BANJIR BESAR DI MANILA,BANYAK MAYAT DITEMUI



MANILA 28 Sept. - Pasukan pencari dan penyelamat membawa naik lebih banyak mayat dari sungai-sungai yang dinaiki air sementara ribuan penduduk tidak mempunyai air minuman, makanan dan bekalan elektrik ketika angka kematian dalam bencana banjir terburuk di utara Filipina sejak lebih empat dekad lalu ini melonjak kepada 140 orang.


Pegawai menjangkakan angka tersebut akan meningkat ketika anggota penyelamat menyusuri kawasan perkampungan yang sukar dilalui disebabkan kereta dan serpihan-serpihan terapung sejak ribut tropika Ketsana melanda semalam, menyebabkan 32 orang hilang.




Pihak berkuasa sedang cuba mengesahkan kematian termasuk di beberapa bandar metropolitan Manila dan wilayah Rizal yang terletak berdekatan di mana seramai 99 orang dilaporkan terbunuh, kata Setiausaha Pertahanan, Gilbert Teodoro.


Ketika puluhan ribu penduduk memulakan kerja-kerja pembersihan dan ribut tropika tersebut meninggalkan Filipina, kerosakan yang dibawa bencana alam itu semakin jelas kelihatan dengan kawasan bersalut lumpur, jalan raya yang dipenuhi dengan kereta yang dihanyutkan air dan sejumlah besar penduduk kampung yang keputusan bekalan air bersih, makanan dan kuasa.


Kerajaan telah mengisytiharkan 'keadaan bencana' di Manila dan 25 wilayah yang dilanda ribut, termasuk kebanyakan daripadanya yang tidak dilanda banjir sebelum ini, membenarkan pegawai menggunakan dana kecemasan untuk bantuan dan menyelamat.

Teodoro berkata, lebih 450,000 orang terjejas akibat ribut ini, termasuk 115,000 penduduk yang ditempatkan di 200 buah sekolah, gereja dan beberapa pusat perlindungan lain. Askar, polis dan sukarelawan telah berjaya menyelamatkan 7,900 orang setakat ini.



Katanya, pegawai kebajikan kerajaan telah memulakan usaha membekalkan makanan, perubatan dan keperluan lain kepada mereka yang dipindahkan ke pusat perlindungan.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo menyifatkan ribut dan banjir yang berlaku itu sebagai 'keadaan ekstrem yang menjejaskan keupayaan bertindak balas namun tidak memusnahkan Filipina'.

Walaupun Arroyo tidak meminta bantuan antarabangsa, jurucakap kerajaan, Anthony Golez menyatakan Filipina mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan.

Ketsana sedang menuju ke arah Vietnam hari ini dan berada pada kedudukan 600 kilometer dari barat kawasan utara Filipina.


Pegawai jabatan kaji cuaca, Nathaniel Cruz berkata, Filipina juga mungkin berisiko dilanda satu lagi taufan dengan tekanan tropika dan kawasan bertekanan rendah di Lautan Pasifik menuju ke arahnya. - AP/AFP

SILATURRAHIM


Gambar: Staf Sokongan SK.Pasir Akar Jerteh Terengganu

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata: "Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w. tiba-tiba Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w. sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."

Abul Laits berkata: "Hadis ini sebagai dalil bahawa memutuskan hubungan kekeluargaan itu dosa besar sebab dapat menolak rahmat baginya dan bagi kawan-kawan yang duduk bersamanya, kerana itu maka kewajipan kita tiap muslim harus bertaubat dari pemutusan terhadap kekeluargaan dan istighfar minta ampun kepada Allah s.w.t. dan segera menghubungi keluarga untuk mencari rahmat Allah s.w.t. dan menjauhkan diri dari api neraka."

Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak ada perbuatan hasanah yang lebih cepat pahalanya daripada menghubungi keluarga dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya didunia diamping siksanya kelak diakhirat seperti putus hubungan kekeluargaan dan berlaku zalim aniaya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."

Tiga macam dari akhlak orang ahli syurga, tidak terdapat kecuali pada orang yang baik, pemurah hati iaitu:

Berbuat baik kepada orang berbuat jahat kepadanya

Memaafkan orang yang zalim kepadanya

dan loman kepada orang yang bakhil kepadanya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Adhdhahaak bin Muzakim ketika menafsirkan ayat yang berbunyi: "Yamhu Allahu maa yasya'u wayuts bitu." (Tafsirannya) "Sesungguhnya seorang itu adakalanya menyambung kekeluargaannya padahal umurnya sudah tinggal tiga hari, tiba-tiba Allah s.w.t. menambah umurnya hingga tiga puluh tahun, dan adakalanya ia memutuskan hubungan kekeluargaan sedang umurnya masih sisa tiga puluh tahun, maka dipotong oleh Allah s.w.t. menjadi hanya tiga hari."

Tsauban r.a berkata Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebaikan (taat) dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki kerana berbuat dosa."

Ibn Umar r.a. berkata: "Siapa yang takwa kepada Tuhan dan menghubungi keluarganya maka akan ditambah umurnya dan diperbanyak harta kekayaannya dan disayang oleh keluarganya."

Abul Laits berkata: "Erti bertambah umur itu terdapat dua macam. Sebahagian ulama berpendapat bertambah kebaikannya dan ada juga yang mengertikan bertambah umur sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda s.a.w. Ada pula yang berpendapat tidak dapat ditambah sebagaimana firman Allah s.w.t.(Yang berbunyi): "Idza jaa'a ajalluhum la yasta khiruna sa'atan wala yastakdimun." (Yang bermaksud): "Jika telah tiba ajal mereka maka tidak dapat diunsirkan (ditunda) sesaat dan tidak dapat dimajukan." Tetapi erti bertambah umur iaitu dicatat terus pahalanya sesudah matinya, maka tercatatnya pahala sesudah mati itu sama dengan bertambah umur."

Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Baginda s.a.w. bersabda: "Bertakwa kamu kepada Allah s.w.t. dan menghubungi keluargamu sebab yang sedemikian itu baik untukmu diakhirat dan lebih tetap bagimu didunia." Ada keretangan: "Jika kau mempunyai kerabat lalu tidak pergi kepadanya dengan kakimu dan tidak kau bantu dengan hartamu bereti telah kau putus hubungannya."

Didalam Shuhuf ada tersebut: "Hai anak Adam, hubungilah kerabatmu dengan membantunya dengan hartamu dan jika kau bakhil dengan hartamu atau sedikit hartamu maka berjalan kepadanya dengan kakimu." Baginda s.a.w. bersabda: "Hubungilah kerabatmu walau hanya dengan memberi salam kepadanya."

Maimun bin Mahran berkata: "Tiga macam yang tidak dibezakan simuslim dengan kafir iaitu:

Siapa yang berjanji kepadanya maka harus ditepati baik kepada muslim atau kafir

Dan kepada keluargamu harus kau hubungi baik ia muslim atau kafir

dan siapa memberi amanat kepadamu harus kau kembalikan kepadanya baik ia muslim atau kafir

Ka'bul- Ahbaar berkata: "Demi Allah yang membelah laut untuk Musa a.s. dan Bani Israil, tertulis didalam kitab Taurat: "Takutlah kepada Tuhanmu dan berbaktilah kepada ibu bapamu dan sambunglah hubungan kerabatmu, nescaya Aku tambah umurmu dan Aku mudahkan kekayaanmu, dan Aku jauhkan kesukaranmu."

Dan Allah s.w.t. menyuruh bersilaturrahim dalam beberapa ayat al-Quran yang berbunyi: "Wattaqu Allahal ladzi tasa'aluna bihi wal arham. (Yang bermaksud): "Dan takutlah kamu pada Allah yang dalam semua hajatmu kamu minta padaNya dan jagalah hubungan kerabatmu. Dan jangan kamu putuskan hubungan dengan mereka." Ayat yang lain pula berbunyi: "Wa ati dzai qurba haqqahu." (Yang bermaksud): "Laksanakan kewajipanmu terhadap kerabat." Didalam ayat yang lain pula berbunyi: "Inna Allaha ya'muru bil adli ihsani wa ieta'i dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sungguh Allah menyuruh kamu berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t.) dan berlaku baik terhadap sesama makhluk dan menyambung hubungan kerabat." Ayat yang lain pula berbunyi: Wa yanha anil fah sya'i walmunkari wal bagh yi." (Yang bermaksud): "Dan melarang perbuatan-perbuatan dosa (yang keji) dan mungkar dan penganiayaan." Ayat yang lain pula berbunyi: "Ya'idhukum la'allakum tadzakkarun." (Yang bermaksud): "Allah menasihatkan padamu supaya kamu sedar."

Usman bin Madh'uun r.a. berkata "Baginda s.a.w. sebagai sahabat karib kepadaku, kerana itu pertama aku masuk Islam hanya kerana malu kepadanya sebab ia selalu menganjurkan kepadaku supaya masuk Islam, maka aku masuk Islam tetapi hatiku belum mantap kepada Islam. Tiba-tiba pada suatu hari saya duduk dengannya, tiba-tiba ia mengaibkan aku seolah-olah ia berbicara dengan orang yang disampingnya, kemudian ia menghadap kembali kepadaku sambil bersabda: "Malaikat Jibril telah datang kepadaku membawa ayat (Yang berbunyi): "Innallah ya'muru bil'adili wal insani wa ita'i dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t) dan berbuat baik dan mengertikan kewajipan terhadap kerabat.", maka saya merasa sangat gembira dan mulai meresap iman dalam dadaku, maka aku bangun pergi kepada Abu Thalib dan saya berutahu bahawa saya tadi duduk dengan anak saudaranya, tiba-tiba ia dituruni ayat tersebut. Abi Thalib berkata: "Ikutlah Muhammad, nescaya kamu untung dan terpimpin, demi Allah anak saudaraku itu hanya menganjurkan kepada akhlak dan budi yang baik, jika ia benar atau dusta, maka ia tidak mengajak kamu kecuali kepada kebaikan." Ketika Baginda s.a.w. mendengar suara Abu Thalib sedemikian maka ia ingin kalau-kalau ia masuk Islam, maka diajaknya masuk Islam tetapi Abu Thalib menolak, maka turunlah ayat yang berbunyi: "Innaka la tahdi man ahbabta wala kinnallaha yahdi man yasya'u." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayangi tetapi Allah memberi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki."

Dan dalam yang berbunyi: "Fahal asaitum in tawallaitum an tufsidu fil ardhi wa tuqath thi'uu arhamaakum. Ulaikalladzina la 'anahumullahu fa ashammahun wa a'ma absharahum." (Yang bermaksud): "Apakah ada kemungkinan jika kamu telah menjadi wali (pemimpin) diatas bumi ini lalu kamu merosak dan memutuskan hubungan kerabat. Mereka yang berbuat demikian itu, orang-orang yang dikutuk oleh Allah sehingga dipekakkan telinga mereka dan dibutakan mata mereka." (Surah Muhammad ayat 22-23)

Allah s.w.t. telah berfirman kepada rahim: "Akulah Arrahman dan engkau rahim, Aku akan memutuskan rahmatKu terhadap orang yang memutuskan hubungan dan Aku akan menyambungkan rahmatKu kepada orang yang menghubungimu."

Rahim itu bergantung dengan arsy berdoa siang malam: "Ya Robbi, sambunglah hubungan orang yang menghubungiku dan outuskan hubungan orang yang memutuskan hubungan dengan aku."

Alhasan Albashri berkata: "Jika manusia telah telah menonjolkan ilmunya dan mengabaikan amal perbuatannya dan kasih sayang hanya dengan lidah, sedangkan dalam hati mereka penuh rasa benci dan memutuskan hubungan kekeluargaan, maka mereka akan terkutuk (dilaknat) oleh Allah s.w.t. maka dipekakkan dan dibutakan mata hati mereka."

Abul-laits meriwayatkan dengan sandanya dari Yahya bin Salim berkata: "Dahulu di Mekkah ini ada orang berasal dari Khurasan, seorang soleh dan orang-orang biasa menitipkan segala harta mereka kepadanya. Maka ada seorang menitipkan kepadanya wang sebanyak sepuluh ribu dinar, lalu ia pergi untuk kepentingannya, kemudian orang itu kembali ke Mekkah sedang orang yang dititipi itu telah mati, maka ia bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya tentang harta titipannya itu. Dijawab: "Kami tidak mengetahui apa-apa seba dia tidak memberitahu apa-apa kepada kami." Lalu orang itu bertanya kepada ulama-ulama Fuqaha' yang banayk sekali diMekkah. "Saya titip kepada ...(Fulan) sepuluh ribu dinar dan kini orang itu telah mati dan saya bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya, mereka menjawab tidak mengetahui hal keadaan ini, maka bagaimanakah pendapatmu?" Jawab para ulama yang ditanya itu: "Kami mengharap semoga orang itu min ahlil jannah, nanti malam jika lewat tengah malam, maka pergilah engkau kezamzam dan panggillah namanya didalam perigi zamzam itu dan katakan: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip kepadamu dahulu itu."

Maka dilaksanakan nasihat itu dan dipanggil nama orang itu sampai tiga kali, tetapi tidak ada jawapan. Maka ia kembali kepada para ulama yang memberitahu kepadanya. Mereka berkata: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, kami khuatir kalau-kalau kawan mu itu ahli neraka, sekarang kau pergi keYaman dan pergi keBirhut, disana ada perigi, jika lewat tengah malam kau panggil: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip wang kepadamu dahulu itu." dan ketika ia memanggil sekali sahaja telah mendapat jawapan. Lalu ditanya: "Kasihan kau, mengapakah kau disini, padahal dahulu kau orang yang baik?" Jawabnya: "Saya mempunyai keluarga diKhurasan, maka saya putuskan hubungan dengan mereka sehingga mati, maka Allah s.w.t. menuntut aku dengan ini dan menempatkan diriku disini, adapun hartamu masih tetap ada dan saya tidak mempercayakan harta kepada sesiapapun walau terhadap anak-anak saya, harta itu saya tanam dirumah, maka kau minta izin kepada anakku untuk masuk rumahku, kemudian kau masuk dan galilah ditempat yang saya tunjuk itu, nescaya kau akan mendapat hartamu masih cukup." Maka segera ia kembali dan minta izin kepada anak-anaknya untuk menggali tempat yang ditunjuk itu, maka benar bahawa hartanya masih utuh semuanya.

Abul Laits berkata: "Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:

Mendapat keridhoan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim

Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin

Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim

Mendapat pujian kaum muslimin

Menjengkelkan iblis laknatullah

Menambah umur

Menjadi berkat rezekinya

Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim

Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka

Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:

Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya

Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati

Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin

Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. ialah:

Langkah menuju sembahyang fardhu dan

Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram

Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:

Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak

Orang yang menghubungi kerabat

Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.

Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air

Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya
RAHSIA ASAL-USUL TARIAN POCO-POCO

RAHSIA ASAL-USUL TARIAN POCO-POCO


Poco-poco Peguam Kelantan - Watch the top videos of the week here
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

TELINGA RABIK DIGIGIT KEKASIH

BERLIN - Telinga kiri seorang pelajar perempuan di Jerman rabik selepas digigit bekas kekasihnya dalam serangan ala petinju Mike Tyson, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Stephanie, 19, dipercayai baru memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Mike, 29, seorang pekerja pembinaan yang dikenalinya selama hampir dua tahun lalu.

"Mike seorang yang kuat cemburu. Dia berjanji menyintai saya tetapi kemudian memukul dan marah dengan tiba-tiba," kata Stephanie.

Selepas berbincang dengan tiga lagi rakan sekolah, dia memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan Mike.

Namun, pelajar sekolah tinggi di bandar Jessen dekat sini kemudian didatangi Mike pada sebelah malam di rumahnya sebelum tiba-tiba lelaki itu menggigit telinganya.

"Saya menyangka dia mahu berbincang mengenai hubungan kami semula tetapi telinga saya digigit dan ia amat sakit sehingga berdarah," kata Stephanie.


Doktor gagal menyambung semula bahagian telinga itu menyebabkan sebuah mahkamah daerah pada Rabu lalu menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda 1,600 euro (RM8,176) terhadap Mike.

Kes itu mirip serangan Tyson terhadap lawannya Evander Holyfield dalam satu perlawanan tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 28 Jun 1987. - Agensi

PENYAKIT KUNING ( JAUNDIS NEONATAL)


Apakah jaundis neonatal ???

Jaundis neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirubin dalam darah di kalangan bayi.

KERNICTERUS ???

Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.

Apakah penyebab jaundis neonatal ???

Jaundis boleh terjadi akibat proses fisiologi normal : iaitu bila bayi baru lahir masih todak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilrubin keluar daripada badan mereka.

Ia juga boleh terjadi akibat proses patologi (penyakit) dan akibat lain seperti

1)Faktor umum :

Bayi premature

Kurang air

Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran

Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis

2)Pemecahan darah :

Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility

3)Jangkitan kuman (sepsis):

Jangkitan otak

Jangkitan salur kencing

Jangkitan dalam kandungan : herpes, cmv

4)Kesan metabolik :

Kurang hormon tiroid

Galaktosemia

5)Sumbatan pada aliran bilirubin :

Penyempitan salur biliari : biliari atresia

Jangkitan neonatal hepatitis

APAKAH PENGURUSAN KES JAUNDIS NEONATAL ???

Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan

ujian darah venous dan kapilari

Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira

umur bayi : lebih bahaya jika bayi umur <24jam

Keadaan umum bayi

Penyebab jaundis

Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah

APAKAH RAWATAN yang biasa ???

Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :

1) Fototerapi

Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.

2) Exchange Transfusion (ET)

Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.

PENJAGAAN RAPI BAGI KEHAMILAN BERISIKO





Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko
Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.

Anemia
Kebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.

Rawatan
Cegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan daging merah boleh mengatasi masalah ini.

Kencing Manis (Diabetes)
Kencing manis mesti diawasi dengan berhati-hati semasa anda hamil dan tahap gula di dalam darah perlu diperhatikan dengan kerap.

Rawatan
Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah, doktor boleh menyesuaikan pengambilan insulin bagi anda yang sedang hamil. Anda memerlukan perhatian khusus dalam diet. Anda juga perlu kerap ke klinik antenatal. Sesetengah wanita mendapati penyakit ini timbul pada awal kehamilan. Ia biasanya hilang sebaik sahaja selepas bersalin.

Rahim Tidak Kuat
Dalam kehamilan biasa, serviks atau leher rahim masih tertutup sehingga bayi dilahirkan. Tetapi jika keguguran kerap berlaku selepas tiga bulan kehamilan, ini mungkin disebabkan oleh leher rahim yang lemah dan terbuka lalu mengeluarkan bayi.

Rawatan
Doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil bagi menutup semula serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini akan dibuka semula pada hujung kehamilan, atau bila hampir bersalin.

Pra-eklampsia
Ini adalah salah satu masalah biasa pada hujung kehamilan. Simtom-simtomnya ialah apabila tekanan darah meningkat lebih 140/90, berat badan yang meningkat mendadak, bengkak buku lali, kaki dan tangan dan terdapat protein dalam air kencing. Jika anda mempunyai simtom-simtom ini, doktor akan memerhatikan anda dengan lebih teliti. Sekiranya tekanan darah yang meningkat tidak dirawati, ia boleh menyebabkan bahaya pada uri.

Rawatan
Doktor anda akan menasihatkan anda berehat. Bagi menurunkan tekanan darah, anda boleh mengambil ubat atau mengurangkan kandungan garam dalam makanan. Jika keadaan tidak berubah dan serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda merasakan cukup sihat. Anda mungkin bersalin secara induksi (induce).

Faktor Rhesus Negatif
Darah anda akan diuji semasa lawatan pertama ke klinik bagi menentukan sama ada anda mempunyai faktor rhesus positif atau negatif. Kira-kira 15 peratus orang mengalami rhesus negatif dan jika anda salah seorang daripadanya, anda akan mengalami masalah ketika hamil jika anda melahirkan bayi rhesus positif. Ini bermakna kumpulan darah anda tidak sama. Bagaimanapun ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi pertama. Biasanya anda akan menghadapi masalah pada kehamilan seterusnya.

Rawatan
Jika bayi pertama ande rhesus positif manakala anda pula rhesus negatif, anda akan diberikan vaksin perlindungan yang dikenali sebagai anti D sebaik sahaja selepas kelahiran. Ini akan mencegah masalah apabila anda hamil kelak. Vaksinasi ini mungkin diberikan semasa hamil di sesetengah hospital.

Keguguran
Keguguran adalah penamat kehamilan dan ini boleh berlaku satu dalam lima kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam minggu ke 12, kerap berlaku sebelum seseorang wanita itu tahu dia hamil, biasanya kerana bayi tersebut tidak berkembang secara normal. Pendarahan dari vagina adalah tanda awal.

Rawatan keguguran
Jika pendarahan hanya berlaku sedikit, kehamilan boleh diselamatkan. Doktor anda akan mencadangkan anda banyak berehat, pendarahan mungkin terhenti dan jika anda berehat beberapa hari, kehamilan akan berlangsung seperti biasa. Tiada risiko kelainan kepada bayi. Anda akan diberikan ujian kehamilan atau ultra sound bagi memastikan bayi selamat.

Gugur asli.
Jika pendarahan berlaku dengan banyak dan anda dalam kesakitan, ini mungkin bermakna bayi telah mati. Anda perlu ke hospital bagi membersihkan semula rahim. Disebabkan anda kehilangan bayi semasa awal kehamilan, anda mungkin akan rasa tertekan. Anda juga mungkin bimbang sama ada anda boleh melahirkan bayi yang sihat lagi, rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri.

Pendarahan Vagina
Jika anda mendapati terdapat pendarahan dari vagina pada sebarang masa kehamilan, hubungi doktor dan berbaring segera di atas katil. Jika ini berlaku sebelum minggu ke-28, ini mungkin tanda keguguran. Selepas tempoh ini, ia bermaksud uri mengalami pendarahan. Ini boleh berlaku jika uri mula renggang dari dinding rahim atau jika uri terlalu rendah di dalam rahim dan tertutup atau menutupi separuh serviks.

Rawatan
Uri adalah garis hidup bayi. Jadi jika doktor fikir terdapat risiko anda akan dimasukkan terus ke hospital, di mana kedudukan uri boleh diperiksa. Anda perlu tinggal di dalam hospital sehingga bersalin. Jika anda kehilangan darah, anda perlu menjalani pemindahan darah dan bayi mungkin dilahirkan lebih awal melalui induksi atau pembedahan cesaerean. Jika pendarahan terlalu sedikit dan berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor mungkin memutuskan anda bersalin secara semulajadi tetapi dalam pemerhatian yang rapi.

Kembar
Proses kehamilan dan bersalin akan mengalami perkembangan yang normal walaupun anda akan mengalami dua tahap bersalin. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti anemia, pra-eklampsia atau songsang. Anda juga mungkin mengalami masalah-masalah kehamilan yang biasa dengan lebih teruk, terutama dalam bulan-bulan terakhir.

Rawatan
Lawatan tetap ke klinik antenatal perlu kerap jika anda hamil kembar, agar sebarang komplikasi boleh dikenalpasti dengan segera. Kehamilan lebih dari satu membebankan tubuh anda lebih dari biasa, jadi pastikan keadaan badan anda sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya dalam minggu-minggu terakhir. Bagi mengelakkan masalah pada penghadaman anda, makanlah dalam jumlah yang sedikit dan segar

INFO PENGGUNA:PANADOL MERBAHAYA



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda. Sumber :- http://www.omaQ.org

BAJU KURUNG SHARLINIE PENGUBAT RINDU....DIMANAKAH DIA SEKARANG?


Baju kurung Sharlinie pengubat rindu

“Setiap kali tibanya Aidilfitri, baju kurung pastinya menjadi pilihan Sharlinie, kelibatnya ketika bermain di halaman rumah pada hari raya pertama masih terbayang di mata, walaupun sudah lebih setahun dia hilang namun ingatan kami kepadanya tidak pernah pudar. Kami merasakan dia masih bersama,” itulah luahan hati Mohd Nashar Hussain, 30, bapa kepada Sharlinie, kanak-kanak yang masih dilaporkan hilang itu.

Mohd Nashar yang sudah setahun menunggu kepulangan anak bongsunya yang tiba-tiba hilang ketika pulang dari taman permainan di rumahnya dekat Taman Medan Petaling Jaya, 9 Januari tahun lalu, bagaimanapun masih menaruh harapan agar Aidilfitri kali ini dapat memberi satu keajaiban baginya.

Harapan agar Sharlinie pulang masih menggunung tinggi, biarpun ia mungkin sesuatu amat sukar untuk berlaku kecuali dengan kuasa Tuhan.

Daripada riak wajah Mohd Nashar yang ditemui Sinar Harian di rumah barunya di Kampung Padang Pulut, Dungun Terengganu, dia nampaknya belum putus harapan biarpun usaha menjejaki anak ketiganya itu mungkin semakin kurang dilakukan.

“Kini saya hanya pasrah terhadap apa berlaku, untuk mencarinya lagi adalah sesuatu di luar kemampuan kami sekeluarga. Bagaimanapun, jika dia masih hidup saya merayu kepada individu yang menyimpan anak saya agar kembalikan ke pangkuan kami.

“Jika Sharlinie pulang sebelum menjelangnya Aidilfitri, kami merasakan itulah hadiah yang paling berharga serta bermakna buat kami sekeluarga,” katanya.

Menyentuh mengenai kehidupan barunya, di sini, Mohd Nashar berkata, sejak berpindah ke kampung ibu bapanya awal Ramadan tahun lalu, dia mula melakukan kerja kampung bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

“Saya terpaksa mengubah cara hidup, walaupun sudah berbelas tahun menetap di ibu kota namun kini saya terpaksa menjalani kehidupan sebagai orang kampung seperti mereka yang lain di sini. Jadi, pekerjaan paling sesuai adalah menternak kambing dan bertani.

“Walaupun pekerjaan ini agak asing bagi saya, tetapi demi membesarkan dua lagi anak yang masih bersekolah itu saya terpaksa lakukannya juga," kata bapa kepada tiga anak ini.

Menurutnya, apa yang merisaukannya sekarang adalah dia tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai jaminan hidup keluarganya.

Pendapatan diperoleh hasil menjual kambing tidak menentu, apatah lagi ia memerlukan perbelanjaan agak besar, terutama untuk membeli baka kambing yang baik.

“Walaupun saya ada menternak kambing tapi saya belum dapat menikmati apa-apa hasil daripada usaha saya, ia memakan masa. Jadi dalam tempoh berkenaan, ia menjadi kesukaran bagi saya kerana tiada sumber pendapatan,” kata Nashar.

Bagi ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 29, sebagai ibu, kesayuan pasti terasa apabila anak yang selama ini ditatang bagai minyak penuh itu tiba-tiba lenyap dalam hidupnya.


Ketupat, rendang kegemaran Sharlinie

Walaupun Suraya kini menunggu kelahiran cahaya mata keempat, namun ingatannya terhadap anak perempuannya itu tidak pernah pudar. Malah, Aidilfitri adalah hari amat bermakna baginya kerana setiap tahun hari bahagia itu pastinya disambut meriah dengan kehadiran Sharlinie.

“Biasanya pada pagi raya, dia akan bangun awal, pakai baju kurung, selepas itu dia akan menjamah hidangan, ketupat dan rendang pula menjadi kegemarannya sejak kecil lagi.

“Jadi setiap kali saya terpandang makanan tradisi itu, saya pasti teringat padanya,” kata Suraya yang masih kelihatan sugul atas kehilangan anaknya yang sudah lebih setahun berlalu itu.

Menurutnya, selagi tidak melihat jasad Sharlinie sama ada masih hidup ataupun mati, dia tetap percaya anaknya itu masih ada, cuma dia berpendapat Tuhan masih belum mengetemukan mereka dua beranak.

“Saya akan tetap menunggunya biarpun seribu tahun. Hati ini berkata dia masih ada, cuma ada orang yang menyimpannya," katanya.

Menyentuh mengenai usaha mencari Sharlinie, Suraya berkata, dia tidak pernah berputus asa, malah sudah menjejaki anaknya ke serata pelosok biarpun terpaksa menghabiskan semua duit simpanan mereka.

“Walaupun saya sudah merantau ke segenap ceruk untuk mencari Sharlinie, namun saya masih belum menemuinya. Bagaimanapun, saya akan tetap berusaha setakat termampu. Buat masa ini doa saya adalah sebahagian daripada ikhtiar dilakukan,” kata wanita yang berasal dari Selangor ini.

Ketika ditanya mengenai kehidupan barunya, Suraya berkata, dia kini banyak menumpukan perhatian terhadap dua anaknya yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pulut, Dungun.

“Kakak Sharlinie, Nurul Amirah, 12, kini menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sementara Sharlina, 9, pula sudah masuk Darjah Tiga di sekolah sama.

“Sebagai ibu, harapan saya adalah melihat anak berjaya dalam pelajaran, jadi saya akan memberikan dorongan kepadanya. Biarlah kejayaan mereka nanti dapat mengubat sedikit kedukaan saya atas kehilangan Sharlinie,” katanya.

Suraya yang bakal menimang cahaya mata keempat pada November nanti berkata, biarlah kisah yang menimpa anaknya itu menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Saya harap ibu bapa lebih peka keselamatan anak, jangan ambil mudah dalam perkara ini. Apa yang berlaku pada kami sudah cukup untuk dijadikan pengajaran.

“Kepada individu yang mengambil anak kami pula, fikirkanlah perasaan ibu bapa mereka, bayangkan kesedihan, keperitan, penderitaan yang dialami di atas peristiwa kehilangan orang yang disayangi,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan semua pihak membantunya menjejaki Sharlinie yang masih belum ditemui itu.

BAYI TANPA KEPALA


KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala.

Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya.

Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu.

“Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam.

Menurut Dr Homayoun, ia adalah kes pertama dikendalikan di wilayah Kundus.

Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu, katanya, pembedahan memisahkan pasangan kembar terbabit mesti dijalankan segera.

“Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya.

Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak.

Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti. - AFP

LAMAN SOSIAL UNDANG JENAYAH


Laman sosial undang jenayah
Oleh Afiq Hanif

MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.

MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.

Tulisan di 'Wall' umpamanya sarat dengan mesej 'Salam Lebaran', 'Selamat Menyambut Syawal' yang membuatkan Facebook aktif dan diperbaharui hampir setiap minit.

Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.

Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.

Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah 'scam' atau phishing.

Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.

Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.

Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.

Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan 'offline' atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.

Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti.

"Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.

Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi 'Wall' daripada rakan yang lain.

Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.

Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.

Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu 'lubang' penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu.

"Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi.

"Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.

Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain.

"Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.

Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.

Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya.

"Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial.

"Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.

Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam 'inbox' Facebook' dihantar daripada 'rakan' yang menuntut pertolongan dari segi kewangan.

"Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.

Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun.

"Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.

Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.(harianmetro)
HUKUM SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

HUKUM SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin. 2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161)

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla.
(Lihat: Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani)

“Ummi Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Aidil Fitri dan Adha. (dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya meminjamkan jilbabnya!
(H/R Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85. An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539)

Perintah di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan bukan sekadar sunnah.
(Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)

SEBAT JADI PENGAJARAN


(gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini))

MINGGU lalu, kita didedahkan dengan sumber yang cukup banyak diambil daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW bagi sesiapa saja bertanya daripada kitab mana, buku mana dan sumber mana dirujuk bagi hukuman sebat terhadap peminum arak.

Selain itu, ada diterangkan perbezaan tafsiran ulama berkaitan jumlah sebatan sebagai hukuman kepada pesalah terbabit.


BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang diterima pakai oleh Mahkamah Syariah, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud:

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie, pesalah tidak boleh dielak daripada hukuman sebat tadi.

Ini kerana, hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT. Hak-Nya perlu didahulukan daripada sekalian hak makhluk dan sesuatu itu, termasuk dalam hak Allah SWT apabila kemudaratannya meluas dan umum seperti zina, riba, murtad dan sebagainya.

Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir:

Jika kesalahan itu dianggap daripada jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, seorang yang lemah, tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama:

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah SWT, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan mengenai keadilan, kerana Dia sentiasa adil walau menghumban seseorang manusia ke neraka-Nya.

Allah SWT tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain.

Kerana Apa adil? Kerana piawaian adil Allah SWT tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan-Nya adalah kerana Dia yang mencipta kita dan Dia berhak untuk menentukan apa saja yang diingini-Nya.

Jika kita merasakan Allah SWT tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu berkenaan perlu memulangkan nyawa yang Dia berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan-Nya ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua:

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang.

Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai disiplin sebatan ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

1- Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.

2- Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana saja.

3- Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tangannya melebihi paras ketiaknya atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul. Pukulan pula tidak terlalu menyakitkan selain tidak pula terlalu perlahan. Yang diangkat adalah sikunya saja dan bukan lengan.

4- Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian, guru sekolah, ibu bapa, suami, yang memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga:

Sejauh mana pula adilnya orang luar mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?

Bukankah hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan daripada kedua-dua pihak, mendengar pandangan pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkritik sewenangnya keputusan hakim sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes.

Mungkin saja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat:

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan hak badan kehakiman daripada sebarang gangguan luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah sivil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik secara terbuka sama ada di dalam mahkamah atau di luar kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah’.

Lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan Mahkamah Syariah?

Kelima:

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik akal manusia semata-mata namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Jika dalam konteks kes ini, pesalah juga sudah bersedia menjalani hukuman itu sebagai satu proses kesedaran dirinya, adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman?
INFO AGAMA:KAFARAH KERANA JIMAK DIBULAN RAMADHAN

INFO AGAMA:KAFARAH KERANA JIMAK DIBULAN RAMADHAN

Setiap amalan dilakukan akan dinilai dengan niat kita melakukannya.Allah mengetahui niat seseorang hamba.Ramadhan perlu dihormati .Berpuasa dibulan ramadhan adalah sesuatu perkara wajib bagi umat islam,oleh itu berbuka puasa secara sengaja adalah berdosa.

Jika seseorang membatalkan puasa dengan niat untuk bersetubuh,walaupun puasa dibatalkan dengan minum air terlebih dahulu tetapi memang niat untuk berjimak ,kafarah tetap dikenakan.Dengan demikian bukan sahaja berdosa berjimak malah berdosa juga kerana berbuka puasa.

Puasa dibatalkan wajib diganti .Hukum melakukan jimak dibulan ramadhan adalah haram walaupun perbuatan itu didahului dengan berbuka puasa.

KAFARAH PUASA IALAH * MEMERDEKA HAMBA DAN KEDUA BERPUASA DUA BULAN BERTURUT-TURUT DAN KETIGA MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN SERAMA 60 ORANG.

JODOH TERPANJANG







BEATRICE dan Walter, kedua-duanya berusia 100 tahun.


LONDON: Jika hendak berbicara mengenai perhubungan, Walter dan Beatrice Postings pasti mengetahui satu atau dua perkara.

Mereka yang bercinta sejak muda sudah berkahwin selama 80 tahun, sekali gus menjadi pasangan Britain paling lama hidup sebagai suami isteri.

Kini, dengan kedua-duanya berusia 100 tahun, rumah tangga yang mereka dirikan telah melalui dua perang dunia, pemerintahan lima raja dan 19 perdana menteri.

Kakitangan sebuah rumah penjagaan orang tua sering melihat pasangan romantik itu berpegang tangan.

Pasangan itu tidak segan untuk mengaku mereka berbuat demikian setiap hari.
Ketika menjelaskan bagaimana hubungan mereka dapat bertahan begitu lama, Beatrice berkata: “Saya hanya mencintainya. Itu saja.”

Walter yang mesra dengan panggilan Wally pula berkata: “Semuanya berlaku kerana sikap tolak ansur.”

Pasangan yang berasal dari Burnham-on-Sea, Somerset, berkenalan di satu majlis ketika berusia 18 tahun.

Anehnya, Beatrice jatuh hati pada Wally kerana dia sering menarik rambutnya. Mereka berkahwin pada 1929.

Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga anak, empat cucu, lapan cicit dan dua piut

Pasangan itu menjalankan perniagaan barang antik pada 1951 sehingga bersara pada 1975.

Mereka dinobatkan sebagai pasangan paling lama berkahwin selepas kematian Frank Milford dari Plymouth minggu lalu, yang hidup bersama isterinya, Anita, selama 81 tahun. - Agensi
INFO AGAMA:PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'

INFO AGAMA:PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar:

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)(E-SOLAT.NET)

INFO KESIHATAN: PENYAKIT BARAH



Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, limpa dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.


Pertumbuhan Sel Yang Normal

Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.

Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel Barah

Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis Barah

Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu :

* Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
* Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
* Lymphoma - dari kelenjar limpa.
* Leukemia - dari sel darah putih.

Ketumbuhan

Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang 'benign'. Jenis ini tidak merbahaya kecuali apabila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan 'benign' tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan 'malignant' merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.

Ketumbuhan 'benign' kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan 'benign' perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul Barah

Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.

Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara Barah Membiak

Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.

Fungsi kelenjar limpa adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa Barah Terjadi?

Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.

Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.

Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa Penghidap Barah?

Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah leukemia. Leukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankreas. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan Barah

Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.

Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti :

* Sinar X dan imbasan Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
* Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
* Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
* Isotope - bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
* Termografi - mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal

Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

Cara Merawat Barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya.

Antara rawatan yang diberi ialah:

* Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar limpa yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang

* Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.

* Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.

* Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.

Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah leukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara Mengelak Barah

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:

* Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
* Elakkan menghisap rokok
* Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
* Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
* Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
* Kurangkan makan bahan-bahan manis
* Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
* Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah

Tujuh Tanda-tanda Barah

1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara
DI PETIK DARI HTTP://INFO KESIHATAN.BLOGSPOT.COM
ADAKAH MAKANAN KESIHATAN MEMBERI MANFAAT?

ADAKAH MAKANAN KESIHATAN MEMBERI MANFAAT?

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?
--------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:


Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C. (sumber.www.kesihatan.biz/artikel.makanan)
SUSILO AKAN JUMPA PM KES TARIAN PENDET

SUSILO AKAN JUMPA PM KES TARIAN PENDET

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur untuk membincangkan usaha mengharmonikan hubungan kedua-dua negara ekoran kontroversi tarian Pendet Bali.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertemuan yang dijadualkan dalam masa terdekat itu akan dimanfaatkan kedua-dua pemimpin terbabit untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Insya-Allah jika tuhan mengizinkan, Presiden Indonesia akan melawat Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.

“Ia memberi peluang kepada Presiden Indonesia dan Perdana Menteri membincangkan usaha menyelesaikan isu tersebut demi menjamin masa depan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan tiga wakil daripada Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia diketuai Pengerusinya, Tan Sri Try Sutrisno di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Hasil pertemuan itu, kata Rais, Kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan beberapa program harmoni sebagai usaha merapatkan hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata, satu daripada program itu adalah mencantumkan media Indonesia dan Malaysia supaya dapat berbincang dan mencari jalan bagaimana mencapai hubungan harmoni.

Seterusnya, kata beliau, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan program pertukaran budaya dan sejarah.

“Kita akan membincangkan lebih lanjut perkara ini dengan Menteri Kebudayaan Indonesia. Saya juga sudah menulis surat kepada Menteri Pelancongan negara itu untuk menyatakan kesediaan kita menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku demi masa depan bersama,” katanya.

Menurut Rais, pihaknya sudah menghantar Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd., Datuk Johan Jaaffar ke Jakarta kira-kira dua minggu lalu untuk mencari pengisian yang sesuai bagi program tersebut.

Semalam kira-kira 50 anggota kumpulan rakyat Indonesia yang menamakan diri sebagai “Benteng Demokrasi Rakyat” (Bendera) bersenjatakan buluh runcing memaksa orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta menunjukkan tanda pengenalan dalam kempen mengusir rakyat Malaysia.

Selain itu beberapa demonstrasi dilakukan di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, dengan yang terbaru penunjuk perasaan melontar telur busuk ke arah bangunan kedutaan minggu lepas selepas Malaysia dituduh ’mencuri’ tarian Pendet Bali semasa mempromosi Malaysia dalam rancangan yang disiarkan saluran Discovery Channel.

Discovery Channel sebelum ini sudah memohon maaf terhadap kesilapan yang dibuat oleh syarikat berpangkalan di Singapura itu.
PASANGAN TERTUA BERTENGKAR UNTUK KEKAL BAHAGIA

PASANGAN TERTUA BERTENGKAR UNTUK KEKAL BAHAGIA

ENGLAND: Pasangan Ralph dan Phyllis Tarrant kini dinamakan sebagai pasangan berkahwin paling lama di Britain.

Ralph,106,dan Phyllis,100 bergelas suami dan isteri selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah akibat berlakunya pertengkaran kecil yang berterusan.

:Kami kerap bertengkar mengenai perkara kecil seperti cerita yang ingin kami tonton,tapi tidak pernah bergaduh besar.

"Bagaimana pun setiap kali bertengkar,mereka yang bersalah perlu meminta maaf dan ia perlu dilakukan serta-merta.

Ralph turut kesal dengan trend sekarang yang kerap lari dari tanggungjawab.Kedua-duanya mula berkenalan pada 1926 tapi menanti selama 7 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada 1933.Mereka menetap di Sheffield sepanjang hayat mereka dikurniakan 2 anak perempuan Christian ,62 yang kini menetap di Amerika Syarikat dan Brenda ,72 di Middlesbrough turut miliki 7 cucu dan beberapa cicit.
BERITA:MALAYSIA KINI DISIASAT SELEPAS ENGGAN BUANG VIDEO DEMO KEPALA LEMBU

BERITA:MALAYSIA KINI DISIASAT SELEPAS ENGGAN BUANG VIDEO DEMO KEPALA LEMBU

Seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu.

Mereka yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

SKMM mendesak akhbar web itu menarik balik dua video:
INFO KESIHATAN:DARAH

INFO KESIHATAN:DARAH

Info Kesihatan.

Apakah Darah?
Darah adalah tisu cair yang terdiri daripada dua bahagian di mana bahan cecair yang disebut plasma yang tedapat unusr-unsur terapung iaitu sel darah. Dalam tubuh manusia mengandungi isipadu darah iaitu satu per duabelas berat badan iaitu kira-kira 5 liter. Pada waktu sihat, isipadu darah adalah tetap dan sehingga batas tertentu. Ia diatur oleh tekanan ostomik dalam pembuluh darah dan dalam tisu.

Komposisi Darah.

Air
: 91.0 %
Protein : 8.0 % (Albumin, globulin, protrombin dan fibrinogen)
Mineral : 0.9 % (Natrium klorida, natrium bikorbonat, garam, kalsium, magnesium besi dan sebagainya.

- Selebihnya terdiri daripada sejumlah bahan organik seperti glukosa, lemak, urea, asid urik, kreatinin, kolestrol dan asid amino. Plasma pula mengandungi Gas (oksigen dan karbon dioksida), rembesan hormon dan atigen.
Jenis Darah.

Secara umumnya, menurut sistem ABO Landsteiner darah manusia terbahagi kepada 4 kumpulan, iaitu:-

Kumpulan AB 3.0 %
Kumpulan A 42.0 %
Kumpulan B 8.5 %
Kumpulan O 46.5 % jumlah

Bagi manusia yang terdiri daripada kumpulan darah O, adalah bersifat universal kerana ia boleh digunakan atau didermakan kumpulan darah yang lain. Berdasarkan kajian, jumlah norma darah atau jumlah sel setiap mililiter padu darah adalah kira-kira:-

Sel Darah Merah Purata 5,000,00
Sel Darah Putih Purata 8,000

Ringkasan Fungsi Darah.

Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh, menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien (khasiat) yang diperlukan untuk tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.
Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.
Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogositotik oleh beberapa sel, dapa melindungi tunbuh dari sebarang serangan bakteria.
Rembesan dalaman dalaman, hormon dan enzim dihantarkan dari organ ke organ dengan perantaraan darah.
Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukkan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.
"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Apakah Toksin?.

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

Penyakit Kulit

Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor

Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
INFO KESIHATAN:RESDUNG ADA KAITAN DENGAN KEROSAKAN GIGI

INFO KESIHATAN:RESDUNG ADA KAITAN DENGAN KEROSAKAN GIGI

Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk.

Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi?

Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.

Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas.

Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi.

Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan sinusitis.

Jaga Kesihatan Gigi

Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi.

Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.

Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.

Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan fistula yang mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut.

Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung.

Tanda-tanda dan Rawatan

Tanda-tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, doktor gigi harus memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.

Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya.

Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi, antibiotik harus diberi. Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh.

Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan. Rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus untuk mengeluarkan hingus dan nanah.

Cuci Rongga Sinus

Prosedur ini dipanggil 'antral washout'. Prosedur ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus betul-betul bersih dari jangkitan.

Jika ia masih belum sembuh, rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus. Melalui pembedahan di antara bibir dan gusi bahagian atas, pakar bedah dapat meneroka ke dalam rongga sinus maxillary dan mengeluarkan segala kotoran dan kulit dalam sinus yang berpenyakit.

Kadangkala akan terdapat serpihan gigi atau bahan menampal gigi yang berada di dalam rongga sinus.

Melalui pembedahan ini juga jika terdapat lubang antara rongga sinus dan gusi boleh ditutup.

Oleh itu semua pesakit yang memerlukan rawatan pada gigi bahagian atas harus berwaspada dan peka terhadap kemungkinan berlaku sinusitis agar langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dan rawatan awal dibuat.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut