan beberapa kakitangan wanita selepas kes peras ugut RM7 juta terhadapnya diketahui umum.

Kini kakitangan lain mendakwa Letterman sudah lama memiliki kamar tidur rahsia itu di Panggung Ed Sullivan, New York yang menjadi studio rakaman rancangan itu.

“Letterman tak perlu keluar kerana kamar tidurnya itu mewah. Majoriti kakitangan rancangan ini tidak dibenar masuk. Tiada siapa akan sedar atau berasa ganjil jika Letterman memiliki hubungan sulit dengan pekerja wanita rancangan ini,” kata seorang kakitangan lelaki.

Sumber turut menyatakan, pejabat Letterman di panggung itu turut memiliki ruang tetamu.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat produksi Letterman, Worldwide Pants menafikan dakwaan itu.

Sumber rapat pula mendakwa Letterman hanya tidur di kerusi lipat pada setiap Isnin, selepas beliau tiba di panggung itu daripada rumahnya di North Salem, New York pada kira-kira jam 2 atau 3 pagi.

Letterman didakwa tinggal di apartmennya di TriBeCa pada hari lain sepanjang minggu penggambaran tapi beliau turut terkenal di kalangan pekerja kerana sering bekerja di waktu-waktu lewat malam.

Sumber mendakwa meskipun rakaman rancangannya selesai jam 7 malam, Letterman akan berada di pejabatnya untuk menonton siaran rancangan itu.

“Beliau tidak berkerja pada waktu pejabat seperti orang lain. Kerjanya bukan antara 9 pagi hingga 5 petang,” kata sumber itu.

Kakitangan wanita bagaimanapun kerap berjaya dalam syarikat Letterman.

“Letterman tidak lokek menaikkan pangkat kakitangan wanita. Tiga daripada lima penerbit eksekutifnya adalah wanita dan mereka semua sudah bersamanya sejak lebih 20 tahun lalu,” kata seorang pegawai kanan.

Satu lagi sumber mendakwa rancangannya mesra wanita dan ramai pekerjanya yang hebat adalah wanita.

Bagi pekerja wanita berpangkat rendah, mereka akan diminta membeli-belah menjelang Krismas atau menyediakan keretanya di pintu masuk panggung.

Kakitangan bagaimanapun tidak terkejut jika hubungan majikan dan pekerja terjalin lebih intim.

“Apapun yang pasti tiada pihak mendakwa beliau mencabul mereka. Letterman sentiasa gigih berkerja dan saya tidak terkejut jika sesuatu berlaku di tempat kerja,” kata kakitangan lain.

Sebelum kes peras ugut yang dilakukan produser rancangan 48 Hours Mystery, Robert 'Joe' Halderman, 51, diketahui umum, Letterman sentiasa merahsiakan kehidupan peribadinya bersama dengan anak lelaki berusia lima tahun dan isteri, Regina Lasko.

Beliau turut mengaku mengadakan hubungan sulit dengan pekerja wanita, seorang daripadanya dikenal pasti bekas pembantu peribadi, Stephanie Birkitt, 34 yang pernah tinggal serumah dengan Halderman di Norwalk, Connecticut.

Halderman didakwa mengancam mendedahkan hubungan sulit Letterman di layar perak, bersama dengan e-mel dan diary seks yang disimpan Stephanie.

BARISAN NASIONAL TERJAGA DARI LENA...MENANG BESAR DI BAGAN PINANG




Keputusan Pilihanraya Kecil N13,Bagan Pinang menyaksikan Barisan Nasional memenangi Pilihanraya kecil itu dengan 8,013 undi manakala Calon pas sebanyak 2,578.Majoriti undi adalah sebanyak 5,435 undi.Peratus keluar mengundi ialah 82%.

Sejak kekalahan demi kekalahan meragut maruah BN.Kini Barisan Nasional ibarat terjaga dari lena kerana tidak menyangka akan memenangi Pertarungan ini.Kemungkinan strategi yang dibuat mengena dengan mempertaruhkan Calon yang di fikirkan berwibawa untuk mempengaruhi rakyat Bagan Pinang.Mohd Isa Abdul Samad adalah bekas Menteri Besar N.sembilan.

Pilihanraya diadakan semula ekoran kematian penyandangnya Azman Mohd Nor pada 4 september yang lalu.Pada Pilihanraya lepas BN mendapat 6,340 undi menewaskan calon pas Ramli Ismail (4,097)undi .ADAKAH SELEPAS INI BN TERUS BANGKIT ATAU SEMAKIN TERTIDUR ,HANYA RAKYAT YANG DAPAT MENENTUKAN......

BERHATI-HATI DENGAN JURURAWAT PEMBUNUH


TUGAS jururawat adalah menjaga dan memantau tahap kesihatan pesakit serta membantu mereka sembuh daripada penyakit. Namun Kristen H Gilbert, 42, menggunakan tugasnya bagi mempercepatkan proses kematian pesakit semata-mata untuk pulang awal dan memadu asmara dengan kekasihnya.

Disebabkan itu, Kristen dikenali sebagai ‘Malaikat Maut’ oleh rakan setugasnya apabila mengakhiri penderitaan ramai pesakit di bawah jagaannya dengan jalan paling singkat iaitu mencabut nyawa.


Misteri kematian pesakit mula menyelubungi Veterans Administration (VA) Hospital Northampton sekitar 1995 apabila empat kematian di Wad C dicatat dalam tempoh empat bulan walaupun pesakit yang mendapat rawatan mulanya disahkan tidak kritikal dan tidak sepatutnya mati.

Setiap kali hasil autopsi bedah siasat dilakukan ke atas mayat pesakit mendapati mereka mati disebabkan masalah sama iaitu serangan jantung.

Lebih membingungkan pakar, semua pesakit mati secara mengejut itu adalah lelaki dan ketika mula dimasukkan ke hospital, mereka disahkan menghidap penyakit lain serta mempunyai peluang tinggi untuk sembuh.

Ada kakitangan hospital mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan memaklumkan pihak berkuasa kemungkinan ada pembunuh di hospital terbabit.

Bagi merungkai misteri serta menyiasat kesahihan dakwaan itu, ejen khas, Steve Plante, ditugaskan menyiasat setiap kes kematian yang berlaku dan hasilnya mendapati empat pesakit mati ketika di bawah jagaan Kristen.

Bukan setakat dalam pengawasannya, malah rekod hospital juga mendapati Kristen orang terakhir bersendirian di sisi pesakit sebelum menemui ajal.

Kristen akan menekan butang kecemasan pesakit di Wad C dan apabila kakitangan kecemasan tiba di bilik pesakit, mereka mendapati Kristen orang paling sibuk berjuang menyelamatkan pesakit yang ketika itu dalam keadaan nazak.

Selepas disahkan mati, Kristen akan segera berkemas dan memohon pulang awal dengan alasan tiada pesakit lain yang memerlukan kawalan serta perhatian lanjutan selain sedih dengan apa yang berlaku.

Siasatan hampir sebulan itu kemudian membawa kepada satu penemuan pelik apabila Plante mendapati, sejak 1991 ada beratus-ratus kes kematian disebabkan punca sama dan bermula tahun itu Kristen mula berkhidmat di VA Hospital Northampton.

Hampir kebanyakan kes kematian disebabkan masalah jantung, sedangkan ketika mula mendaftar masuk pesakit disahkan menghidap penyakit lain.

“Daripada 350 kes kematian dicatatkan dalam laporan sejak 1991, hampir separuh mempunyai corak kematian sama dan kami percaya memang wujud sesuatu yang tidak kena.

“Bagaimanapun rekod dari 1991 hingga 1995 tiada maklumat terperinci mengenai jururawat bertugas di sisi pesakit ketika kali terakhir menghembuskan nafas dan ini menyukarkan mengesan suspek, termasuk mengaitkan kes ini dengan Kristen,” katanya.

Menyedari dirinya disiasat, Kristen mereka satu lakonan berkesan apabila menjerit seperti terkena histeria sebelum memaklumkan dirinya diserang pesakit, menyebabkan pihak hospital memberi cuti khas kepadanya bagi meredakan emosi sedangkan tujuan sebenarnya mengelak disiasat.

Apabila bertugas semula, Kristen turut membuat satu laporan palsu kepada pihak pengurusan hospital dia menerima panggilan daripada orang tidak dikenali yang menyatakan ada bom di hospital, sedangkan waktu itu sepatutnya dia disoal siasat.

Lakonan berkesannya berjaya menyebabkan proses soal siasat tertangguh dan selepas hampir dua bulan terlepas daripada siasatan Plante, sekali lagi Kristen memainkan tugasnya sebagai ‘Malaikat Maut’ apabila cuba membunuh veteran Perang Dunia Kedua, Angelo Vella, berusia 68 tahun (pada 1996) yang di bawah jagaannya.

Vella, perokok tegar dan pemabuk, yang dimasukkan ke Wad C Hospital Northampton pada awal 1996 akibat masalah berkaitan paru-paru. Bagaimanapun dia berjaya mengelak daripada mati di tangan Kristen.

Selepas terlantar di wad kecemasan beberapa minggu, baru tembelang Kristen terbongkar. Vella yang tersedar daripada koma memaklumkan jururawat bertauliah itu menyuntiknya dengan sejenis cecair sejurus sebelum dia mengalami kesakitan di dadanya.

“Pada hari itu semuanya kelihatan baik hinggalah jururawat itu menyuntik saya yang membuatkan seluruh badan sakit dan dada terasa hendak pecah.

“Ketika itu saya pasti suntikan itu bukan ubat dan saya berdoa supaya diselamatkan sebelum semuanya kelihatan kabur,” katanya.

Bagi Vella, sukar untuknya menerima kenyataan jururawat yang sepatutnya menjaga dan memantau kesihatan pesakit boleh menjadi pembunuh paling berbahaya.

Disebabkan laporan Vella, Kristen akhirnya ditahan pihak berkuasa Northampton dan selama tempoh itu dia didakwa atas pelbagai pertuduhan dan cubaan membunuh, termasuk membuat laporan bom palsu.

Lebih 70 saksi dipanggil membuat kenyataan yang disokong oleh 200 helaian bukti kekejaman Kristen.

Kristen akhirnya mengaku menyuntik semua pesakitnya dengan ubat jenis ephinephrine, yang mampu membunuh jika berlebihan dos.

Motif sebenar pembunuhan tidak pernah diberitahu dan ada laporan mengatakan ia bagi membuktikan Kristen boleh menjadi ‘hero’ saat akhir untuk menyelamat nyawa pesakit yang tenat, selain memudahkannya pulang ke rumah untuk memadu asmara bersama kekasih.

Ia dikuatkan dengan kenyataan rakan sejawatnya yang mengatakan Kristen ada bertanya sama ada dia boleh pulang ke rumah lebih awal jika pesakit di bawahnya mati ketika mula berkhidmat di VA Hospital.

Walaupun banyak kematian dilaporkan akibat punca sama sejak 1991 hingga 1996, Kristen hanya disabit atas empat pertuduhan membunuh dan dua percubaan menyebabkan kematian.

Malah, dia seharusnya bersyukur apabila pada 2001, pihak juri mendapati dia bersalah terhadap tiga kesalahan membunuh kelas pertama yang sepatutnya membawa kepada hukuman maut, namun dia hanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa diberi kebenaran untuk ada dalam pengawasan atau parol.

>Info

NAMA: Kristen H Gilbert

USIA: 42 tahun

LAHIR: 13 November 1967 di Fall River Massachusets, Amerika Syarikat

PEKERJAAN: Jururawat di Veterans Administration (VA) Hospital Northampton, Massachusets

FAKTA KES: Didakwa pada 2001 atas tuduhan membunuh selepas empat pesakit di bawah jagaannya mati secara tiba-tiba walaupun hasil pemeriksaan mendapati ia bukan berpunca daripada penyakit dialami mereka

STATUS KES: Kristen dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas bukti mensabitkannya dengan tiga kesalahan membunuh kelas pertama, satu kesalahan membunuh kelas kedua dan dua cubaan membunuh
BAYI BEG TANGAN

BAYI BEG TANGAN

KEJAM!!! Itulah yang boleh digambarkan...akibat gelora nafsu,maka terjebak ke perlakuan zina.bila termengandung mula gelabah.Bayi yang tidak berdosa yang menjadi mangsa.Seperti yang berlaku di sebuah hotel bajet di Kota Tinggi johor.Bayi ini disumbat ke dalam beg tangan wanita sebelum dijumpai oleh pekerja hotel tersebut.bayi malang yang ditemui masih bertali pusat diatas lantai tandas tingkat3 hotel tersebut.

Menurut Polis,berdasarkan siasatan,kejadian itu disedari oleh penyewa bilik hotel berkenaan kerana terdengar suara bayi menangis sebelum memaklumkan kepada Pihak pengurusan hotel bajet tersebut.

BAYI GERGASI


BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN INI SEBERAT 8.9 KILOGRAM DI SUMATERA UTARA OLEH PENDERITA PENYAKIT DIABETES DI ANGGAP BAYI TERBESAR DI INDONESIA YANG DILAHIRKAN SETAKAT INI.

NASHA AZIZ DIPERINTAH BAYAR RM10,000 KPD BAPA KANDUNG



KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal Nasha Aziz diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini supaya membayar RM10,000 kepada bapa kandungnya sebagai ganti rugi am dalam kes saman fitnah yang dikemukakan oleh plaintif itu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail memutuskan demikian selepas membenarkan peguam M. Visvanathan yang mewakili plaintif Abdul Aziz Mohd. Ali, 61, memasukkan penghakiman selepas Nasha, 38, yang dinamakan sebagai defendan pertama tidak hadir pada perbicaraan Rabu lalu.

Selain jumlah tersebut, Hakim Abdul Wahab memerintahkan defendan membayar faedah sebanyak lapan peratus dari 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman tersebut. Lain-lain perintah yang dimohon oleh plaintif, ditolak.

Dalam penghakiman itu, Hakim Abdul Wahab berpendapat, defendan tidak mempertikaikan artikel yang telah diterbitkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004.

Kata Hakim Abdul Wahab, mahkamah tidak menerima penghujahan Visvanathan bahawa perkataan-perkataan yang diterbitkan itu membawa maksud bahawa plaintif telah meninggal dunia.

Ini kerana perkataan tersebut jelas merujuk kepada bapa angkatnya, Abdul Aziz Hathim.

QABIL TAK JADI KAHWIN DENGAN FASHA SANDHA



KUALA LUMPUR: “Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha).”

Demikian pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumuman mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini.

Hubungan mereka heboh diperkatakan sebelum ini kononnya Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan menjadi pilihan Qabil selepas mereka dilihat begitu mesra pada satu majlis.

“Ada sebab mengapa saya tak jadi berkahwin dengannya. Memang kami ada perancangan (untuk berkahwin) sebelum ini, tapi semuanya tak menjadi kenyataan.
“Saya sendiri yang membuat keputusan ini dan ia tiada kaitan dengan keluarga saya atau Fasha. Apabila saya membuat pengumuman ini, ia bukanlah cubaan untuk memburukkan sesiapa, tapi ramai bertanyakan mengenai perkara itu.

“Jadi, saya ingin jelaskan kami sudah tidak bersama lagi. Kenapa saya buat keputusan ini, saya tidak dapat jelaskan dan yakin Fasha sendiri tahu mengapa hubungan kami tak kekal,” katanya.

Menurutnya, selepas berita berkaitan hubungannya dengan Fasha heboh diperkatakan, seluruh negara tertumpu kepadanya dan dia terpaksa memberi penjelasan kerana tidak mahu pihak lain tersalah anggap.

Menghangatkan hubungan pasangan itu apabila sehari selepas Qabil mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha, pelakon itu teruk ‘diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, tersebar di Internet.

Satu blog selebriti menyiarkan gambar pelakon dan model iklan itu bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.

Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.

Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet

Harian Metro ada melaporkan mengenai hubungan Fasha dengan Qabil yang sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.

Ketika itu, Qabil, 29, dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan, sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan (bulan ini).

Difahamkan, hubungan itu gagal menyatukan mereka kerana dipercayai ada kaitan berkenaan satu majlis rumah terbuka baru-baru ini yang turut dihadiri Fasha.

“Saya sudah tidak berhubung dengannya sejak dua bulan lalu. Semua dapat melihat apa yang berlaku pada majlis itu. Kalau sesiapa bertanyakan hubungan saya dengannya selepas ini, saya boleh katakan kami sekadar kawan dan ia tidak lebih daripada itu,” katanya.
AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN

AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya

MARIA OZAWA BERLAKON FILEM INDON


Kontroversi pelakon filem lucah Jepun

JAKARTA - Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia, Mohammad Nuh berkata, pelakon filem lucah dari Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi boleh datang ke negara itu.

"Lawatannya tidak boleh dilarang selagi dia tidak melakukan sebarang kegiatan filem lucah di Indonesia," katanya.

Beberapa kumpulan agama membantah rancangan lawatan Miyabi ke Jakarta pada bulan ini bagi penggambaran filem komedi bertajuk Menculik Miyabi.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi amaran bahawa Miyabi mesti dilarang daripada memasuki Indonesia.

Pengerusi MUI, Ma'aruf Amin berkata, reputasi Miyabi sebagai bintang filem lucah boleh memberi kesan ke atas rakyat Indonesia.

Mohammad berkata, bantahan MUI terhadap lawatan Miyabi bukan mengandungi kebencian tetapi lebih kepada soal moral.

"Kita juga perlu menghormati pandangan mereka yang membantah lawatan wanita itu," katanya.

KERANA LAPORAN PRESTASI-GURU SAMAN PENGETUA RM 228,000.00


KUANTAN - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang dekat sini memfailkan saman malu terhadap pengetua sekolah terbabit membabitkan tuntutan RM228,000 dalam Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Saman yang difailkan Rozilah Abdullah, 37, pada 12 Ogos lalu melalui peguamnya, Balkhis Alias disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Rozilah dalam tuntutannya itu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan dalam laporan prestasi yang dikeluarkan oleh pengetua wanita terbabit sehingga menjejaskan reputasinya yang telah berkhidmat sebagai guru sejak 11 tahun lalu.

Dia mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasi beliau diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Dalam tuntutan itu juga, dia mendakwa menerima surat menyatakan tiada pergerakan gaji beliau bagi 2009 ekoran laporan prestasi yang dinilai sebagi buruk dikeluarkan pengetua berkenaan.

Malah dakwanya, ketuanya itu juga turut memalukannya di hadapan guru lain selain menuduh dia sengaja enggan mematuhi perintah.

Dia juga mendakwa tidak diberi peluang membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang penyiasatan atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh pengetua sekolah itu.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang ’buruk’ itu, dia turut mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu.:

Malah kerana laporan itu juga, dia mengalami kerosakan teruk dari segi kebolehpercayaan, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik turut dipandang rendah.

Justeru itu, dia yang datang ke mahkamah semalam menuntut keadilan selain memulihkan reputasinya.:

Kes terbabit akan disebut semula 5 November untuk Pejabat Peguam Negara menfailkan pem:belaan.
SUJUD SAHWI TAMPUNG KEKURANGAN SOLAT

SUJUD SAHWI TAMPUNG KEKURANGAN SOLAT

soalan


SAYA menghadapi masalah mengenai solat. Sewaktu saya solat Subuh, saya terlupa membaca doa qunut pada rakaat kedua.

Saya tersedar terlupa membaca doa qunut itu apabila sujud. Saya berdiri semula untuk membaca doa qunut. Adakah solat saya itu sah dan apakah hukum perbuatan saya?


NORASIDAH

Johor

MENURUT mazhab Syafie, membaca qunut dalam solat Subuh termasuk dalam sunat ab'adh iaitu perkara sunat dalam solat yang mesti dilakukan.

Selain qunut dalam solat Subuh, sunat ab'adh termasuk membaca tasyahhud awal, selawat atas nabi selepas tasyahhud awal, selawat atas keluarga nabi selepas tasyahhud akhir, duduk bagi membaca tasyahhud awwal dan akhir serta selawat atas nabi dan ahli keluarga selepas qunut.

Sesiapa tertinggal atau meninggalkan salah satu sunat ab'adh dikehendaki sujud sahwi.

Sujud sahwi (Arab, sujud as-sahwi) disyariatkan bagi menampung kekurangan dalam solat sehingga ia perlu diulangi kembali atas sebab tertinggal perkara bukan asas dalam solat atau menambah sesuatu dalam solat.

Sujud sahwi hendaklah dilakukan sebanyak dua kali sebelum memberi salam walaupun banyak perbuatan yang dilupai.

Ia disertai dengan niat sujud sahwi umpamanya tertinggal qunut dan tasyahhud awal.

Apa yang sepatutnya anda lakukan dalam kes di atas ialah meneruskan solat seperti biasa dan sujud sahwi sebelum memberi salam kerana tertinggal qunut.

Apabila sujud dengan sempurna, anda tidak dibenarkan bangkit kembali untuk membaca qunut. Ini kerana ia dikira menambah sesuatu dalam solat dan boleh mengakibatkan batal solat.

Melainkan anda ingat sebelum sujud secara sempurna (iaitu setelah meletakkan seluruh tujuh anggota), maka boleh kembali membaca qunut.

Dengan sujud sahwi, ia dapat mengelak solat daripada batal apabila menyedari perbuatan itu anda adalah salah. Bagaimanapun, sekiranya anda terlupa atau jahil mengenai perkara terbabit, tidak batal solat berkenaan (lihat juga http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic11_2004.htm).

ROCKER BERBULU


MEMANG Yu Zhenhuan memiliki bakat untuk menjadi tokoh ternama.

Berbekalkan bakatnya dalam bidang seni - terutama muzik rock - Yu boleh dikenali sebagai artis, namun bukan itu yang menjadi perhatian ramai.

Di China, kini Yu dianggap manusia paling banyak bulu.

Kira-kira 96 peratus badan Yu diliputi bulu memungkinkan dia hampir menyamai rekod pasangan adik-beradik Mexico, Victor ‘Larry’ dan Gabriel ‘Danny Ramos Gomez, yang diiktiraf Guinness Book of World Records kerana diselaputi bulu pada 98 peratus tubuh mereka.

Dalam keadaan begitu, Yu, 26, tidak pernah malu dengan dirinya.

Bagi Yu, dia boleh menggunakan kelebihan dirinya untuk mencapai impian bergelar artis.

Justeru, dia memuat naik gambarnya di Internet sebagai sebahagian daripada caranya memperoleh tawaran menandatangani kontrak sebagai penyanyi rock di China.

Lahir di Shenyang, sebuah daerah bercuaca dingin di timur laut wilayah Liaoning, hidup awal Yu memang sangat mencabar.

“Orang mentertawakan saya dan memberi gelaran ‘orang batu’ menyebabkan kadang-kadang saya melawan, seperti membaling batu ke arah mereka.

“Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, saya belajar untuk berdepan dengan keadaan semasa,” katanya.

Satu ketika dulu, Yu pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian daripada bulu di telinga apabila ia memberi kesan terhadap pendengarannya.

Dia juga pernah menjalani siri pembedahan sama di bahagian hidung, serta membetulkan gusi yang menenggelamkan giginya.

Kini, Yu berazam membuktikan bahawa bulu berlebihan pada tubuhnya itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya berjaya dalam bidang muzik.

Memanglah, katanya, pada peringkat awal dia menjangkakan persepsi pendengar sukar dikikis daripada faktor fizikalnya.

“Namun, saya berazam untuk menarik perhatian mereka semata-mata kerana bakat dalam bidang muzik,” katanya.

Sebenarnya, sebelum menjadi penyanyi pun, Yu pernah membabitkan diri dalam bidang seni.

Ketika berusia enam tahun, dia diberi kepercayaan menjayakan filem Pengembaraan Budak Berbulu.

Minatnya dalam bidang seni juga sangat kuat.

Ketika berada di hospital selepas menjalani pembedahan, deretan koleksi album artis antarabangsa diletakkan di bawah katilnya.

Antara album itu adalah Sting dan Nat King Cole.

“Saya tahu bagaimana sakitnya menjadi cemuhan dan bahan gurauan orang lain kerana ciri fizikal berbeza.

“Justeru, dengan kemunculan saya sebagai penyanyi, diharap mana-mana individu lain yang memiliki masalah sama mendapat semangat untuk menghadapi kenyataan,” katanya.

Bagi Yu, cara terbaik membalas setiap sendaan terhadap dirinya adalah dengan membuktikan betapa dia juga memiliki kelebihan.

“Memanfaatkan kelebihan diri adalah pendekatan terbaik untuk menutup mulut mereka,” katanya.

Selain mahir menggunakan gitar, Yu juga belajar bermain saksofon.

Tidak cukup dengan itu, Yu berazam untuk meningkatkan keupayaan dirinya dengan belajar mencipta lagu pula.

“Sekurang-kurangnya saya boleh menggubah lagu untuk diri sendiri,” katanya.

BALA ALLAH DI PADANG INDONESIA,400 HILANG DI MAJLIS PERKAHWINAN

JAKARTA - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.


Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

(Jalur Gemilang Di atas Tahi)

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Sekitar 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

>

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut